Sudah lama jua aku inda menulis di dalam blog ani. Internet yang bermasalah ternyata menjejaskan kerja-kerja ku, termasuk menambah bahan untuk ceramah setiap minggu. Selain atu ianya juga menjejaskan untuk aku menyubuk blog ani. Sejak ku tutup laman sosial "Face book" ku beberapa minggu lalu, aku sudah pandai membahagikan masa dengan lebih baik, sekurang-kurangnya tesubuk jua Al-Quran. Kalau sebelum ani banyak masaku ku habiskan dengan menyubuk facebook, membuktikan bahawa sememangnya facebook ada keburukannya(ikut pandanganku lah).
Sekarang ani sudah masuk bulan Mei, ertinya sudah hampir setengah tahun 2012. Memang terasa cepat masa berlalu, terasa banyak masaku terbuang dengan sia-sia, walaupun banyak jua perkara bermanfaat yang ku buat. Tapi, banyak lagi hasrat yang ku target untuk tahun ani balum ku capai. Paling penting, program tasmik quran yang sepatutnya ku buat start bulan Januari lepas, masih balum begarak, tambah lagi ramadhan sudah ampir...
Satu lagi target untuk tahun ani, aku kan umrah!!.mudahan saja Disember ani Allah memurahkan rezekiku dan memudahkan urusanku supaya aku dapat menjejakkan kaki ketanah suci. Amin!!