My Blog List

Sunday, October 7, 2012

Combatman in action..

Bila sebut pasal memancing, ianya umpama satu misteri. Ialah dalam luasnya lautan inda semua tempat ada ikan. Atu balum lagi kira pasang surut aing dan cuaca, semuanya memberi impak dan kesan dalam setiap trip pancingan. Sebab atutah perancangan mesti rapi, supaya balik inda luan hampa.

Combatman kali ani turun dengan berbekalkan keazaman yang tinggi untuk bertarung dengan pengganas air. Setelah kejayaan menewaskan hampir 10 ekor langguran pada trip lapas, misi kali ani masih lagi mensasarkan spesis roket ani.

BEBAGI TUGAS.

Yang cantiknya operasi kali ani, kami bagai disusun bebagi keraja supaya perjalanan trip ani lancar. Captain biasalah, tukang bawa perahu dari bunut ke pengkalan, aji lidi kompom jadi anchor man, pjal mengambil udang, manakala aku sama saini tukang bawa makanan. Anitah pentingnya bekeraja dalam satu team..hehe

Kami sampai di pengkalan kira-kira 6.15 pagi. Dengan cuaca yang mengizinkan serta aing yang begarak pelahan (sebab dalam buku pagi ani surut), kami keluar dari kuala pengkalan menuju green tower.

LAJAK...TAPI?????

Sampai di spot yang pertama, aing sedikit lajak, so assistant menyuruh supaya kami keluar ke green tower mencari "langguran mandi" katanya. Sampai disana, kami nda menunggu lama. Joran pjal diranjat oleh pengganas!! Bising bunyi dragnya walaupun diketatkan. Jorannya apa lagi, tunduk-tunduk melayan larian ikan. Selepas lebih kurang 7 minit, langguran seberat hampir 2 kilo didaratkan, sekaligus memacah "dara"rapaleronya dan sekaligus memacahkan rekod peribadinya..haha

Meliat daripada hasil, apalagi semua pun besemangat. Inda batah lapas atu, hj lidi pun menerima habuannya. Beliau yang ganya menggunakan kirikan, inda mengahadapi maslah untuk melayan ikan tersebut, dan hasilnya langguran damit sedikit dapat didaratkan. Inda lama lapas atu bapa pun menerima strike dari spesis sederhana basar(berdasarkan kepada caranya melawan). Akhirnya umpak hampir sekilo berjaya ditawan.

LUBUK BAIK??

Inda batah lapas atu, keadaan sunyi, ahirnya kami pun pindah tempat. Disni hj lidi melihatkan kehebatannya dimana ia belurih lagi gumbir sebarat 1.9 kg..inda batah atu kami aga lagi semula tempat mula-mula kami datang. Kan jadi rezeki, aku pun belurih jua langgurang anggaran 1 kilo, hehe..memang tah baik lubuk ani. Kan semua langguran kami dapat disini..

Menjelang tengahari kami bepindah lagi. Kli ani kami menuju ujung pelumpung. Dengan berpandukan gps yang ku pinjam, kami inda berjaya menjejaki lubuk yang kami cari. Mungkin sebab arus yang kuat menjelang tengahari, lagipun time panas ani, lauk pun malu-malu kan makan. Akhirnya kami memutuskan balik ke kuala menuju destinasi ahir, iaitu takat madi.

Sampai ditakat madi, kami mencuba nasib lagi. Dengan berbekalkan umpan yang sedikit, kami berusaha mencari penghuninya. Akhirnya hanya anak ketambak, kerapu dan beberapa ekor garut-garut berjaya dipanyap.

MASIH BELAUK..

Secara keseluruhan trip(termasuk trip selasa), takat Brunei masih lagi belauk. Cuma bagi pemancing, mesti ada etika jangan "temaha", sama amalkan catch n release. Inda rugi kitani lapaskan ikan yang "not game fish", untuk memberi peluang bertarung dimasa akan datang. Lagipun, inda jua nyaman kalau lauk damit basar 2 atau 3 jari kan dibawa balik, kesalatan saja gigi..