Alhamdulillah, ramadhan tahun ani sudah memasuki hari yang ke 11. Ertinya sudah 1/3 task ramadhan telah selesai. Dimana-mana masjid bergema dengan bacaan imam solat terawih, witir dan bacaan tadarrus Al-Quran. Masing-masing mengharap mendapat ganjaran yang Allah janjikan untuk mereka yang mencari ganjaran di bulan ani.
Tapi semenjak dua tiga hati ani masjid menjadi sedikit suram. Keramaian jemaah bekurangan dari biasa. ESH yang keluar besama gaji bulan ani menjadikan masyarakat kabur mata. Masa yang sepatutnya dihabiskan dengan bermunajat bertukar menjadi berpesta, seolah-olah esuk lusa kan hari raya. Kadai-kadai panuh sasak dengan jelama.
Memang inda dapat disangkal ESH yang keluar bulan ani umpama durian runtuh bagi kebanyakan orang. Tapi hati kecil perlu ditanya, kenapa perlu berabis untuk hari raya yang hanya sementara, sampai sanggup melapaskan peluang yang Allah sediakan untuk meraih peluang bagi hari raya yang kekal nanti.
Ada yang lebih teruk lagi sampai ada yang marah apabila diseru untuk mengeluarkan zakat harta simpanan ESH yang sudah disimpan bertahun-tahun yang sudah cukup nisab dan haul. Kitani mesti sadar bahawa hak Allah wajib dilaksanakan walau apa pun jua caranya. Janganlah kitani mencipta berbagai alasan semata-mata untuk inda mau mengeluarkan zakat. Berapa sangatlah harta yang wajib dikeluarkan dari harta yang Allah pinjamkan untuk kita?cuba bandingkan dengan nikmat yang bermacam-macam yang sudah kitani kecapi dan nikmati.
Apa-apa pun, mudahan ramadhan taun ani mendatangkan manfaat untuk diri kitani semua. Sayang kalau kitani biarkan ianya berlalu begitu sahaja...ramadhan karim!!