Time ani mata inda dapat tidur walaupun sudah macam-macam cara melimpang sudah di cuba. Daripada angan-angan inda betantu, baik ku buka iconia check blog. Dalam ku meliat-mliat blog orang lain, aku teringat satu peristiwa yang berlaku beberapa hari selepas negara menyambut sambutan Isra` Mi`raj, iaitu masa di satu majlis tazkirah.
Masa atu penceramah menceritakan peristiwa Isra` Mi`raj dan mengaitkan dengan salah satu hikmahnya iaitu "masa", bagaimana perjalanan yang sepatutnya memakan masa yang agak panjang dari Mekah ke Palestin berlaku dalam satu malam, dan bagaimana perjalanan Rasul SAW dari langit pertama hingga menghadap Allah SWT dalam masa yang sangat singkat, iaitu satu malam.
Kemudian oenceramah ada mengaitkan, bahawa di dalam Al-Quran, Allah SWT banyak bersumpah dengan menggunakan masa, seperti demi waktu duha, demi masa, demi waktumalam dan lain-lain. Disini menunjukkan bahawa masa atu penting. Dalam pada atu beliau ada juga memberikan contoh perambahan Brunei iaitu "Maghrib", iaitu menunjukkan tentang usia sudah dipenghujung.
Tiba-tiba salah seorang audien yang juga merangkap teman bertanya arahku.."eh, ustaz ani maghrib kah atau apa ni?" ( beliau betanya adakah umurku panjang atau macamana?mungkin ia kan beibun saja arahku). Aku dengan selamba menjawab.."maghrib!!".. ia betanya balik, "eh, ustaz ani muda masih, kenapa pulang maghrib?". Aku pun menjawab, "aku mana tau bila ku meninggal". selapas ku menjawab cematu, tarus ia diam.
Memang lah, tiada siapa tau bila ajalnya akan sampai, kalau pun ada, Allah berikan tanda-tanda kematian yang hanya diketahui oleh simati sahaja. Bila masanya, hanya Allah yang maha mengetahui. Cuma apa yang perlu kita sediakan, hanyalah amal kebaikan yang ikhlas semata-mata jerana Allah SWT.