My Blog List

Monday, May 9, 2011

SEKALI SEKALA..

Macam-macam cara untuk menghilangkan stress, lebih-lebih lagi stress keraja. Antaranya dengan cara bersukan atau beriadah. Perkara anitah yang cuba kami (team bwf ) terapkan untuk menghilangkan stress. Selain dari bermain badminton secara rutin, kami telah mencuba satu aktiviti baru yang ternyata seronok...MEMANCING!!!

RANCANGAN AWAL .

Rancangan ani bermula minggu lapas bilamana aku, faizal, hj azrol, alus berbincang-bincang pasal mengail (ntah cana bulih timbul cerita mengail ani). Oleh kerana teruja, kami decide kan turun hari minggu lapas (kelurusan aku cuti dan kawan-kawan pun off duty), dan sasaran kami ialah "mangrove paradise".

KORUM INDA CUKUP..TAPI..

Sehari sebelum hari kami kan turun ke mangrove, hj azrol membagi tau yang ia nda dapat ikut sebab nini bininya (bininya punya nini) meninggal. Walaupun korum sudah kurang, tapi misi tetap kami teruskan. Dengan perancangan rapi telah disusun (siapa membali makanan, umpan, membawa kail), kami pun sampai didestinasi yang dirancang.

KUMPAU TAPI CHILL..

Kami start mengail dari jam 11.00 pagi sampai 5.00 petang .Dalam jangka masa yang agak lama, ditambah dengan cuaca panas dan lauk pun malu-malu kan makan, ternyata kami bertiga menjadi "bangas" dipondok ani. Walaubagaimanapun kami masih berjaya mendaratkan seekor selunsung( pakai kerikan lagi ganya tu, paidah saja joran banyak-banyak dibawa, hehe). Walaupun ganya seekor, tapi bagi permulaan, ianya sudah boleh dikira berjaya.

TRIP SUSULAN..

Berita bahawa kami telah menaikkan selungsung, berjaya menjadi racun kepada member yang seorang lagi (hj azrol). So, untuk memuaskan hati masing-masing, kami pun decide lagi untuk turun pada hari Isnin (hari ani), dan matlamat kami kali ani ialah "jeti 7 sungai bunga". Seperti biasa aku ditugaskan untuk menguruskan perihal umpan, manakala ahli yang lain membawa bekal.

AKSI BERMULA..

Seawal jam 6.30 pagi, aku sudah terpacak dikampung sungai bunga. Seperti biasa dipagi hari ani, penduduk kampung berpusu-pusu keluar untuk mencari rezeki dan belajar. Kira-kira sejam kemudian hj azrol dan faizal pun muncul. Setelah semua barang dipunggah, kami menuju kepenurunan perahu menuju kejeti 7.

Sesampainya kami disana, aing baru kan pasang, yang mana pada pandangan mata kasarku ada potensi untuk lauk makan,hehe. Tanpa melengahkan masa, semua ahli membaling senjata demi untuk meraih hasil dan rezeki. Balum lama kail belabuh, kail faizal menerima slaam dari penghuni sungai bunga, dan hasilnya seekor garut-garut terdampar dijeti. Nda lama selepas atu, hj azrol pun menerima sambaran, iaitu ketambak.

Berkat kesabaran, ahirnya aku pun menerima bahagianku, iaitu seekor umpak yang bersaiz sederhana. selepas atu kami masing-masing menjadi "bangas" (makan minum ganya sambung-sambung).

Kira-kira jam 11.00 kami pun pindah kelubuk lain setelah tiada lagi ikan yang sudi makan umpan yang dihidangkan, dan sasaran kami kali ani ialah jambatan queen. Sampai disana kami terus memasang umpan dan melontar ke setiap penjuru untuk menarik ikan disana, dan hasilnya hanya anak kerapu dan utik saja yang sudi memakan umpan kami (dan semuanya kami release).

KESIMPULAN

Walaupun inda belurih, tapi ternyata stress kami hilang dengan aktiviti ani, dan yang paling penting berjaya meningkatkan tahap kesabaran didalam diri masing-masing...Insya allah kami akan menyusun lagi trip-trip lain dimasa akan datang....