My Blog List

Sunday, July 22, 2012

Sehari di bulan Ramadhan.

Ramadhan tiba lagi!!bulan dimana Allah menggandakan setiap amalan kebajikan yang kita lakukan. Bulan "bonus" bagi umat Islam. Bulan latihan minda, jiwa manusia untuk menjadi hamba yang bersyukur, bertakwa daan beriman. Bulan ani akan bergemalah setiap masjid dengan suara imam-imam mengimamkan solat terawih dan akan kedengaran jua bacaan Al-Quran dimasjid-masjid. Apa yang penting bacaan yang dibaca biarlah lurus, inda semestinya khatam, yang penting kita baca!!

Dalam kegembiraan kita menyambut Ramadhan kali ani, negara diuji dengan berita gempar!!Helikopter gugur!Ya..heli gugur!!.Kejadian yang berlaku hari Jumaat lapas menggemparkan negara dimana beberapa orang tentera termasuk bakal pegawai terkorban. Beritanya bulih baca disini.

Apa yang membuat aku terkilan, salah seorang mangsa kemalangan tersebut kawanku masa di UBD, Khairul Mahdi bin Hj Sahri. Mula-mula mendangar berita ani selapas abis solat terwaih, masa ku check whatsapp, ada labih kurang 50 mesej masuk. Mula-mula dalam hatiku becakap "eh, inda terawih kah durang ani?". Bila ku baca satu persatu mesej durang ani, tiba-tiba jantung ku laju belabuk, sebab durang mention nama si madu (gelaran untuk mulah ani).

Untuk memastikan berita ani, aku telipun kawan yang ngam askar jua. Apabila ia bagitau mulah ani kandung jua, aku inda dapat menahan sebak. secara sendiri air mata mengalir. Rasanya baru 2 minggu aku jumpa ia waktu sama-sama main badminton. Nada ciri-ciri ia kan meninggalkan keluarga dan kawannya. Masih ku tebayang ia beibun masa main badminton.

Dalam sajuk dinihari jenazahnya kana bawa balik kerumah selapas dimandikan dipengkalan tentera udara. Ramai jua kawan-kawan mulah yang datang. Alhamdulillah aku diberi penghormatan untuk mengimamkan solat jenazah beliau dan mengantar kekubur dan mentalkinkan. Yang ku sebak jua, apabila kana bagitau yang mulah ani baru saja dapat baby yang kedua 1 labih yang lalu. Walaupun aku balik kemarin ngam-ngam waktu azan subuh, nada masa untuk tidur, tapi sebagai penghormatan terakhir untuk seorang sahabat, nada salahnya.

Kehilangan mulah banar-banar meninggalkan kesan dalam jiwaku. Aku yang menunduki sampat ditepi kubur meliat jasad mulah ani ketika diturunkan kedalam liang lahad. Jasadnya inda sama seperti khabar yang disampaikan orang yang becakap mayat durang ani angus dan ada yang putus. Yang jelas aku liat jasad mulah sama seperti jasad urang yang meninggal biasa. Maha suci Allah!!

Apa yang penting, bagi yang hidup ani mesti teruskan kehidupan. Esuk-esuk pasti giliran kitani. bahagian mulah sudah lapas. Kitani macam mana? Amalan kitani sudah cukup kah?Apabila memikirkan macam mana rasanya apabila nyawa kana cabut dan apa yang akan terjadi selepas nyawa kana cabut, bulih membuatkan aku inda tidur malam, tapi atutah kekuasaan Allah menyembunyikan perkara sam'iyyat dan ghaibiyyat, supaya kitani berwaspada dan bersedia..Semoga Allah mengampunkan dosa semua parajurit yang terkorban..amin