My Blog List

Saturday, December 29, 2012

Combatman action

Kalau melihat hasil pancingan yang terdapat dimajalah-majalah, kadang-kadang membuat aku me yangka ianya hanya rekaan semata-mata. Masakan tidak, apasaja teori yang diberikan, apabila dicuba atau diaplikasikan, hasilnya tetap sama, kumpau!!

PERANCANG

Memandangkan saat ani aku sedang bercuti, maka adalah menjadi satu kerugian seandainya aku inda turun ke laut. Jadi kebetulan tempat kami mengambil umpan (sam) ada mempelawa untuk menyertai beliau memancing, kami inda menulak, sebab tebayang ikan-ikan yang akan diperolehi, tambah lagi beliau ani kirakan famous jua dikalangan pemancing tempatan. Beliau yang inda meminta sebarang bayaran kecuali bayaran minyak memberikan harapan yang tinggi kepada kami, hinggakan sehari sebelum turun, faizal telah berbelanja $180.00 semata-mata untuk mengganti tali sulam bagi spoolnya.

HUJAN PETANDA AWAL?

Subuh hari yang dijanjikan, hujan turun. Aku membayangkan yang kami inda jadi turun pagi ani. Tapi dengan semangat yang tinggi, kami pigi jua ke tempat penurunan perahu pengkalan sibabau. Selang setangah jam, hujan pun reda. Pagi atu inda berapa ramai urang turun kelaut, dan dalam ramai-ramai urang terselit bapaku dengan perahu damitnya. Kira-kira jam 7 pagi, perahu kayu 25 kaki milik ipar sisam pun datang menjemput kami. Selepas memunggah naik semua barang, kami bergerak menuju stesen minyak untuk menambah minyak bagi menampung perjalanan kami yang jauh.

Selepas membali minyak, kami tarus menuju keluar ke destinasi yang pertama, bangau!!. Tempat yang asing bagi kami bertiga, walaupun namanya sering didangar melalui cerita-cerita pemancing. Kami sudah membayangkan bahawa kami akan berpesta dibangau!!

NTAH! DIMANA SILAPNYA??

Lebih kurang 20 minit, kami memasuki kuala bangau. Melihat keadaan sekitarnya, menambah keyakinan bahawa disinilah sebenarnya tempat yang berpotensi yang akan menguji kekuatan alat pancing kami. Dengan umpan $20, aku juga membayangkan pancingan hari ani akan berlalu dengan pantas.

Sisam terus menuju ke spot pertama yang terletak ditanjung pertama. Setelah sauh diturunkan, kami memulakan pancingan. Menurut sisam, bahawa tempat yang kami tuju ani ialah tempat dimana reba mereka ditanam. Jadi sudah pasti penghuninya lapar-lapar belaka.

Kami terus menanti dengan penuh debaran. Aku yang sekali-sekala melontarkan gewang bagi menduga penghuni bangau ani, memang berharap yang gewangku akan disambar penghuni bangau ani, melihatkan banyak kucak ikan disekitar pengailan kami.

Sayangnya, 20 minit kami menunggu, tiada satupun sambaran yang kami dapat. Melihat keadaan ani, sisam pun mengarahkan kami berpindah lubuk. Dilubuk yang kedua ani, kami inda menunggu lama, bilamana kail sifaizal ditarik oleh penghuni lubuk. Apabila dinaikkan, rupanya satak yang tergoda. Inda lama selepas atu, driver kami pun bertegang urat dengan penghuni dasar, dan ahirnya kemenagan berpihak kepada driver kami bilamana beliau berjaya menewaskan berahan anggaran 1kilo. Melihat kepada hasil atu, membuatkan kami bertambah yakin dan bersemangat. Tap macam tadi jua, 20 minit kami menunggu, tiada sambaran diterima.
Setelah perundingan dibuat, kami pun bersetuju untuk keluar dari bangau untuk menuju muara. Maka dengan atu berakhirlah impian kami untuk begasak dibangau.

APA LAGI NI?

Selapas saja keluar dari bangau, asalnya sisam kan membawa kemuara putus. Tapi memandangkan aku ada membawa GPS, kami pun setuju untuk memcuba ditakat yang behampiran iaitu ujong sapoh dan kapal pacah. Tapi dukacitanya hasilnya inda seperti yang diharapkan.
Menjelang tengahari, kami berpindah kekilang simen untuk betaduh, kebetulan hujan mulai turun. Dikilang simen kami mencuba jua dibawah kilang, tapi hanya rabut dan kekecewaan saja yang kami dapat, bilamana hanya ikan kecil saja yang berjaya kami perolehi, disamping satu strike yang inda rakat. Lebih malang lagi apabila kacamata rapala ku gugur diaing.

RUPANYA DISINI..

Selapas ujan taduh, kami keluar lagi. Kali ani kami menuju ujong pelabuhan muara. Dengan berbaki umpan yang masih banyak, kami masih menaruh harapan akan hasil pancingan hari ani. Inda lama lapas kami belabuh, bang saini menerima satu asakan yang bolehntahan hebat dari penghuni dasar. Setelah 5 minit main, seikong langguran anggaran 1 kilo lebih berjaya dinaikkan.
Dan inda lama lapas atu, giliranlu pulang yang menerima tarikan yang sama. Setelah dinaikkan ianya langguran dalam barat setangah kilo.

TEKONG INDA HANDAL BANARNYA??

Kira-kira jam 5 petang, kami pun beundur diri balik menuju kepengkalan, dengan hasil kami 3ekor langguran, seekor sapihi dan beberapa ekor kerapu. Secara keseluruhan, trip ani gagal, walaupun ada hasilnya, sebabnya kami mau merasai tarikan ikan dibangau. Memurut sisam, banarnya gps nya kana pinjam oleh kawannya, iatah sebabnya masa dibangau atu, ia main anggar-anggar saja. Apa pun semuanya adalah bergantung kepada rezeki yang Allah berikan dan sediakan. Sebagai hamba, pastahdan redha dengan segalanya, sekurang-kurangnya, satu penggalaman baru tercipta!!


Sunday, October 7, 2012

Combatman in action..

Bila sebut pasal memancing, ianya umpama satu misteri. Ialah dalam luasnya lautan inda semua tempat ada ikan. Atu balum lagi kira pasang surut aing dan cuaca, semuanya memberi impak dan kesan dalam setiap trip pancingan. Sebab atutah perancangan mesti rapi, supaya balik inda luan hampa.

Combatman kali ani turun dengan berbekalkan keazaman yang tinggi untuk bertarung dengan pengganas air. Setelah kejayaan menewaskan hampir 10 ekor langguran pada trip lapas, misi kali ani masih lagi mensasarkan spesis roket ani.

BEBAGI TUGAS.

Yang cantiknya operasi kali ani, kami bagai disusun bebagi keraja supaya perjalanan trip ani lancar. Captain biasalah, tukang bawa perahu dari bunut ke pengkalan, aji lidi kompom jadi anchor man, pjal mengambil udang, manakala aku sama saini tukang bawa makanan. Anitah pentingnya bekeraja dalam satu team..hehe

Kami sampai di pengkalan kira-kira 6.15 pagi. Dengan cuaca yang mengizinkan serta aing yang begarak pelahan (sebab dalam buku pagi ani surut), kami keluar dari kuala pengkalan menuju green tower.

LAJAK...TAPI?????

Sampai di spot yang pertama, aing sedikit lajak, so assistant menyuruh supaya kami keluar ke green tower mencari "langguran mandi" katanya. Sampai disana, kami nda menunggu lama. Joran pjal diranjat oleh pengganas!! Bising bunyi dragnya walaupun diketatkan. Jorannya apa lagi, tunduk-tunduk melayan larian ikan. Selepas lebih kurang 7 minit, langguran seberat hampir 2 kilo didaratkan, sekaligus memacah "dara"rapaleronya dan sekaligus memacahkan rekod peribadinya..haha

Meliat daripada hasil, apalagi semua pun besemangat. Inda batah lapas atu, hj lidi pun menerima habuannya. Beliau yang ganya menggunakan kirikan, inda mengahadapi maslah untuk melayan ikan tersebut, dan hasilnya langguran damit sedikit dapat didaratkan. Inda lama lapas atu bapa pun menerima strike dari spesis sederhana basar(berdasarkan kepada caranya melawan). Akhirnya umpak hampir sekilo berjaya ditawan.

LUBUK BAIK??

Inda batah lapas atu, keadaan sunyi, ahirnya kami pun pindah tempat. Disni hj lidi melihatkan kehebatannya dimana ia belurih lagi gumbir sebarat 1.9 kg..inda batah atu kami aga lagi semula tempat mula-mula kami datang. Kan jadi rezeki, aku pun belurih jua langgurang anggaran 1 kilo, hehe..memang tah baik lubuk ani. Kan semua langguran kami dapat disini..

Menjelang tengahari kami bepindah lagi. Kli ani kami menuju ujung pelumpung. Dengan berpandukan gps yang ku pinjam, kami inda berjaya menjejaki lubuk yang kami cari. Mungkin sebab arus yang kuat menjelang tengahari, lagipun time panas ani, lauk pun malu-malu kan makan. Akhirnya kami memutuskan balik ke kuala menuju destinasi ahir, iaitu takat madi.

Sampai ditakat madi, kami mencuba nasib lagi. Dengan berbekalkan umpan yang sedikit, kami berusaha mencari penghuninya. Akhirnya hanya anak ketambak, kerapu dan beberapa ekor garut-garut berjaya dipanyap.

MASIH BELAUK..

Secara keseluruhan trip(termasuk trip selasa), takat Brunei masih lagi belauk. Cuma bagi pemancing, mesti ada etika jangan "temaha", sama amalkan catch n release. Inda rugi kitani lapaskan ikan yang "not game fish", untuk memberi peluang bertarung dimasa akan datang. Lagipun, inda jua nyaman kalau lauk damit basar 2 atau 3 jari kan dibawa balik, kesalatan saja gigi..


Friday, August 17, 2012

Zakat vs solat..mana lebih orang takut?

Assalaualaikum..
Alhamdulillah, allah masih memberi nafas untuk diri ani untuk merasai ibadah puasa yang tinggal sehari atau dua hari saja lagi.

Masa ani urang islam sudah mula sibuk membuat persiapan hari raya, termasuk rumah, diri sendiri, anak-anak dan lain-lain. Bahkan, ada jua ku liat sesetengah urang, keritanya yang sudah besimonize inda ta memakai selagi alum hari raya. Begitulah kuatnya kesan hari raya dalam masyarakat melayu islam dinusantara ani.

Dalam pada atu, masyarakat islam jua inda lupa tentang satu kewajipan yang mesti ditunaikan iaitu zakat fitrah, iitu zakat berupa makanan asasi yg diharuskan untuk ditukar dengan nilai duit. Semakin dakat hari raya, semakin ramai urang datang kemasjid-masjid, bukan saja untuk solat, tapi yang penting untuk melepaskan kewajipan sebab dimasjid ada amil yang menunggu.

Becerita tentang zakat fitrah, hampir semua urang tau tentang wajib zakat. Hinggakan hampir semua urang takut apabila sudah dipenghujung ramadhan, takut terlepas mengeluarkan zakat. Persoalaannya, kenapa ketakutan atu inda ada pada solat? Masih banyak masyarakat inda ingau pasal solat, hatta kadang-kadang mereka yang berkelulusan agama pun masih inda ampit pusing tentang kewajipan solat.

Mungkin urang bepikir, kalau inda bezakat inda dapat beraya, atau mungkin rezeki inda berkat. Tapi, bagaimana dengan solat?anak kunci syurga..kalau sudah anak kunci dibuang, macamana mau masuk?...

Monday, July 30, 2012

RAMADHAN KARIM..

Alhamdulillah, ramadhan tahun ani sudah memasuki hari yang ke 11. Ertinya sudah 1/3 task ramadhan telah selesai. Dimana-mana masjid bergema dengan bacaan imam solat terawih, witir dan bacaan tadarrus Al-Quran. Masing-masing mengharap mendapat ganjaran yang Allah janjikan untuk mereka yang mencari ganjaran di bulan ani.

Tapi semenjak dua tiga hati ani masjid menjadi sedikit suram. Keramaian jemaah bekurangan dari biasa. ESH yang keluar besama gaji bulan ani menjadikan masyarakat kabur mata. Masa yang sepatutnya dihabiskan dengan bermunajat bertukar menjadi berpesta, seolah-olah esuk lusa kan hari raya. Kadai-kadai panuh sasak dengan jelama.

Memang inda dapat disangkal ESH yang keluar bulan ani umpama durian runtuh bagi kebanyakan orang. Tapi hati kecil perlu ditanya, kenapa perlu berabis untuk hari raya yang hanya sementara, sampai sanggup melapaskan peluang yang Allah sediakan untuk meraih peluang bagi hari raya yang kekal nanti.

Ada yang lebih teruk lagi sampai ada yang marah apabila diseru untuk mengeluarkan zakat harta simpanan ESH yang sudah disimpan bertahun-tahun yang sudah cukup nisab dan haul. Kitani mesti sadar bahawa hak Allah wajib dilaksanakan walau apa pun jua caranya. Janganlah kitani mencipta berbagai alasan semata-mata untuk inda mau mengeluarkan zakat. Berapa sangatlah harta yang wajib dikeluarkan dari harta yang Allah pinjamkan untuk kita?cuba bandingkan dengan nikmat yang bermacam-macam yang sudah kitani kecapi dan nikmati.

Apa-apa pun, mudahan ramadhan taun ani mendatangkan manfaat untuk diri kitani semua. Sayang kalau kitani biarkan ianya berlalu begitu sahaja...ramadhan karim!!

Sunday, July 22, 2012

Sehari di bulan Ramadhan.

Ramadhan tiba lagi!!bulan dimana Allah menggandakan setiap amalan kebajikan yang kita lakukan. Bulan "bonus" bagi umat Islam. Bulan latihan minda, jiwa manusia untuk menjadi hamba yang bersyukur, bertakwa daan beriman. Bulan ani akan bergemalah setiap masjid dengan suara imam-imam mengimamkan solat terawih dan akan kedengaran jua bacaan Al-Quran dimasjid-masjid. Apa yang penting bacaan yang dibaca biarlah lurus, inda semestinya khatam, yang penting kita baca!!

Dalam kegembiraan kita menyambut Ramadhan kali ani, negara diuji dengan berita gempar!!Helikopter gugur!Ya..heli gugur!!.Kejadian yang berlaku hari Jumaat lapas menggemparkan negara dimana beberapa orang tentera termasuk bakal pegawai terkorban. Beritanya bulih baca disini.

Apa yang membuat aku terkilan, salah seorang mangsa kemalangan tersebut kawanku masa di UBD, Khairul Mahdi bin Hj Sahri. Mula-mula mendangar berita ani selapas abis solat terwaih, masa ku check whatsapp, ada labih kurang 50 mesej masuk. Mula-mula dalam hatiku becakap "eh, inda terawih kah durang ani?". Bila ku baca satu persatu mesej durang ani, tiba-tiba jantung ku laju belabuk, sebab durang mention nama si madu (gelaran untuk mulah ani).

Untuk memastikan berita ani, aku telipun kawan yang ngam askar jua. Apabila ia bagitau mulah ani kandung jua, aku inda dapat menahan sebak. secara sendiri air mata mengalir. Rasanya baru 2 minggu aku jumpa ia waktu sama-sama main badminton. Nada ciri-ciri ia kan meninggalkan keluarga dan kawannya. Masih ku tebayang ia beibun masa main badminton.

Dalam sajuk dinihari jenazahnya kana bawa balik kerumah selapas dimandikan dipengkalan tentera udara. Ramai jua kawan-kawan mulah yang datang. Alhamdulillah aku diberi penghormatan untuk mengimamkan solat jenazah beliau dan mengantar kekubur dan mentalkinkan. Yang ku sebak jua, apabila kana bagitau yang mulah ani baru saja dapat baby yang kedua 1 labih yang lalu. Walaupun aku balik kemarin ngam-ngam waktu azan subuh, nada masa untuk tidur, tapi sebagai penghormatan terakhir untuk seorang sahabat, nada salahnya.

Kehilangan mulah banar-banar meninggalkan kesan dalam jiwaku. Aku yang menunduki sampat ditepi kubur meliat jasad mulah ani ketika diturunkan kedalam liang lahad. Jasadnya inda sama seperti khabar yang disampaikan orang yang becakap mayat durang ani angus dan ada yang putus. Yang jelas aku liat jasad mulah sama seperti jasad urang yang meninggal biasa. Maha suci Allah!!

Apa yang penting, bagi yang hidup ani mesti teruskan kehidupan. Esuk-esuk pasti giliran kitani. bahagian mulah sudah lapas. Kitani macam mana? Amalan kitani sudah cukup kah?Apabila memikirkan macam mana rasanya apabila nyawa kana cabut dan apa yang akan terjadi selepas nyawa kana cabut, bulih membuatkan aku inda tidur malam, tapi atutah kekuasaan Allah menyembunyikan perkara sam'iyyat dan ghaibiyyat, supaya kitani berwaspada dan bersedia..Semoga Allah mengampunkan dosa semua parajurit yang terkorban..amin

Sunday, July 8, 2012

MAGHRIB

Time ani mata inda dapat tidur walaupun sudah macam-macam cara melimpang sudah di cuba. Daripada angan-angan inda betantu, baik ku buka iconia check blog. Dalam ku meliat-mliat blog orang lain, aku teringat satu peristiwa yang berlaku beberapa hari selepas negara menyambut sambutan Isra` Mi`raj, iaitu masa di satu majlis tazkirah.
Masa atu penceramah menceritakan peristiwa Isra` Mi`raj dan mengaitkan dengan salah satu hikmahnya iaitu "masa", bagaimana perjalanan yang sepatutnya memakan masa yang agak panjang dari Mekah ke Palestin berlaku dalam satu malam, dan bagaimana perjalanan Rasul SAW dari langit pertama hingga menghadap Allah SWT dalam masa yang sangat singkat, iaitu satu malam.

Kemudian oenceramah ada mengaitkan, bahawa di dalam Al-Quran, Allah SWT banyak bersumpah dengan menggunakan masa, seperti demi waktu duha, demi masa, demi waktumalam dan lain-lain. Disini menunjukkan bahawa masa atu penting. Dalam pada atu beliau ada juga memberikan contoh perambahan Brunei iaitu "Maghrib", iaitu menunjukkan tentang usia sudah dipenghujung.

Tiba-tiba salah seorang audien yang juga merangkap teman bertanya arahku.."eh, ustaz ani maghrib kah atau apa ni?" ( beliau betanya adakah umurku panjang atau macamana?mungkin ia kan beibun saja arahku). Aku dengan selamba menjawab.."maghrib!!".. ia betanya balik, "eh, ustaz ani muda masih, kenapa pulang maghrib?". Aku pun menjawab, "aku mana tau bila ku meninggal". selapas ku menjawab cematu, tarus ia diam.

Memang lah, tiada siapa tau bila ajalnya akan sampai, kalau pun ada, Allah berikan tanda-tanda kematian yang hanya diketahui oleh simati sahaja. Bila masanya, hanya Allah yang maha mengetahui. Cuma apa yang perlu kita sediakan, hanyalah amal kebaikan yang ikhlas semata-mata jerana Allah SWT.

Thursday, July 5, 2012

Sediakah kita menyambut Ramadhan?

Assalamualaikum..
wah..lama jua sudah rasanya inda menulis dalam blog ani. Bukan apa, nada masa kan menulis. Kadang-kadang idea untuk menulis ada, tapi sebab masa kan menulis nada, selalunya idea yang bernas jadi ilang, hehe..
Tadi aku sahur. Mengambil kesempatan puasa sunat dalam bulan Syaaban, kebetulan jua hari ani hari Khamis. So, ertinya dapat 2 lah, hehe. Buat-buat makan, aku sama biniku beceritalah pasal apa-apa. Antara perbualan kami ialah pasal persediaan Ramadhan. Antara persiapan yang perlu disediakan yang kami bincangkan ialah menahan nafsu dan jiwa, khususnya dalam penyediaan makanan untuk berbuka puasa.

Kalau kitani liat pada hari-hari biasa, kitani makan tengahari atau malam hanya dengan "basic meal" iaitu nasi, sayur, lauk. Tapi yang menghairankan, masuk saja bulan puasa, setiap hari kitani memikirkan tentang juadah-juadah untuk berbuka puasa, dari jenis makanan asasi, pembuka mulut, penutup, termasuk jua minuman. Sehinggakan sebahagian manusia membelanjakan $10-20 sehari semata-mata untuk membeli juadah berbuka.

Cuba kita renung semula hikmat Allah mewajibkan kita berpuasa. Antaranya ialah supaya kita dapat merasai macamana rasanya apabila menjadi orang miskin, inda mampu untuk membeli makanan, supaya kita lebih mensyukuri nikmat rezeki yang Allah pinjamkan. Selain itu dalam hadith ada menyebutkan :"berpuasalah niscaya kamu akan sihat". Rata-rata urang berbelanja sebulan dalam bulan Ramadhan, khusus untuk makan sahaja 2 kali ganda lebih banyak daripada perbelanjaan di bulan-bulan biasa.
Persoalannya, adakah kita menghayati puasa dalam erti kata yang menyeluruh? Memang tidak dinafikan, masuk saja bulan puasa, liur memang macam-macam. Tapi sebenarnya, disinilah ujian berpuasa, bukan saja menahan diri dari makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa, tapi selain atu jua, menahan diri dari hawa nafsu, termasuk lah dalam menghadapi juadah berbuka. Kalau kitani bejalan ke bazar-bazar Ramadhan, berbagai-bagai jenis juadah yang dijual, dari makanan ringan, sederhana dan berat. Dari sudut penjual, anitah masa untuk peniaga sederhana untuk menjana pendapatan dengan menjual hidangan berbuka puasa.
Tapi sebagai pembeli, kitani ada pilihan, sama ada untuk membali atau inda. Kitani boleh mengamalkan falsfah yang nabi SAW ajarkan, iaitu konsep bersederhana dalam segala hal. Mungkin kitani boleh merancang pembelian juadah berbuka, misalnya sehari satu jenis juadah sahaja. Dengan cara ani, mungkin kita akan dapat menjimatkan perbelanjaan, dan yang lebih penting, mengelakkan pembaziran. Lagipun parut kitani ani, walaupun ia lapar, tapi once sedikit makanan masuk, kanyang tia. Dalam pada atu, kitani harus ingat, puasa atu sebenarnya menyebabkan kitani sihat. Iatah masanya parut kan berehat dari disumbat dengan macam-macam, setelah sebelas bulan yang lain kitani berayas. Tapi ada sesetengah orang makin ia puasa, makin bepenyakit tia pulang. Sebab apa tu nah? Sebab penghayatan puasa atu tiada. So beringatlah kitani, walaupun ESH kan keluar inda lagi batah, ngam tia lagi masa puasa keluarnya. Janganlah dihabiskan rezeki atu dengan memenuhi tuntutan hawa nafsu. Gunakanlah duit yang ada dengan sesuatu yang bermanfaat. Ialah, makan pun nyaman-nyaman, keluarnya sama jua... Akhirnya, selamat berpuasa kepada semua pembaca, mudahan puasa tahun ini lebih baik dari puasa sebelumnya.

Sunday, June 3, 2012

TAMBAHAN KERJA..MIND SET PERLU ADA!!

Kemarin merupakan kemuncak daripada segala keresahan imam-imam, sebab segalnya terjawab kemarin siapa yang kana tukar tempat bertugas dan siapa yang menahan. Selepas saja habis tasmik mingguan, ramai dikalangan imam terus menuju ke pejabat untuk melihat sendiri pertukaran-pertukarn tempat bertugas. Aku antara yang ramai-ramai yang berpusu-pusu ke pejabat. Ialah, hati mana inda ingau memikirkan pasal bertukar tempat keraja ani.

Alhamdulillah, aku ditukar ke masjid yanginda jauh dari rumah. Tapi yang harunya, masjid di bawah kawalanku bertambah daripada 3 menjadi 6. Ertinya komitmen pun akan jadi bertambah jua.

Mind set mesti diubah segera. Kalau sebelum ani, aku ganya memikirkan 3 masjid saja dan dapat membahagikan masaku, tapi kali ani, mesti di ejas lagi ni supaya jadual lawatan dapat dibuat sekerap yang mungkin, tambahan tia lagi, masa ani ada sudah borang laporan mingguan..hhmm..panat rasanya. 

Wednesday, May 23, 2012

JALAN YANG LURUS..

Dalam Al-Quran Allah berfirman didalam surah Al-Fatihah: "tunjukkanlah kami jalan yang lurus".

Apa dia jalan yang lurus? Menurut setengah ulama tafsir, jalan yang lurus itu ialah:
1- Al-Irsyad iaitu agar dikurniakan kecerdikan dan kecerdasan, sehingga dapat membezakan yang benar dan yang salah.

2- At-Taufik iaitu bersesuaian dengan apa yang Allah rencanakan.

3- Al-Ilham iaitu diberi petunjuk supaya dapat mengatasi sesuatu yang sulit.

4- Ad-Dilalah iaitu ditunjukkan dalil-dalil dan tanda-tanda dimana tempat yang boleh dilalui, tempat-tempat bahayadan sebagainya.

Menurut riwayat Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas, yang dimaksudkan dengan jalan yang lurus ialah supaya ditunjukkan agama yang benar. Dan menurut beberapa riwayat yang lain, Ibnu Mas'ud mentafsirkan bahawa siratal mustaqim itu ialah kitab Allah (Al-Quran).

Untuk mencapai jalan yang lurus ini, maka kita tidaklah boleh berpandukan akal semata-mata. Walaupun untuk menentukan baik dan buruk selalunya melalui pertimbangan akal, akan tetapi bagi Islam ada garis pandu yang mesti diperhatikan. Kerana itu Allah mengutus Rasul sebagai pembimbing manusia kejalan yang benar.

Sebagai manusia, walaupun segala nikmat yang lain diberi kepada kita, akan tetapi jika petunjuk ini tidak kita perolehi, maka nikmat-nikmat ini boleh sahaja membahayakan kita, contoh orang yang diberikan kekayaan rezeki oleh Allah, jika tiada petunjuk, maka boleh sahaja dia menjadi seorang yang kikir atau bakhil atau terlalu cintakan harta sehingga tidak mahu berzakat, menginfakkan harta pada jalan Allah dan sebagainya.

Maka untuk mendapat hidayah ini, kita mestilah sentiasa meminta kepada Allah, kerana hanya Allah yang berhak dan berkuasa untuk memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya.. Wallahu a'lam.

Saturday, May 19, 2012

MEMORI PANCING

Pepe Reina memancing??

Tangkapan terbesar..

Yasmin..penggempur yang bahaya

G niz and Saini..crew combatman

Faizal..naik pangkat jadi assistant captain

kerapu and i

Ketumbang..sayangnya seikong saja

Friday, May 18, 2012

suatu ketika dahulu..

Tadi lapas abis ku membuat keraja (kewangan masjid), aku menyubuk gambar-gambar ku yang lama yang ku simpan dalam hard disk ku. Ketawa ku meliat gambarku bersama kawan-kawanku semasa kami kurusus beberapa tahun yang lalu..ani antara yang dapat di upload.enjoy the view..

sebelum berlepas..
iski tah dulu begambar..

Dalam speed boat menuju lokasi

Latihan perang

aku..ketika 98 kg..haha

dewan makan

hotel carlifornia..

batah inda trekking..2 jam dalam hutan memang berasap!!

dulu mumu usul dua dua ani..masa ani??best double partner badminton, haha

secret agent

sebelum masuk hutan..

wajibul manzili..baris pagi

kayak king..

"sarapan pagi"

banyak rahsia disebalik tempat ani..

latihan bunuh diri

first aid

masa ani aku berkata: aku banci "bft"!! sebab masa atu aku gorilla, haha

Sijil dan kenangan..

MACAM-MACAM

Macam-macam cerita berlaku beberapa hari kebelakangan ani. Ada yang suka, ada yang duka. Semuanya banyak meninggalkan kesan dalam diriku untuk mencari nilai kehidupan yang sebenar.

Semenjak aku tutup akaun FB, aku seperti orang yang ketinggalan zaman, atau seperti rumah yang tiada telefon. Sebab aku cakap cemani, kebanyakkan masa berkumpul dengan kawan-kawan, apabila time bercerita tentang sesuatu cerita, aku hanya jadi pendengar, walhal sebelum ani aku adalah antara pencerita. Tapi aku rasa aku inda rugi apa-apa walaupun aku sudah menutup akaun FB. Buktinya, ani sudah hampir 2 bulan aku inda mengikuti FB..maintain pun!!

Team badminton yang kami tubuhkan setahun yang lalu semakin aktif. Buktinya baru-baru ani kami dapat mengadakan perlawanan persahabatan dengan ABDB. Walaupun pada awalnya kan friendly saja-saja, tapi on the day, jadi terlalu official.  Sampai masuk paper lagi!!.Baik jua ada yang manang, tapi banyaknya kalah dan seri, hehe..Sehari selapas berita keluar paper, banyak jua urang bejumpa aku kan mengoffer friendly badminton. Bagiku inda ada masalah, manang atau kalah bukan agenda utama, yang penting baju basah dengan paluh dan masing-masing enjoy..dan yang paling utama..ada makan!hehe

Cerita lain, Abang kepada kawan sekerjaku meninggal dunia. Walaupun aku inda berapa rapat dengan beliau, tapi pemergiannya meninggalkan kesan dalam jiwaku. Ia pergi tanpa sebarang sakit, dan yang lebih menyentuh hati, ia pergi meninggalkan isteri dan 4 orang anak yang masih damit. Sesungguhnya janji Allah mustahil untuk salah dan dusta. Manusia memang inda akan sedar dan tahu bila ajalnya kan sampai. Apa yang pasti, ianya pasti tiba. Cuma kitani saja yang mesti muhasabah diri, untuk menyediakan bekal yang akan dibawa kesana.

Dirumah bini selalu ayung-ayung dan damam. Mula-mula tefikir jua dalam utak "berisi kali"..memang atu jua yang diharap dan di tunggu. Tapi ialah, setiap apa yang kitani dapat merupakan rezeki darinya jua. Kalau Allah belum kan bagi, inda ada satu kuasa pun yang dapat melawan kudrat tuhan. Lagipun, memang time ani musim urang damam jua, hehe..

Walau gembira macamana, sedih macamana pun..kehidupan mesti diteruskan.

Monday, May 14, 2012

PENDAKWAH

Balum lama aku ada menulias mengenai bukan mudah menjadi pendakwah. Masa atu aku menulis berdasarkan pengalaman seorang kawan yang merupakan pendakwah secara tetap. Tapi kali ani aku kan menceritakan pengalaman sendiri bersama seorang kawan yang lain yang juga terlibat dalam arena dakwah.
Cerita bermula selepas kami menjayakan program dakwah secara live di radio. Masa atu tajuk mengenai vandalisme menurut pandangan Islam. Dalam masa menyampaikan ceramah, ada seorang pemanggil yang membuat penggilan, dan becakap"urang ugama ani tau cakap saja, buatnya nada".
Secara jujur memang lah kami tekajut dengan apa yang dicakapkannya ani, tapi demi menjaga etika sebagai pendakwah, kami jawab dengan berhemah lah.
Rupanya cerita atu inda abis disana, beberapa hari selepas atu ada lagi cerita yg dasat. Penceramah yg lain kana telipun oleh urang yang sama, dan mengutarakan masalah yang sama...mengomplen para penceramah.
Kenapalah ada urang yang macamani. Bukankah tugas dakwah tugas semua?manatah urang atu tau urang ugama ani tau cakap saja...

Tuesday, May 8, 2012

UMRAH

Sudah lama jua aku inda menulis di dalam blog ani. Internet yang bermasalah ternyata menjejaskan kerja-kerja ku, termasuk menambah bahan untuk ceramah setiap minggu. Selain atu ianya juga menjejaskan untuk aku menyubuk blog ani. Sejak ku tutup laman sosial "Face book" ku beberapa minggu lalu, aku sudah pandai membahagikan masa dengan lebih baik, sekurang-kurangnya tesubuk jua Al-Quran. Kalau sebelum ani banyak masaku ku habiskan dengan menyubuk facebook, membuktikan bahawa sememangnya facebook ada keburukannya(ikut pandanganku lah).

Sekarang ani sudah masuk bulan Mei, ertinya sudah hampir setengah tahun 2012. Memang terasa cepat masa berlalu, terasa banyak masaku terbuang dengan sia-sia, walaupun banyak jua perkara bermanfaat yang ku buat. Tapi, banyak lagi hasrat yang ku target untuk tahun ani balum ku capai. Paling penting, program tasmik quran yang sepatutnya ku buat start bulan Januari lepas, masih balum begarak, tambah lagi ramadhan sudah ampir...

Satu lagi target untuk tahun ani, aku kan umrah!!.mudahan saja Disember ani Allah memurahkan rezekiku dan memudahkan urusanku supaya aku dapat menjejakkan kaki ketanah suci. Amin!!

Wednesday, May 2, 2012

HALAQAH FIQH

Halaqah fiqh mingguan akan diadakan pada 7.5.2012 bertempat di Masjid Kampong Salambigar bermula jam 0830..

Maudu` halaqah minggu ini akan membincangkan mengenai fiqh solat..

Monday, April 16, 2012

BUKAN MUDAH MENJADI PENDAKWAH..

Cerita ani panas lagi, baru tadi patang. Seorang rakanku yang merupakan salah seorang penceramah yang giat aktif berceramah. Ada urang yang mengomplen arah peradiannya, yang becakap "kenapa kedia saja beceramah?sudah abis kah penceramah di Brunei ani?"
Aku memang tarang-tarang tekajut dengan luahannya atu inda dapat cakap apa-apa, hanya membiarkan kedia meluahkan rasanya atu.

Aku pun atas dasar simpati seorang rakan menasihatkan kedia supaya sabar, sebab iatah yang kana katakan cubaan dan dugaan dalam berdakwah.

Aku hairan dengan sebilangan masyarakat ani, urang yang aktif berdakwah pun kan di dangkikan. Kalau banar urang-urang yang aktif ani saja yang balik-balik mukanya di tv, dan suaranya saja yang tedangar di radio, carikan tah pendakwah baru yang sanggup berdakwah atau beceramah. Berapa banyak lulusan luar negeri dalam bidang agama yang mahu jadi penyampai atau pengajar kepada masyarakat? masing-masing kan menganyangkan parut sendiri. Dapat gaji saja yang durang harapkan, sedangkan durang tau, bahawa tanggungjawab dakwah ani adalah keraja durang yang memegang kulusan agama..

Diharaplah dimasa akan datang, masyarakat lebih faham dan peka tentang hakikat ani, kalau nada pendakwah yang sanggup ani, siapa tah lagi kan berdakwah?????

COMBATMAN NEW SEASON

Combatman beraksi lagi!!kali ani kami mengenal pasti spot baru yang kami panggil "takat zakaria"( sangkar miliknya), spot yang dijumpai oleh ahli kami iaitu g-az. Kali ani kami turun belima (macam hang tuah 5 bersaudara), iaitu aku, captain, saini, alus dan g-az.

Berbekalkan udang $15, kami menuju ke destinasi setelah selasai solat Jumaat. Ketibaan kami di spot berkenaan disambut oleh "penunggu" spot berkenaan iaitu rohman, seorang warga Indonesia. 1st impression meliat tempat ani menjanjikan sesuatu sebab behampiran dengan kayu-kayu matui yang menyacah ke tanah (kalau liat arah majalah, katanya berpotensi). Lagipun tempat ani agak selesa jua sebab ada jamban, ada ruang untuk solat dan yang penting ada lampung!! (dapat tah mengauil malam disini)

Memandangkan cuaca pada masa atu masih lagi "berangat" (maklumlah, pukul 3 patang)..kami mengambil keputusan untuk mengail dibawah rumah saja, so apa lagi, masing-masing lah mencari spot yang sesuai. Dalam pada atu ada jua kami cuba-cuba mengail diluar, tapi kehangatan cuaca atu inda dapat ditahan. Masa ani ikan inda berapa makan, mungkin saja faktor air yang macam aing gelagah kabut, walaupun arus begarak pelahan. Menjelang Magrib barutah ada hasil yang dicari-cari. Rata-rata tangkapan hanyalah ikan Ketambak bersaiz sederhana, kecuali seekong yang agak basar..kira-kira setangah kilo (aku yang dapat, hehe).

Masuk saja Maghrib suasana sepi seketika. Ada jua kalanya joran kana paksa bekeraja. Bila sudah naik, rupanya bedukang saiz basar (walaupun bukan ikan target, ianya tetap ikan kan!!), dalam trip ani kami berjaya mengesan spot bedukan saiz basar dimana 2 daripada tangkapan adalah berskala 1-2 kilo..

Memandangkan hasil tangkapan balum memberangsangkan, aku berpindah kebahagian hadapan rumah, dimana terletaknya sangkar-sangkar ikan. Dalam cuaca yang agak gelap, aku memberanikan diri menyusupkan dicelah-celah sangkar..dan hasilnya??Se ikong lagi ketambak saiz sederhana basar (anggaran 1 kilo lebih sedikit..dapat sudah dipanggil berahan ni) dapat ku jinakkan. Akhirnya formula pancingan dikawasan ani terbongkar, sebab spot  tangkapanku beberapa hari yang lalu hampir sama dengan spot yang ani dan membuahkan hasil yang hampir-hampir sebaya. Mungkin percubaan nanti aku akan fokuskan dispot ani saja.

Akhirnya lebih kurang jam 8 malam kami pun bepanyap, memandangkan umpan pun sudah habis. Lagipun pada masa ani, aku menerima satu panggilan kecemasan. Jadi, alang-alang bungkus, semua tah balik..btw, terima kasih untuk sani, sebab sekali lagi menjadi boatman kami.

HALAQAH ILMU

Hari ani halaqah ilmu fiqh diteruskan lagi. Kali ani diadakan di masjid Mohammad Bolkiah, Serusop. Dalam halaqah tadi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan solat. Banyak jua persoalan-persoalan yang dikemukakan sebagai langkah unntuk memahamkan masyarakat tentang kesempurnaan solat. Halaqah tadi dipengerusikan oleh Haji Jamil.

Sunday, April 8, 2012

COMBATMAN IN ACTION...EPISODE FINALE

Sebagai penutup acara pancing sebelum bekeraja semula, team combatman turun lagi. Turun lagi??awu!!turun lagi untuk memuaskan hati sebelum menggantung joran (sebab kalau sudah keraja payah kan turun lagi). Macam biasa umpan dibuking melalui seorang agen, dan selepas subuh, kami menuju ke tempat biasa. Tapi oleh kerana boatman terpaksa menghantar adinya keraja pagi atu, maka flight kami pun delayed, jadi untuk inda membuang masa, kami cuba-cuba saja labuh kail dapan jeti, manatau makan..dan hasilnya..NOL!

HARI KURANG SESUAI
Boatman datang dalam kira-kira 7.30. Kami tarus menuju spot ungah (urang pulang bepadah banarnya spot ani spot ungah). Sampai disana, kami tarus melabuh kail dengan harapan muncul lah si ungah ani. Tapi harapan tinggal harapan, jangankan ungah, baunya pun inda tecium, hanya beberapa ikong ketambak damit yang sudi memakan sarapan yang kami sediakan.

NOT MY DAY
Memandangkan yang ditunggu inda muncul, kami bepindah lagi ke spot lain. Disini pun sama jua, ikannya malu-malu kan makan. Yang ada ganya umpan kana makan tapi nada yang melakat. Ani sedikit sebanyak menyebabkan moral down lah, maklum saja lastday turun. Tambahan lagi hari ani kami menset pancingan setangah hari saja sebab ada komitmen lagi disebalah malam.

Akhirnya setelah setangah hari bangas, kami pun bungkus balik..owh..hasil tangkapan kami?? liat saja gambar dibawah ani..jumpa lagi nanti...
macam berpotensi..tapi??mungkin timing inda cun

Wajah seribu harapan..

Sambil-sambil menunggu perahu..sampat lagi melabuh kail

Hero of the day dengan hasil tangkapan

Hasil untuk hari ani..bulih lah dari nada..Alhamdulillah

Wednesday, March 28, 2012

COMBATMAN IN ACTION..NEW EPISODE

Assalamualaikum semua..

Berbekalkan kejayaan yang lepas, geng kami hari ani meneruskan jelajah pancing kami. Selepas Subuh, kami bertiga meneruskan misi untuk hari ani dengan harapan mendapat rezeki, atau sekurang-kurangnya "perlawanan" dari "musuh". Berbekalkan umpan udang hidup dan pumpun( lama sudah inda ku teliat makhluk ani..tq faizal sebab belurih urang mengambilkan pumpun), kami sampai dijeti jam 0630 pagi, dan kami terpaksa menunggu beberapa ketika untuk menanti boatman sampai. Dalam hati sudah terbayang tarikan ikan dan aksi hebat yang akan terjadi. 

SPOT PERTAMA
Seperti biasa, kalau sudah sampai di Pudak, inda sah kalau inda belabuh di "white tower" (pancang putih). Kali ani kami plan kan belabuh disana lama sedikit memandangkan boatman kami free pagi ani. Setelah hampir sejam menanti, kami berjaya mendaratkan spesis target, iaitu Languran, Ketambak dan tuka-tuka. Selepas atu kami pun berpindah ke spot yang baru (sangkar..banarnya lama pulang, ganya batah sudah inda di aga). Dalam perjalanan ke spot baru, aku cuba-cuba jua trolling dengan Rapala Flat Rap, tapi keputusannya "kumpau".

LAUK PAGI.
Sesampainya kami dispot ani, kami disambut oleh penjaga spot ani. Demi sampai saja, kami tarus memasang umpan dan melabuhkan didapan pagar sangkar, dan hasilnya...inda sampai sepuluh minit,  kantung ikan kami berisi sudah, seolah-olah ikan di sini ani setaun inda kana bagi makan. Ikan Ketambak berskala 300-500 mendominasi tangkapan selain seekor selungsung berskala 400 gram (tangkapan bonus, hehe).

SEPI, SUNYI, BANGAS!!
Selepas lebih kurang 2 jam, keadaan jadi semakin sunyi, getuan ikan ganya menyebabkan luncing kail kami bebunyi, tapi kebanyakannya lapas. Mungkin ikan-ikan damit punya keraja, sebab ada jua beberapa kali kami menaikkan garut-garut, tapi semuanya kami "released", sebab inda cukup sifat, hehe

AING LAJAK, UJAN LABAT DAN RIBUT.
Masuk saja tengahari, kondisi aing tarus berubah, dimana aing lajak pasang menyebabkan sungai beuras. Ditambah lagi dengan kedatangan angin kuat dan ujan labat, sedikit sebanyak menjejaskan hasil tangkapan. Tapi, apa jua daya kitani, kuasa Allah kan..mun sudah Allah kan membagi ujan cemana tah jua, ada tah hikmahnya tu. Akhirnya setelah bertahan lagi beberapa jam, kami pun bungkus, ialah, daripada kami "panggang-panggang" dengan joran yang inda beusik, baiktah kami balik.

UDANG HIDUP VS PUMPUN??
Seperti yang ku bagitau awal-awal tadi, trip kali ani kami akan membuat uji kaji terhadap umpan yang kami gunakan iaitu udang idup dan pumpun. ternyata disini bukanlah padang pancing terbaik untuk aplikasi "pumpun", sebab walaupun kana makan ulih ika, tapi kebanyakan tangkapan berskala "baby" dan kalau pun yang "remaja" hanyalah ikan "black hawk"..Jadinya udang idup anitah senjata paling ampuh untuk menawan ikan-ikan di perairan ani.

Secara keseluruhan, trip ari ani indalah sehebat trip yang lapas kalau kan dikira dari segi kuantiti ikan yang kami naikkan, tapi dari segi kualiti ikan yang kami dapat, ternyata hasil hari ani bulih dibanggakan. So, tunggu trip kami yang akan datang, manatau kali ani kami berhasil merombak kubu pertahanan "samseng" disini..enjoy gambar-gambar terbaru ani..Assalamualaikum..

Mr boatman..

Jeti tempat kai turun naik..

Member club..

Combatman crew

Sungguh menggoda aing ni..

Kompon inda tetinggal barang ni..

Disini lah tempat ku gugur hari atu..waspada lah!!

Pumpun..senjata lagenda!!

Sentiasa bersedia..


Bawah sangkar anitah banyak mendapat sambaran..

sibuk kawanku ani..

tangkapan favourite:)

Syukur..rezeki Allah..

Iatah jadinya kalau ikan inda frenzy..dimana-mana pun di try

Loteri..siakap lagi!!hehe..jangan mare kawan-kawan