My Blog List

Monday, August 19, 2013

Keep on doa

Bismillah..
Dalam seminggu ani kebanyakkan umat Islam sibuk memperkatakan trntang konflik di Mesir. Masing- masing rasa inda puas hati sebab jeneral sisi sudah banyak membunuh rakyat Mesir yang pro kepada presiden Morsi, presiden yang digulingkan.

Dalam memperkatakan isu Mesir ani, ada jua pihak yang seolah-olah menudi g jari kepada kerajaan sebab inda mengutuk serangan jeneral Sisi, sampai ada yang becakap seolah-olah kitani inda peka tentang maslahat kaum muslimin, sampaikan khutbah jumaat yang baru ani pun kana kritik, sebab inda menyentuh tentang Mesir.

Mungkin pndangan rakyat dan kerajaan berbeza dalam melihat isu perbalahan perang saudara di Mesir masa ani. Kitani melihat dari sudut orang awam yang ditindas(parti ikhwanul muslimin), sedang pihak kerajaan terpaksa menggunakan kekerasan untuk mematahkan bantahan pihak awam. Dan mungkin sahaja kerajaan melihat ani ada maslahat diplomatik kedua-dua negara. Kalau negara ikut campur, boleh saja mendatangkan kerugian untuk negara dimasa akan datang, contohnya, kitani bulih saja kana sekat untuk belajar disana yang mana ia pasti merugikan sebab universiti al-Azhar antara universiti Islam yang popular dan masyhur.

Apa pun tanggapan kitani tentang pergolakan di Mesir, doakan saja supaya kemelut begara atu segera berakhir. Walautah kitani inda hebohkan ke dunia yang kitani prihatin, tapi doa kitani lah yang menentukan samada kitani prihatin atau inda. Keep on berdoa, Allah pasti kabulkan!!