My Blog List

Friday, August 17, 2012

Zakat vs solat..mana lebih orang takut?

Assalaualaikum..
Alhamdulillah, allah masih memberi nafas untuk diri ani untuk merasai ibadah puasa yang tinggal sehari atau dua hari saja lagi.

Masa ani urang islam sudah mula sibuk membuat persiapan hari raya, termasuk rumah, diri sendiri, anak-anak dan lain-lain. Bahkan, ada jua ku liat sesetengah urang, keritanya yang sudah besimonize inda ta memakai selagi alum hari raya. Begitulah kuatnya kesan hari raya dalam masyarakat melayu islam dinusantara ani.

Dalam pada atu, masyarakat islam jua inda lupa tentang satu kewajipan yang mesti ditunaikan iaitu zakat fitrah, iitu zakat berupa makanan asasi yg diharuskan untuk ditukar dengan nilai duit. Semakin dakat hari raya, semakin ramai urang datang kemasjid-masjid, bukan saja untuk solat, tapi yang penting untuk melepaskan kewajipan sebab dimasjid ada amil yang menunggu.

Becerita tentang zakat fitrah, hampir semua urang tau tentang wajib zakat. Hinggakan hampir semua urang takut apabila sudah dipenghujung ramadhan, takut terlepas mengeluarkan zakat. Persoalaannya, kenapa ketakutan atu inda ada pada solat? Masih banyak masyarakat inda ingau pasal solat, hatta kadang-kadang mereka yang berkelulusan agama pun masih inda ampit pusing tentang kewajipan solat.

Mungkin urang bepikir, kalau inda bezakat inda dapat beraya, atau mungkin rezeki inda berkat. Tapi, bagaimana dengan solat?anak kunci syurga..kalau sudah anak kunci dibuang, macamana mau masuk?...