My Blog List

Friday, February 24, 2012

JADUAL QIAMULLAIL BULANAN

QIAMULLAIL BULANAN Masjid Lambak Berakas insya Allah akan mengadakan aktiviti qiamullail bulanan bermula Januari 2012. tarikh aktiviti ini adalah seperti berikut : TARIKH* HARI* MASA* 29 JAN 2012 AHAD 0315 HINGGA SELESAI 26 FEB 2012 AHAD 0315 HINGGA SELESAI 25 MAC 2012 AHAD 0315 HINGGA SELESAI 29 APR 2012 AHAD 0315 HINGGA SELESAI 27 MEI 2012 AHAD 0315 HINGGA SELESAI 24 JUN 2012 AHAD 0315 HINGGA SELESAI 29 JUL 2012 AHAD 0315 HINGGA SELESAI 26 OGS 2012 AHAD 0315 HINGGA SELESAI 30 SEP 2012 AHAD 0315 HINGGA SELESAI 28 OKT 2012 AHAD 0315 HINGGA SELESAI 25 NOV 2012 AHAD 0315 HINGGA SELESAI 30 DIS 2012 AHAD 0315 HINGGA SELESAI * tertakluk kepada sebarang perubahan Orang ramai khususnya para jemaah adalah dijemput untuk sama-sama hadir bagi menyemarakkan aktiviti ini. Mudah-mudahan kita semua akan mendapat ganjaran pahala dari Allah jua. PENGERUSI AJK TAKMIR MASJID LAMBAK BERAKAS.

QIAMULLAIL BULANAN

Masjid Lambak Berakas akan mengadakan program "qiamullail bulanan" untuk bulan yang kedua bagi tahun 2012. Program ini akan diadakan pada 26/2/2012 (hari Ahad) bermula jam 0330. Antara pengisian program ini ialah : . Solat sunat Iftitah . Solat sunat Taubat . Solat sunat Tahajjud . Solat sunat Tasbih . Solat sunat Witir . diselang selikan juga wirid dan zikir-zikir terpilih diantara solat-solat sunat tersebut. Dialu-alukan penyertaan semua demi untuk memeriahkan program ini dan sebagai motovasi untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wataala.

Wednesday, February 22, 2012

DISEBALIK KEGEMBIRAAN MENYAMBUT KEMERDEKAAN

Hari ini seluruh rakyat Brunei teruja kerana esok akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke 28 tahun. Dalam kegembiraan hari ani, aku merasa sedikit sedih mengenangkan tarikh ani 16 tahun yang lalu, dimana satu-satunya abangku telah pergi mengadap penciptanya. Kalau ku ingati semula peristiwa atu memang membuat aku menangis. Aku masih ingat sehari sebelum kejadian atu (masa atu kelurusan hari raya), aku tidur dengan kedia dalam bilik, sebab mengelak dari melayan urang datang. Malamnya ia bejalan dengan kawannya beraya dan ia inda balik malam atu, dan atutah hari terakhir aku bersua muka dengannya. Esuknya masa atu aku seurang ganya dirumah (bapa pagi atu baru bejalan kelawas, kakaku dua-dua keraja). so aku mengabiskan masa main game saja buat-buat menunggu urang beraya. Dalam ku main game, abang ada nipun betanya siapa ada dirumah, so ku bagitau ia aku ganya sorang. then ku tanya kedia kenapa? ia bagitau inda payah, dan atutah kata-katanya terakhir denganku. Selang beberapa jam, ada kawan bapa mengaga kerumah dan ia bagitau abang eksiden!!aku yang tekajut tarus ikut kawan bapa tadi menuju hospital. Sampai dihospital aku inda kana suruh masuk kedalam bilik dimana abang kana rawat. So, aku yang konfiden ia inda apa-apa duduk saja diluar sambil mengontek keluarga dan menunggu keluarga lain datang. Selepas beberapa jam, keluarga pun banyak datang ke hospital (kami pun masih balum tau kondisi abang masa atu). Dalam ku mundar-mandir dapan pintu bilik atu, tiba-tiba ku liat pintu atu tebuka sedikit, dan aku pun mengambil kesempatan untuk menyubuk, dan...!! Demi Allah aku sungguh tekajut melihat kondisi abang masa atu, inda ku sangka "eksiden" yang kana bagitau oleh kawan bapa tadi atu sebenarnya bukan eksiden biasa. Aku memang inda tebayang keadaannya pada masa atu yang memang parah, dan yang paling ku takuti, macamana kan membagitau adi beradi, bapa dan family apa yang ku liat tadi. Inda lama lapas atu, aku kana panggil oleh doktor. Aku pun bejumpa doktor melalui pintu belakang. Sebaik ku masuk, ku liat masa atu ada seorang doktor, seorang pegawai polis, seorang medical assistant dan ....sekujur badan yang ditutup dengan kain putih!!Aku dalam keadaan binggung membuka tutup kain atu, dan ku liat abangku dengan mata terpejam rapat:(..Aku teduduk sambil meraung menangis. Bermacam-macam perasaan yang ada pada ketika atu, sedih, takut, menyesal semuanya ada. Nasib baik ada saudara yang boleh menjamin mayat abang untuk dibawa balik, kalau inda tepaksa disimpan dibilik mayat hospital untuk bedah siasat (terima kah abang aipi). Persoalan masa atu, macamana kan membagitau bapa yang masa a i dilawas? masa atu dilawas balum ada talipun. Nasib baik ada saudara disipitang dapat dihubungi dan durangtah yang mengaga bapa kelawas (masa atu durang alum lagi membagitau bapa yang abang sudah nada). Akhirnya mayat pun dibawa balik kerumah, sambil menunggu bapa datang. (bapa sampai dirumah tengah malam sebab keritanya rusak masa ditemburong-nasib baik ada urang menyinggahi sampai kekuala lurah). Malam atu aku dapat meliat muka bapa yang sedih menahan air mata dari tumpah. Esuknya jenazah abang selamat disempurnakan dan disemadikan ditanah perkuburan Islam Rangas, inda jauh dengan kubur mama. Sejak dari atu, menjelang saja hari kebangsaan, aku cuba sedaya upaya menahan diriku dari terus menangis, walaupun jauh dilubuk hatiku aku sedih kerana kehilangan sorang "kawan" yang memahami aku, bertanggungjawab arah adi-adinya. Semoga Allah mengampunkan segala dosa dan kesalahannya, dan menempatkan beliau bersama golongan orang-orang yang beriman..amin:(