akhir-akhir ani aku selalu mendengar urang belurih lauk basar asal turun kelaut.dengan bukti gambar yang membari "panas"..aku dan beberapa urang geng dipejabat mengatur satu trip yang asalnya ujung bulan ani,tapi last minit betukar sebab ada geng yang nda belaku ikut.sayangnya hari yang ditetapkan(minggu lapas)aku nda dapat ikut durang sebab sudah bejanji sama bapa untuk menduga lubuk biasa .
seperti biasa aku,bapa,nini wahid dan abg awang(member baru dalam geng "le bouy anglers")melaksanakan misi menggempur pelumpongg..kami sampai dipenurunan pengkalan jam 7 pagi.dengan berbekalkan umpan udang hidup dan sotong(aku beli kemarin)kami bertolak menuju destinasi utama iaitu takat "kapal pacah"..sampai disana kami menghadapi masalah pertama iaitu gps nda berfungsi dengan baik(adakah ani petanda?)..jadi kami terpaksa berpandukan matematik sendiri sambil melihat kepada tanda-tanda yang biasa kami pakai..
setelah beberapa kali tawaf akhirnya lubuk pun dijumpai.setelah memastikan kedudukan perahu betul,umpan pun diturunkan.aku yang menggunakan sure-catch yang baru beusai,mengharapkan sesuatu..beberapa minit menunggu hanya ikan damit2 saja yang mengutis umpan(ikan pisang-pisang),cuma ada beberapa ekor kerapu dan ketambak tapi saiznya damit2..setelah maeliat udang idup nda dapat membuka selera ikan,aku menukar kepada umpan hirisan sotong,tetapi masih jua ikan idaman nda muncul..
setelah berjam2 menunggu hanya beberapa ekor ikan target saja yang naik(walaupun saiznya damit),kami berpindah kelubuk lain diujung sapoh(ani pun main rambang saja sebab gps rusak)..setelah sampai kelihatan ikan belumpatan(dalam pikiranku mesti ada ikan basar menguyung)..kami pun melabuhkan kail..30 minit menunggu jangankan kana makan,kana usik pun inda..
melihat kepada keadaan ani,tekong(bapa)membawa pindah ketemuan aing(lubuk ikan languran)..sampai disana sudah kelihatan beberapa buah perahu..kami pun mencari satu spot ampir tambing..beberapa minit menanti tiba-tiba nini wahid dikejutkan dengan satu tarikan yang mendebarkan..melihat daripada mainannya dapat sudah diagak ikan yang main ani nda basar banar..lebih kurang 5 minit kelibat "tawih" pun nampak dan aku pun menyiut kedalam perahu.meliat kepada tangkapan atu,kami pun semakin bersemangat,tetapi hampir setangah jam menunggu kawanan tawih nda kelihatan(mungkin tawih sasat kali)
hampir tengahari kami pun berpindah kelubuk luar,dalam perjalanan aku mencuba trolling dengan menggunakan "rapala"..tapi mungkin nada rezeki kali,nada lauk yang mau..sampai dilubuk luar ani aing pada masa atu lajak jadi batu nda menyacah dasar,ani menyukarkan kami untuk memburu ikan-ikan dikawasan ani..lebih kurang 15 minit menunggu nda berhasil..kami pun memutuskan untuk masuk semula kedalam dan mencari lubuk-lubuk dalam saja .
destinasi seterusnya kami menuju bawah kilang simen di serasa(lubuk ani biasanya port untuk mendaratkan ikan putih juvenil)..tapi pada patang atu kami terus kempunan kerana bayang-bayang ikan pun nda kelihatan..
setelah hampir sejam melanggut(nda belurih)kami pun berpindah lagi dibelakang pulau tempat penurunan perahu..mungkin kerana keadaan aing pada masa atu nda berapa bisai,acara patang atu menjadi majlis menghabiskan umpan saja..
melihat kepada tangkapan kami aku berpendapat dalam masa 10 tahun akan datang,mungkin stok ikan akan berkurangan diperairan brunei ani,sebab berdasarkan kepada populasi pemancing masa ani makin ramai,ditambah lagi dengan tiada istilah "catch&release"..ani jua penyebab kekurangan ikan dan boleh saja menjadi penyebab pupusnya ikan...