My Blog List

Wednesday, December 21, 2011

Disebalik tabir...

"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati". Ani sebahagian firman Allah dari dalam al-quran yang menyatakan yang setiap yang hidup pasti merasai satu detik iaitu kematian.

Kematian!!sesuatu yang paling ditakuti oleh manusia. Mati merupakan penyudah bagi kehidupan fana, dan mati jualah permulaan bagi perjalanan akhirat.

Dalam sebulan ani aku banyak berhadapan dengan berita kematian. Bermula daripada rakan setugas, sepupu, dan yang terbaru tragedi kemalangan diluar negeri yang meragut nyawa rakyat Brunei, satu fenomena yang jarang tejadi kepada rakyat Brunei, dan yang lebih mengharukan lagi, sepasang suami isteri yang menjadi mangsa adalah bapa dan ibu saudaraku!!

Dengan kecanggihan teknologi maklumat, berita ani cepat tesebar kenegara kitani, dan secara langsung kitani dapat membuat pengurusan dengan begitu baik sekali. Syukur kerana Kerajaan KDYMM begitu prihatin dengan membiayai semua kos perubatan, penghantaran balik semua jenazah, mangsa dan semua yang telibat. Tidak kurang juga ramai yang mendoakan mangsa, mengucapkan takziah dan macam-macam lagi sebagai tanda prihatin dan simpati, yang mana membuktikan bahawa rakyat Brunei amat pemedulian.

Dalam pada atu ada jua suara-suara yang mempersoalkan "siapa drivernya?". Mungkin ada yang berang, marah arah driver bas yang terbabas ani, dan tidak mustahil pemandu ani akan dicari oleh keluarga mangsa bagi menuntut penjelasan atau "membayar hutang". Kalau driver atu masih hidup pada masa ani, pasti ia akan ketakutan, memikirkan cemana kan menghadapi masyarakat dan sebagainya, dan mungkin jua ia akan beranggapan baik pulang ia jadi mangsa jua, supaya inda banyak kan dipikirkan.

Apa-apa pun, masyarakat jangalah menuding jari kepada pemandu bas atu sahaja, sebab dalam hatinya memang ia inda mau melanggarkan bas atu, tapi sudah kan asbab Ianya terjadi, jadi kitani hanya mampu berdoa semoga roh-roh mereka dirahmati Allah dan semoga peristiwa macam ani inda terjadi lagi. Janganlah disebabkan ani, kita takut kan naik bas, ikut rombongan lah, keluar negeri lah, sebab kalau kitani inda naik bas, inda ikut rombongan, inda keluar negeri, kalau sudah ajal, siapa dapat menyangkal. Cuma yang kitani perlukan ialah persediaan untuk menghadapi mati yang bila-bila masa saja boleh menjemput kitani.

Tuesday, December 20, 2011

Kaya susah..miskin pun susah

Akhir-akhir ani(actually batah sudah), urang sana sini becakap pasal "hamba Allah" yang rezekinya nomplok mengajut. Dimana-mana kitani bejalan,inda kira tempat keraja, urang kawin, tahlil antara tpoik yang menjadi perbualan ialah mengenai "hamba Allah" yang seurang ani.

Berkesempatan meraun rumahnya(kelurusan balik kampung), memang ku akui ia memang kaya. Kereta bejuntun, motosikal memenuhi ruang garaj rumahnya. Dan dari cerita yang kudangar( kebanyakan sumber-sumber cerita yang diragui), usinnya banyak, sampaikan nya durang, ia kan deposit duit dibank pun, bank inda mau menerima sebab telampau banyak.

Atu balum lagi masuk bisnesnya, sampai urang cerita kadai runcit pun besekuriti, gaji yang ditawarkan tinggi dan macam-macam lagi. Semua atu pun dari sumber cerita yang "syubhah".

Yang kesiannya kedia ani, menjadi bahan bualan urang ramai, biasalah ada yang puji, inda kurang jua ada yang keji, ada yang puja dan ada yang cerca. Mungkin sebab inda ramai urang melayu yang kaya macam kedia, dan inda ramai urang kaya yang pemurah macam kedia, masing-masing mempersoalkan darimana sumber rezekinya, sampaikan kudangar ada masjid yang inda mau menerima derma daripada kedia, astagfirullahalazim!!

Bagiku satu saja, rezeki masing-masing. Sekurang-kurangnya ia bulih menggurangkan kes pengangguran dibrunei dengan cara membagi urang keraja(keraja dengan titik peluh sendiri), siapalah kitani kan menentukan halal atau inda rezeki seseorang. Rasulullah SAW pun menyuruh kitani bekeraja dan mengelakkan meminta-minta.

Kalau sumber rezeki yang kitani persoalkan, bank pun banyak jua yang "curang". Dan yang paling penting lagi, kitani mempersoalkan rezeki urang, sedangkan kitani hari-hari mengumpat!!macamana tu?

MTQ KEBANGSAAN PERINGKAT ZON DAN DAERAH

Gambar para hakim dipertandingan musabaqah membaca Al-Quran kebangsaan peringkat zon dan daerah seluruh negara.
pengerusi..

didikasi amat diperlukan..

antara barisan jemaah hakim

venue yang lain..

hakim-hakim yang menghakimi pertandingan

macam juri pertandingan realiti tv jua usulnya

Rancanglah perjalanan.

Semalam aku dan rombongan menuju Temburong bagi menghakimi pertandingan Al-quran peringkat daerah Temburong. Jadi biasalah, namanya ketemburong, secara otomatik akan melalui daerah Limbang, Malaysia.

Kami betolak dari jame asr jam 6.45 pagi, dan singgah di masjid Limau Manis (untuk mengambil 4 orang lagi ahli). Kami sampai di Kuala Lurah kira-kira jam 7.15 pagi, dan aku terkejut sedikit bila melihat deretan kereta lebih kurang 1Km dari pos kawalan Kuala Lurah. Nasib baik kami pakai van kerajaan(kereta BG).

Setelah melimpadi pos kawalan, kami terus menuju Tedungan, satu-satunya jalan darat untuk memasuki Temburong, dan sekali lagi kami terkejut ba melihat deretan kereta berbaris menunggu feri( kalau inda salah hitunganku, lebih 1 km), dan nasib kami baik kami pakai kenderaan kerajaan yang membolehkan kami memotong Q.

Dan ketika kami melalui Tedungan sewaktu balik dari Temburong, kira-kira jam 12 lebih, aku secara peribadi terkejut lagi kerana deretan kereta lebih kurang 3 km dari tempat menunggu feri.

Mungkin ani saja alternatif kitani masa ani, mungkin kalau jambatan sudah siap kesesakan ani akan berkurangan. Cuma aku bayangkan, berbaloikah cuti kitani kalau kan mengharungi perjalanan yang sepatutnya 3 jam menjadi 5 jam?sedangkan kitani cuti kan menghilangkan stress, tapi menghadapi traffic jam ani bulih meningkatkan stress. Apa-apa pun perjalanan mesti dirancang dengan baik, bukan saja masa, bahkan destinasi pun mesti jua dirancang.

Sunday, December 18, 2011

Anger management course

Minggu lepas, aku telah menghadiri kursus yang bertajuk anger management yang bertempat d IPA. Ternyata fasilitatornya Wan jeffri dapat menerangkan tentang proses pengawalan stress dengan baik sekali.