My Blog List

Saturday, December 29, 2012

Combatman action

Kalau melihat hasil pancingan yang terdapat dimajalah-majalah, kadang-kadang membuat aku me yangka ianya hanya rekaan semata-mata. Masakan tidak, apasaja teori yang diberikan, apabila dicuba atau diaplikasikan, hasilnya tetap sama, kumpau!!

PERANCANG

Memandangkan saat ani aku sedang bercuti, maka adalah menjadi satu kerugian seandainya aku inda turun ke laut. Jadi kebetulan tempat kami mengambil umpan (sam) ada mempelawa untuk menyertai beliau memancing, kami inda menulak, sebab tebayang ikan-ikan yang akan diperolehi, tambah lagi beliau ani kirakan famous jua dikalangan pemancing tempatan. Beliau yang inda meminta sebarang bayaran kecuali bayaran minyak memberikan harapan yang tinggi kepada kami, hinggakan sehari sebelum turun, faizal telah berbelanja $180.00 semata-mata untuk mengganti tali sulam bagi spoolnya.

HUJAN PETANDA AWAL?

Subuh hari yang dijanjikan, hujan turun. Aku membayangkan yang kami inda jadi turun pagi ani. Tapi dengan semangat yang tinggi, kami pigi jua ke tempat penurunan perahu pengkalan sibabau. Selang setangah jam, hujan pun reda. Pagi atu inda berapa ramai urang turun kelaut, dan dalam ramai-ramai urang terselit bapaku dengan perahu damitnya. Kira-kira jam 7 pagi, perahu kayu 25 kaki milik ipar sisam pun datang menjemput kami. Selepas memunggah naik semua barang, kami bergerak menuju stesen minyak untuk menambah minyak bagi menampung perjalanan kami yang jauh.

Selepas membali minyak, kami tarus menuju keluar ke destinasi yang pertama, bangau!!. Tempat yang asing bagi kami bertiga, walaupun namanya sering didangar melalui cerita-cerita pemancing. Kami sudah membayangkan bahawa kami akan berpesta dibangau!!

NTAH! DIMANA SILAPNYA??

Lebih kurang 20 minit, kami memasuki kuala bangau. Melihat keadaan sekitarnya, menambah keyakinan bahawa disinilah sebenarnya tempat yang berpotensi yang akan menguji kekuatan alat pancing kami. Dengan umpan $20, aku juga membayangkan pancingan hari ani akan berlalu dengan pantas.

Sisam terus menuju ke spot pertama yang terletak ditanjung pertama. Setelah sauh diturunkan, kami memulakan pancingan. Menurut sisam, bahawa tempat yang kami tuju ani ialah tempat dimana reba mereka ditanam. Jadi sudah pasti penghuninya lapar-lapar belaka.

Kami terus menanti dengan penuh debaran. Aku yang sekali-sekala melontarkan gewang bagi menduga penghuni bangau ani, memang berharap yang gewangku akan disambar penghuni bangau ani, melihatkan banyak kucak ikan disekitar pengailan kami.

Sayangnya, 20 minit kami menunggu, tiada satupun sambaran yang kami dapat. Melihat keadaan ani, sisam pun mengarahkan kami berpindah lubuk. Dilubuk yang kedua ani, kami inda menunggu lama, bilamana kail sifaizal ditarik oleh penghuni lubuk. Apabila dinaikkan, rupanya satak yang tergoda. Inda lama selepas atu, driver kami pun bertegang urat dengan penghuni dasar, dan ahirnya kemenagan berpihak kepada driver kami bilamana beliau berjaya menewaskan berahan anggaran 1kilo. Melihat kepada hasil atu, membuatkan kami bertambah yakin dan bersemangat. Tap macam tadi jua, 20 minit kami menunggu, tiada sambaran diterima.
Setelah perundingan dibuat, kami pun bersetuju untuk keluar dari bangau untuk menuju muara. Maka dengan atu berakhirlah impian kami untuk begasak dibangau.

APA LAGI NI?

Selapas saja keluar dari bangau, asalnya sisam kan membawa kemuara putus. Tapi memandangkan aku ada membawa GPS, kami pun setuju untuk memcuba ditakat yang behampiran iaitu ujong sapoh dan kapal pacah. Tapi dukacitanya hasilnya inda seperti yang diharapkan.
Menjelang tengahari, kami berpindah kekilang simen untuk betaduh, kebetulan hujan mulai turun. Dikilang simen kami mencuba jua dibawah kilang, tapi hanya rabut dan kekecewaan saja yang kami dapat, bilamana hanya ikan kecil saja yang berjaya kami perolehi, disamping satu strike yang inda rakat. Lebih malang lagi apabila kacamata rapala ku gugur diaing.

RUPANYA DISINI..

Selapas ujan taduh, kami keluar lagi. Kali ani kami menuju ujong pelabuhan muara. Dengan berbaki umpan yang masih banyak, kami masih menaruh harapan akan hasil pancingan hari ani. Inda lama lapas kami belabuh, bang saini menerima satu asakan yang bolehntahan hebat dari penghuni dasar. Setelah 5 minit main, seikong langguran anggaran 1 kilo lebih berjaya dinaikkan.
Dan inda lama lapas atu, giliranlu pulang yang menerima tarikan yang sama. Setelah dinaikkan ianya langguran dalam barat setangah kilo.

TEKONG INDA HANDAL BANARNYA??

Kira-kira jam 5 petang, kami pun beundur diri balik menuju kepengkalan, dengan hasil kami 3ekor langguran, seekor sapihi dan beberapa ekor kerapu. Secara keseluruhan, trip ani gagal, walaupun ada hasilnya, sebabnya kami mau merasai tarikan ikan dibangau. Memurut sisam, banarnya gps nya kana pinjam oleh kawannya, iatah sebabnya masa dibangau atu, ia main anggar-anggar saja. Apa pun semuanya adalah bergantung kepada rezeki yang Allah berikan dan sediakan. Sebagai hamba, pastahdan redha dengan segalanya, sekurang-kurangnya, satu penggalaman baru tercipta!!