My Blog List

Thursday, March 20, 2014

LEGASI DROP-OFF

Bismillah...
Sebagai pengail yang sudah berkecimpung dalam arena mengail ani sejak 1997 lagi, aku selalu memasang angan-angan untuk memperbaiki rekod tangkapan dan juga teknik tangkapan, termasuk jua padang pancing. Dari bottom ke casting, dari tambing sampai membali perahu, terasa masih balum ada kepuasan dalam diri sebagai peminat pancing. Iatah kuasa pancing ni!menjadikan aku lebih dahagakan kepuasan demi satu rekod yang bulih dibanggakan.

OFFER YANG INDA DAPAT DITOLAK.
bila becakap pasal pancingan laut, abis jauh tah ku aga pilong rock!!. Atu pun sudah terasa hebat..hehe..Tapi bila urang becerita pasal champion, magpie, drop-off..memang tebayang sudah betapa hebatnya nama atu sesuai dengan gred ikannya. Memang tempat ani antara tempat yang kan aga, tapi inda tau bilakah kan sampai..

Tapi rejiki atu nda kemana. Pelawaan dari seorang rakan yang kan membawa ke drop-off pakai Apollo, memang sukar ku tolak walaupun harganya sedikit kancang, lebih-lebih lagi ketika bulan tua..hehe. Tapi kepuasan bukan dapat diukur dengan duit! yang penting pengalaman dapat!.

Dengan kata-kata racun, aku mula mengoffer best buddy ku pjal untuk jadi partnerku ke drop-off. Memang sudah kalau antu kail atu tatap jua antu, pelawaanku memang payah kan di rijiknya..haha. jadinya kami bedua akan menjadi antara 10 peserta yang akan pigi pada 17/3/14, trip pertama selepas angin monsoon.

PERSEDIAAN BIAR GEMPAK.

Untuk memastikan trip ani tip-top, kami bedua sampat ke Labuan untuk membali barang kail disana. Macam-macam kami bali, dari rod, spool, tali, jig, sendakau semua kami sapu demi untuk satu matlamat...drop-off!!

Shoppinhg di Labuan memang inda kerasahan walaupun aku bebelanja labih RM500. Pasal duit cerita kemudian. Yang penting bali dulu..hehe.

THE ACTUAL DAY.
Hari yang dijanjikan, aku sekerita sama pjal menuju tempat kapal menunggu iaitu di Peraian Serasa. Dari jauh sudah kelihatan Apollo menunggu kami. setelah packing barang dalam perahu transit, kami menuju Apollo, dimana team lain sudah ready, yang rata-ratanya adalah otai(temasuk tua hj tasim..haha).

Jam 8 pagi kami pun mula begarak menuju destinasi. Sebelum belayar doa pun di baca supaya perjalanan ani selamat. Aku duduk dicaruk kapal bila kapal mula keluar dari Muara putus. Dari jauh ku liat laut pacah-pacah (menunjukkan cuaca alum taduh). Buktinya, baru sikit kami keluar, kami sudah disapa oleh alun. Dalam hatiku bepikir jua, ani baru dalam, apa lagi diluar nanti. Tapi kerisauan atu ku simpan saja.

8 JAM YANG MEMBOSANKAN.
difahamkan perjalanan ke drop-off ahi memakan masa 8 jam. Ertinya kami akan sampai ke destinasi lebih kurang jam 5 Patang. sepanjang sejam pertama perjalanan, kami banyak menghabiskan masa dengan bual-bual kososng. Tapi masuk jam kedua, bilamana umbak mulai menguasai permainan, aku lebih tertarik untuk masuk cabin, sebab ada katil untuk berehat. Lagipun perjalanan masih panjang, jadi ada baiknya kumpul tenaga dulu untuk aksi hebat nanti..kononnya lah!!

AKSI SEBENAR!!
Sepanjang perjalanan aku habiskan dengan tidur. Aku tebangun bilamana bot sudah beranti. Tapi satu perkara yang menakutkan terjadi..Mauk!!yes!!mauk!!. Ubat yang ku talan inda mendatangkan hasil. Akhirnya perkara yang aku takuti terjadi jua. Aku keluar kabin untuk melihat padang pancing untuk pertama kali. Subhanallah!!dengan angin dan kucah yang belum pulih, ditambah dengan arus yang daras, aku inda nampak pancingan ani akan seronok. Buktinya baru 15 minit ku mengail, sudah berapa kali aku ambur-ambur. Mula-mula rasa malu jua, sebab inda tahan. Tapi bila ku lihat banyak jua yang tewas, ertinya bukan tah aku yang harus dipersalahkan. Persoalan baru mun cul lagi!! cana ku kan menghadapi baki 24 jam!!??

TIDUR ADALAH UBAT YANG PALING BAIK
akhirnya aku membuat keputusan yang drastik, iaitu beparam dalam kabin sampai aku rasa selesa. Anitah kerugian yang basar kali, bayar beratus ringgit tapi tidur! mungkin nampak bodoh, tapi aku lagi inda sedia memikirkan kemungkinan yang lebih buruk kalau ku taruskan jua mengail. Mungkin saja aku bulih gugur ke laut sebab kan bediri pun nda belen rasanya.

TUKAR PLAN
Rasanya malam atu ialah malam yang aku tidur paling panjang sepanjang hidupku. Hampir 10 jam ku tidur demi mengelak mauk. Bila sudah pagi, rakan memutuskan untuk menamatkan sesi pancing ani setangah hari lebih awal, memandangkan cuaca masih lagi alum pulih, dan disebabkan banyak yang tewas, maka balaik adalah keputusan yang paling bijak.

MORAL OF THE STORY.
Walaupun aku gagal belurih walau seikong pun, tapi disebalik atu, tersemat satu pengalaman berharga. Aku sudah sampai kedrop-off!! Tempat yang banyak lagi pemancing belum sampai!!. Mungkin cuaca atu belum memihak arah kami. Mungkin suatu masa nanti, akau akan datang lagi. Datang untuk membalas dendam atas kerugian yang lalu. Atau mungkin saja Allah tidak izin, sebab tinggal solat..Allah..malunya, kan minta rezki, tapi yang wajib inda tebuat..mudahan akan datang cuaca bisai, supaya dapat solat dan dapat pancing!!hehe..wajib buat, harus dapat..jumpa lagi!!