My Blog List

Friday, January 20, 2012

Sekadar untuk renungan.

Allah berfirman:wahai manusia! Makanlah dari apa yang ada dibumi ini barang yang halal lagi baik, dan jangan kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya dia bagi kamu adalah musuh yang sangat nyata. Yang disuruhkannya kepada kamu hanyalah hal yang jahat dan hal yang keji, dan supaya kamu katakanterhadap Allah hal-hal yang tidak kamu ketahui. Surah al-baqarah 168-169.

Penting sekali peringatan ini dan ada hubungannya dengan ayat yang sebelumnya. Kecurangan-kecuragan, penipuan dan mengelabui mata yang bodoh, banyak ataupun sedikit adalah hubungannya dengan perut asal berisi. Beberapa perbuatan yang curang terjadi diatas dunia ini oleh kerana mempertahankan syahwat perut. Maka apabila manusia telah mengatur makan minumnya, mencari dari sumber yang halal, bukan dari penipuan , bukan dari apa yang dizaman moden ini dinamakan korupsi, maka jiwa akan terpelihara daripada kekasarannya.

Dalam ayat ini tersebut yang halal dan baik. Makanan yang halal ialah lawan dari yang haram; yang haram telah pula disebutkan dalam al-quran, iaitu yang tidak disembelih, daging babi, darah dan yang disembelih untuk berhala. Kalau tidak ada pantang yang demikian, halal dia dimakan. Tetapi hendaklah pula yang baik meskipun halal. Batas-batas yang baik itu tentu dapat dipertimbangkan oleh manusia. Misalnya daging lembu yang sudah disembelih dimakan mentah-mentah. Meskipun halal tapi tidak baik.

Supaya lebih kita ketahui betapa besarnya pengaruh makanan halal itu bagi rohani manusia, maka tersebutlah dalam suatu riwayat yang disampaikan oleh ibnu mardawaihi daripada ibnu abbas, bahawa tatkala ayat ini(168) dibaca orang di hadapan Nabi SAW, maka berdirilah sahabat Rasulullah SAW yang terkenal iaitu Sa'ad bin Abi Waqash. Dia memohon kepada Rasulullah supaya baginda memohon kepada Allah agar apa saja permohonan doa yang disampaikannya kepada tuhan, supaya dikabulkan. Maka berkatalah Rasulullah SAW :" wahai Sa'ad!perbaikilah makanan engkau, niscaya engkau akan dijadikan Allah seorang makbul doanya. Demi tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang laki-laki yang melemparkan suatu suapan yang haram kedalam perutnya, maka tidaklah akan diterima amalnyaselama empat puluh hari. Dan barangsiapa diantara hamba Allah yang bertumbuh dagingnya dari harta haram dan riba, maka api lebih baik baginya"

Ertinya, lebih baik makan api daripada makan harta haram. Sebab api dunia belum apa-apa jika dibandingkan dengan api neraka. Biar hangus perut lantaran lapar daripada makan harta yang haram.

Petikan daripada kitab tafsir al-azhar, prof dr hamka.

PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA

Alhamdulillah, aku berkesempatan menjadi pegawai yang duty untuk program khidmat bakti negara yang masa ani berpengkalan di perkampungan sukan. Tiga hari bersama durang, termasuk makan, baris pagi, dan tentunya solat(iatah sebabnya kami kana antar,hehe) memberikan pengajaran yang berguna untuk aku, dan aku beruntung sebab diberi kesempatan untuk memberi kata-kata motivasi untuk pelatih-pelatih ani. Rasanya jika kana bagi peluang untuk tetap disana, mungkin aku akan berkata "mau" sebab aku memang suka program macam ani..semoga PKBN terus sukses dimasa akan datang.