Post ani sepatutnya ku buat masa hari Sabtu lapas, tapi nada kesempatan sebab macam-macam hal, so hari ani barutah aku ada masa untuk meluahkan segalanya..
Hari sabtu lapas aku menghadiri muzakarah bersama rakan-rakan setugas bersama dengan Pegawai atasan kami( Atupun sebenarnya kami maklum pukul 11 pagi atu, sedangkan pegawai lain time hari Khamis sudah inform, mungkin kelambatan kan membagitau kali..).
Muzakarah yang dijadualkan jam 2 petang telah menjadi jam 2.40 petang (sebab pengerusi datang 2.40), dan acara pun dimulakan seperti biasa dengan surah Al-fatihah dan doa. lapas atu pengerusi pun memberi ucapan yang mengikut kiraanku 40 minit labih, yang mana kontennya balik-balik.(sedangkan agenda untuk petang atu banyak, dan langsung tidak ada perkataan "maaf kerana lambat"). Dalam masa ucapan beliau, beliau telah membacakan beberapa petikan titah KDYMM untuk peringatan semua. Tiba-tiba dalam titah atu ada menyentuh mengenai fungsi masjid sebagai pusat pra-nikah, tarus disabutnya "nah!napi, mendangar ko tu?". Aku yang pada masa atu mencatit apa yang dicakapkannya tekajut pasal namaku kana mention, dengan selamba menjawab " tapi nada dalam huraian tugas kami ustaz"(aku bercakap atu atas dasar memang tidak ada huraian tugas mengenai perkara atu). Mungkin merasakan aku menjawab beliau pun membalas dengan berkata "eh,jangan ko cakap cematu, ko pikir siapa menyain kan tu?"..aku pun menyahut "syariah ustaz". Mendengar cakap ku atu, ia pun macam kan meradang dengan berkata " baik ko tarik balik cakapmu atu"..( nasib baik ada pegawai yang memback-up aku dengan alasan mengapa inda semua pegawai involved kalau banar atu huraian tugas)..
Selepas atu mesyuarat(kononnya..kalau dapat dipanggil mesyuarat)berjalan seperti biasa. Tiba masa untuk memberi pendapat, (tiba-tiba pegawai ani bercakap sesuatu yang bagiku mungkin inda dapat ku terima).."bah, siapa-siapa ada kan diutarakan..bah, napi, ko "pintar" ah, cakap tah"( walaupun ia kan beibun atau apa, tapi aku anggap sebagai satu penghinaan, tapi aku sabar saja). Aku pun menyahut "dulukan tah ketua dulu ustaz"( dan memang aku mau mendulukan boss-boss yang ada, aku pebaiktah ahir-ahir). Dan jawapan yang kuterima lapas atu memang memeritkan jiwa...
"eh!saya menyuruh kamu kamu pulang mengarahkan saya bebalik, jangan anggap kamu biasa dengan saya kamu kan cemani.."(lebih kurang semani bunyinya, walaupun panjang lagi..). Aku pun menjawab dengan lembut "bukan cematu ustaz, baiktah boss-boss dulu kali...ani macam pelawan tia ku usulnya ni.."Selepas atu muzakarah pun berlangsung seperti biasa dalam keadaan aku terbiar dalam keadaan malu..
Apa yang ku musykil, kenapa aku yang terang-terang indakan melawan ani jadi mangsa? kenapa urang lain membuat benda yang sama atau mungkin lebih teruk inda apa?(sebab ada yang time pegawai ani membawa becakap seorang pegawai lain, pegawai ani menjawab sambil "membaca surat khabar"!!surat khabar!!). Kenapa urang lain mempersendakan kedia ia buat inda tau saja, sedangkan aku yang terang-terang inda ada niat kan melawan ani jadi mangsa?
Adakah aku inda layak untuk bercakap dengan kedia?atau aku inda layak untuk memberi pendapat?atau mungkin adakah urang tergugat dengan kehadiranku?siapalah aku untuk urang merasa tergugat, sebab bagiku untuk menjadi satu pasukan yang kuat, kitani perlu sentiasa bertanya dan memberi/menerima pendapat...entahlah...SABAR SAJA WALAUPUN GERAM!!