Alhamdulillah, inda terasa masa berlalu, macam baru kemarin jua ramadhan taun lapas, tup-tup sembahyang terawih tia kitani lagi malam ani.Seperti biasa, apabila tibanya bulan puasa, masing-masing menzahirkan perasaan dengan berbagai cara, dan setentunya masing-masing berazam untuk menjadikan puasa ani sebagai motivasi untuk diri sendir, ada yang berazam untuk diet, beranti besigup, membayar sembahyang yang tinggal dan macam-macam lagi.
Bermula malam ani, akan berpusu-pusulah orang akan membanjiri masjid untuk beriktikaf dan solat terawih, termasuklah jua ramai jua orang akan mengaji al-quran, dan bermula esuk gerai-gerai ramadhan akan laris diserbu oleh orang-orang yang berpuasa.
Apa pun azam kitani, pastinya yang penting kitani mengharapkan puasa pada tahun ani akan menjadi puasa yang terbaik, berbanding puasa-puasa yang dulu.Dikesempatan ini aku dengan ikhlas mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak, mudahan ramadhan kali ani akan menjadikan kita insan yang lebih bertakwa dan beriman dan semoga amalan kita diterima Allah..