My Blog List

Sunday, November 21, 2010

praktikaliti pentakmiran masjid melalui kepimpinan pegawai masjid...

1-Mukaddimah
Jabatan Hal Ehwal Masjid telah ditubuhkan pada 26hb. Muharram 1414 bersamaan dengan 16hb Julai 1993. Jabatan ini mula berfungsi pada 1hb. Oktober, 1993. Ianya ditubuhkan atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izaddin Waddaulah Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam yang diisytiharkan sendiri oleh baginda pada satu majlis sempena pembukaan rasmi bangunan baru Masjid Kampung Bunut, pada hari Jumaat 26 Muharram 1414H, bersamaan dengan 16 Julai 1993M, yang antara lain baginda bertitah : Bersabit dengan inilah, untuk mengemaskinikan lagi peranan masjid itu, Beta telah memperkenankan penubuhan sebuah jabatan baru di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama yang di beri nama " Jabatan Hal Ehwal Masjid" .

Visi utama Jabatan Hal Ehwal Masjid ialah menjadikan masjid pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan pemikiran ke arah takwa. Manakala Misinya pula ialah menjadikan masjid pusat peribadatan, kemasyarakatan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Matlamat utama Jabatan ialah membentuk ummah ke arah kemantapan aqidah, syariah, akhlak, ketakwaan dan keilmuan. Dalam mengembangkan peranan dan fungsi masjid kepada berbagai golongan masyarakat, maka Jabatan Hal Ehwal Masjid telah mengwujudkan beberapa bahagian dalam struktur pentadbirannya bagi mengawasi dan memastikan perkembangan hal ehwal masjid seluruh negara berjalan dengan lebih teratur, diantara fungsi dan tanggungjawabnya ialah bertanggungjawab dalam hal ehwal pentakmiran masjid.

Bahagian Imarah (Pentakmiran) bertanggungjawab dalam merancang, melaksanakan dan memantau pentakmiran masjid seluruh negara. Diantara tanggungjawab Bahagian Imarah ialah menyediakan Rancangan Kerja Tahunan Bahagian Imarah. Disamping memantau dan mengawal perjalanan perlaksanaan dan perkembangan kelas Al-Quran dan Muqaddam di masjid-masjid, ianya juga bertanggungjawab dalam mengendalikan acara sambutan sempena Hari Kebesaran Islam dan Hari Kebesaran Negara.

2- TAKMIR MASJID (Kegiatan-kegiatan Masjid)
Masjid adalah wadah penting dan mercu tanda kekuatan umat Islam selain digunakan untuk bersembahyang dan program-program bahkan perlu diisi dengan program-program yang tidak menyalahi ajaran-ajaran dan etika Islam seperti ceramah kekeluargaan, motivasi, kursus, seminar, forum, jualan amal dan lain-lain yang bersesuaian untuk mentakmir dan memakmurkan masjid. Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam "Masjid adalah wadah tarbiah dan dakwah. Ia perlu cergas dan berkesan. Istilah ‘takmir masjid’ adalah untuk kita melihatnya sebagai fokus masyarakat bagi melakukan ibadat, dan juga sebagai tempat untuk mendapatkan bimbingan-bimbingan keugamaan.Kerana itu, masjid tidaklah boleh malap dan lemah. Jika ia malap dan lemah, masyarakat akan tarik diri daripadanya".
Dengan adanya takmir masjid ini, secara tidak langsung akan mendekatkan masyarakat setempat dengan masjid. Jabatan Hal Ehwal Masjid memberi garis pandu dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti takmir masjid yang dikategorikan seperti berikut :-

2.1:Kegiatan Harian dan Mingguan :
-Kelas Al-Quran dan Muqaddam, membaca Surah Yaasin, berzikir Ratib Al-Attas, kuliah Maghrib / Subuh dan lain-lain.

2.2:Kegiatan Bermusim / Berkala :
-Sambutan sempena hari-hari kebesaran Islam seperti Awal Muharram, Maulud Nabi SAW, Israk Mikraj, Nisfu Syaaban, Nuzul Al-Quran, Tadarus di bulan Ramadhan, kelas fardhu ain / fardhu kifayah dan lain-lain.
2.3:Kegiatan Peringkat Negara
- Sambutan Keugamaan Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
- Sambutan Keugamaan Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

2.4:Kegiatan Sosial :
- Membersihkan masjid dan tanah perkuburan
- Mengadakan Majlis Korban / Aqiqah
- Mengadakan jualan 'Amal
- Tahlil sekampung
- Doa selamat keberangkatan / kepulangan jemaah Haji.
3-SASARAN PROGRAM TAKMIR
Bahagian Imarah menyusun dan menyediakan beberapa program untuk dilaksanakan di Masjid / Surau / Balai Ibadat seluruh negara menurut keperluan dan bersesuaian supaya dapat menepati matlamat yang hendak dicapai.

Program/Aktiviti yang dilaksanakan dibahagikan seperti berikut :

3.1:Program/Aktiviti Pegawai-pegawai masjid dan jawatankuasa masjid.
a-Bengkel Pegawai-pegawai Masjid Senegara
b-Kursus Ulangkaji Pegawai-pegawai Masjid
c-Kursus Intensif Pegawai-pegawai Masjid
d-Kursus Pelapis Imam / Bilal
e-Bengkel Jawatankuasa Takmir Masjid
f-Seminar Penyampaian Berkesan
g-Kursus Pengurusan Masjid

3.2:Program/Aktiviti Orang Dewasa (lelaki dan perempuan), Belia dan Beliawanis, Pelajar dan Kanak-kanak.
a-Pertemuan Belia dan Beliawanis
b-Kursus Fardhu Ain
c-Kelas Quran Berlagu
d-Kursus Pengurusan Jenazah
e-Kaunseling Belia di Masjid-masjid
f-Halaqah Tarbiyah Belia
g-Qiamullail
h-Minal Masjid Ilal Masjid
i-Bengkel Dikir Syarafil Anam
j-Rakan Sebaya Masjid
k-Perlawanan Bola Sepak Piala Zain
3.3:Program/Aktiviti Jemaah / Pegawai kerajaan / Swasta
a- Bengkel Dikir Syarafil Anam
b- Kursus Fardhu Ain
c- Bengkel Pengurusan Jenazah
4-KUMPULAN BELIA MASJID (KBM)
Kementerian Hal Ehwal Ugama merupakan institusi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar-dasar Majlis Ugama Islam di Negara Brunei Darussalam. Salah satu daripada dasar penting yang menjadi matlamat Kementerian pada masa ini ialah memperkuatkan kehidupan berugama di kalangan umat Islam di Negara Brunei Darussalam. Matlamat yang dihasratkan seimbang dengan peredaran masa dan kemajuan dunia. Bagi merealisasikan matlamat ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid telah memperkenalkan Program Kumpulan Belia Masjid dengan harapan bagi melahirkan generasi beriman, berakhlak dan berilmu.

Kumpulan Belia Masjid telah diperkenalkan penubuhannya di masjid-masjid seluruh negara bermula awal tahun 2000M iaitu bersempena dengan kedatangan alaf baru ke-21. Penubuhan Kumpulan Belia Masjid ini sememangnya menjadi tanggungjawab setiap masjid terhadap anak buah mukimnya bagi lebih menyemarakkan lagi syiar Islam dan meningkatkan aktiviti-aktiviti pentakmiran masjid-masjid seluruh negara.
Matlamat Kumpulan Belia Masjid ialah melahirkan generasi yang beriman, berakhlak mulia dan berilmu.Objektif Kumpulan Belia Masjid pula ialah
1- Untuk menanamkan rasa tanggungjawab dan cinta kepada masjid
2-Untuk memberi peluang kepada remaja/belia mengendalikan aktiviti-aktiviti masjid
3-Untuk menerapkan dan memanfaatkan konsep dan asas pembinaan masjid sebagai taqwa dalam kehidupan seharian
4-Untuk menjadikan masjid sebagai sumber rujukan dan sebaik-baik tempat mencari ketenangan
5-Untuk menghubungkan silaturrahim dan menanamkan sifat persamaan dalam Islam
6-Untuk memasyarakatkan masjid kepada remaja/belia
7-Untuk membina remaja / belia cemerlang.

4.1 - PROGRAM
Program Belia Masjid sepanjang tahun terbahagi kepada tiga kategori :-
4.1.1 PROGRAM MINGGUAN
• Kelas Al-Quran Belia
• Kelas Dikir Syarafil Anam dan Dikir Diba'ie
• Kelas Ugama
• Kelas Hadrah
• Thaharah / Ibadah Sembahyang
• Rawi / Berzanji
4.1.2 PROGRAM BERKALA
• Perkhemahan Belia Masjid
• Pertemuan Belia Masjid Peringkat Zon/Mukim/Daerah/Negara
• Pertukaran Belia Masjid Antara Daerah
• Minal Masjid Ilal Masjid
• Program Bimbingan Ibadah
• Kem Motivasi Belia
• Program Pembentukan Adab Belia Muslim
• Program Khidmat Masyarakat
• Program Rekreasi Belia Masjid
• Program Belia Kreatif
• Perkhemahan Amali Jawi
• Klinik Al-Quran
• Minggu Mencintai Masjid
• Program Celik IT
• Qiamullail Belia Masjid
• Bengkel Pengurusan Jenazah
• Minggu Menghadapi Peperiksaan
• Peraduan Membaca Khutbah Belia
• Peraduan Khat Jawi Belia
• Peraduan Tahlil Belia
• Peraduan Azan
• Pertandingan Kuiz Belia Masjid
• Peraduan Hafalan Surah Yaasin Belia
• Bengkel Kecemerlangan Diri
• Bengkel Belajar Berkesan
• Bengkel Hadrah
• Bengkel Membuat Keranda
• Bengkel Pertolongan Cemas
• Bengkel Menambat Serban

4.1.3 PROGRAM BERMUSIM
a) SEMPENA AWAL TAHUN HIJRAH .
• Membaca Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah
• Minal Masjid Ilal Masjid
• Perkhemahan Hijrah
• Minggu Kreatibiliti Belia
• Ceramah Hijrah
• Forum Hijrah
• Dan Lain-Lain
b) SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD SAW .
• Menghayati Hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
• Ceramah Khas Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
• Peraduan Membaca Rawi
• Peraduan Dikir Syarafil Anam
• Bengkel Tausyeh
• Dan Lain-Lain
c) SEMPENA ISRA’ MI’RAJ .
• Bengkel Pengukuhan Akidah
• Ceramah Khas
• Peraduan Deklamasi Sajak
• Peraduan Puisi Syiar Islam
• Kursus Menghalusi Sembahyang Fardhu Lima Waktu
• Dan Lain-Lain
d) SEMPENA BULAN RAMADHAN .
• Qiamullail
• Taqarrub kepada Allah
• Tadarus Al-Quran Di Siang Bulan Ramadhan
• Melakukan Sembahyang-Sembahyang Sunat
• Beriktikaf
• Bertahlil Di Kubah Makam Diraja
• Menghayati 10 hari terakhir bulan Ramadhan
• Gerai Ramadhan Belia Masjid
e) Sempena Peristiwa Nuzul Al-Quran:
• Peraduan Membaca Al-Quran Belia
• Peraduan Menghafaz Surah-Surah Pilihan
f) SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA .
• Bengkel Mengikat Binatang
• Kursus Menyembelih Binatang
• Ceramah Fadhilat Berkorban
g) SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM .
• Peraduan Pidato Belia Masjid
• Bengkel Khat Jawi
• Bengkel Adat Istiadat
• Ceramah Melayu Islam Beraja
5-PERANAN PEGAWAI MASJID DALAM MENJALANKAN PENTAKMIRAN MASJID

Pegawai masjid sebenarnya berperanan bukan hanya dari segi pentakmiran dimasjid-masjid, dimana pegawai-pegawai masjid ini berperanan sebagai pendidik, penasihat/kaunselor, pelaksana pelbagai aktiviti kemasyarakatan, malahan pegawai masjid juga berperanan sebagai orang yang mentadbir masjid (termasuk dalam pemeliharaan bangunan kewangan dan sebagainya ), mengurus Jawatankuasa Takmir masjid, membina personality diri dan menjaga waktu. Disamping itu pegawai masjid juga terlibat secara langusung dalam bidang social dan kebudayaan masyarakat seperti penyempurnaan jenazah, penglibatan dalam kenduri kendara, sumber rujukan masyarakat, sebagai amil dan juru nikah dan bermacam-macam lagi.

Dan apabila bercakap mengenai penglibatan pegawai masjid dalm pentakmiran masjid pula, bolehlah diringkaskan seperti berikut :

5.1 Penglibatan Pegawai masjid disebuah Institusi masjid dalam Majlis Sambutan Perayaan Negara:

Meninjau semula peranan dan fungsi Institusi masjid sejak zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, bahawa sesungguhnya masjid bukanlah semata-mata sebagai tempat beribadat sahaja, bahkan Istitusi Masjid sebenarnya telah turut berperanan sebagai tempat untuk mentadbir Negara, pusat perkembangan ilmu, perpaduan muslimin, ketahanan ummah dan sebagainya. Dari dewan-dewan masjid dicetuskan semangat keislaman, semangat cintakan Negara dan semangat ukhwah islamiah, semata-mata kerana satu tujuan iaitu menegakkan syiar Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Di Negara Brunei Darussalam ini, Institusi masjid dan pegawai didalamnya pada hari ini telah turut berperanan dan berfungsi dalam banyak aktiviti Negara khasnya yang berkaitan dengan agama. Pada setiap perayaan Negara sama ada Perayaan Hari Kebangsaan , Perayaan Sambutan Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan beberapa lagi sambutan yang berkaitan dengan perayaan Negara, Masjid sebagai tempat memulakan langkah untuk merayakan untuk merayakan sambutan-sambutan tersebut. Melalui sembahyang berjemaah, berwirid, membaca Al-Quran dan berdoa memohon kehadrat Allah semoga Agama, Negara, Raja sentiasa dalam lindungan dan mendapat hidayat dari Allah Ta’ala.

Alhamdulillah Negara Brunei Darussalam sangat bertuah dan beruntung mempunyai raja yang bukan sahaja mengambil berat terhadap perkembangan Islam di Negara ini malah sangat mengambil berat dan sentiasa peka terhadap peranan dan fungsi institusi masjid. Kepekaan baginda sangat jelas melalui titah-titah baginda yang banyak menyentuh mengenai takmir masjid.

Setiap tahun masjid-masjid yang mengikuti pertandingan takmir masjid akan dianugerahkan oleh baginda dalam Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj sebagai masjid yang terbaik mengikut kategori yang dipertandingkan. Walaupun anugerah tersebut tidak lagi diadakan bermula tahun 2010M / 1431H akan tetapi Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Imarah dan beberapa bahagian dibawah Jabatan ini masih menjalankan pemerhatian khususnya dalam menjalankan takmir masjid.

5.2 Pegawai Masjid sebagai sandaran kepada masyarakat:

Sebagai pentadbir dan orang-orang yang mendapat kepercayaan untuk meneraju masjid sama ada oleh kerajaan mahupun masyarakat setempat (jemaaah masjid), para pegawai haruslah menunjukkan dan menjalankan tanggungjawab ini dengan sesuatu yang terbaik, kerana mereka juga adalah di antara orang-orang yang terbaik dan terpilih di kalangan mereka. Peranan pegawai-pegawai masjid dalam menjalankan takmir masjid sangatlah diperlukan demi keperluan ummah sesebuah mukim atau kampong serta menghidupkan masjid dengan acara-acara keagamaan yang menarik penduduk kampong untuk datang berjemaah dimasjid.

Imam bukan sahaja perlu mahir dalam bidang ilmu agama seperti fardu ain atau fardu kifayah malah mestilah menguasai pelbagai ilmu kemahiran seperti ilmu kejiwaan, kemasyarakatan, launseling dan sebagainya, kerana imam merupakan sumber rujukan terdekat masyarakat setempat.

Definisi Pegawai-pegawai masjid adalah jawatan pekerjaan dan perkhidmatan bagi menjalankan secara langsung suruhan-suruhan ugama iaitu imam, bilal marbut dan mana-mana orang yang memangku atau menjalankan tugas bagi jawatan-jawatan itu.

Masjid menjadi tempat para penduduk mukim atau kampong merujuk khususnya yang berkaitan dengan ugama islam. Pegawai masjid menjadi sandaran kepada penduduk mukim atau kampong tersebut dalam hal suka dan duka seperti menguruskan jenazah, majlis pernikahan, bertahlil, doa jemaah haji dan sebagainya.

Bagi keperluan penduduk mukim atau kampong yang berkeinginan menambah ilmu pengetahuan ugama, pegawai-pegawai masjid akan meneliti keperluan-keperluan yang yang diperlukan didalam mukim atau kampong tersebut. Sebagai contoh: tidak ada dalam kampong tersebut mereka yang boleh menyempurnakan jenazah baik lelaki atau perempuan. Dari penelitian tersebut pegawai masjid dikampong itu perlu mengambil inisiatif mengadakan kursus jenazah teori dan praktikal serta menjadikannya aktiviti berterusan sehingga ada didalam kampong tersebut yang mahir dalam penyempurnaan jenazah.

Selain dari itu pegawai-pegawai masjid perlu berfikir bijak menyusun setiap aktiviti yang akan dijalankan akan tetapi jika hanya pegawai-pegawai masjid sahaja yang bertungkus lumus tanpa ada penglibatan dari penduduk mukim atau kampong tersebut, aktiviti tersebut tidak akan berjalan seperti yang diingikan. Bagi membantu pegawai-pegawai masjid menjalankan aktiviti takmir masjid, penglibatan penduduk mukim atau kampong sangat diperlukan dan penubuhan Ahli Jawatan Kuasa Takmir Masjid akan membantu pegawai masjid dengan tujuan bagi kesempurnaan perjalanan masjid serta memajukan pentakmiran dan hal ehwal kebajikan masjid.

5.3 Pengerusi dan Bendahari bagi Ahli Jawatankuasa Takmir masjid :

Merujuk buku panduan kerja pegawai-pegawai masjid 1996 bilangan 57 iaitu: “Adalah bijak Bagi imam berusaha dengan Ketua Kampong bagi menubuhkan Jawatan Kuasa Takmir Masjid jika Jawatan Kuasa itu belum di bentuk.”

Melihat kepada pentingnya masjid kepada pambangunan ummah, usaha-usaha kearah meningkatkan lagi perkembangan syiar Islam melalui masjid telah banyak dibincangkan melalui seminar-seminar serantau dan antarabangsa.

Pada tahun 2006 Negara Brunei Darussalam telah mengendalikan satu seminar Jawatan Kuasa Takmir Masjid Sempena Sambutan Isra’ dan Mi’raj 1427H/2006M yang menggabungkan Ahli Jawatan Kuasa ini di anggotai terdiri dari anak mukim atau kampong untuk memegang jawatan-jawatan Takmir Masjid.

Melalui seminar tersebut, Jabatan Hal Ehwal Masjid telah mengeluarkan buku garis pandu penubuhan dan perlantikan Ahli Jawatan Kuasa Takmir Masjid Negara Brunei Darussalam untuk kegunaan pegawai-pegawai masjid. Antara tujuan penubuhan Jawatan Kuasa Takmir Masjid adalah:
1. Menjadi pembantu kepada pegawai-pegawai masjid dalam memeduli hal ehwal kebajikan masyarakat islam dimukim masjidnya.
2. Mengambil berat mengenai dengan kehadiran anak-anak mukim masjid itu pada menunaikan ibadat dimasjid khasnya solat fardhu juma’at.
3. Mengambil berat mengenai dengan hal ehwal keagamaan didalam mukim masjid tersebut.

Jawatan Kuasa Takmir Masjid itu perlulah terdiri dari kumpulan orang-orang yang dilantik oleh anak mukim masjid untuk memegang jawatan-jawatan seperti berikut:
1. Pengerusi
2. Naib Pengerusi
3. Setiausaha
4. Penolong Setiausaha
5. Bendahari
6. Penolong Bendahari
7. Penyelia Pemeliharaan Bangunan
8. Penyelia Sambutan Hari Kebesaran Islam
9. Penyelia Hal Ehwal Belia
10. Penyelia Bahagian Pendidikan dan Kebudayaan Islam
11. Penyelia Bahagian Dakwah dan Penerangan
12. Penyelia Fakir dan Miskin
13. Penyelia Hal Ehwal Muslimah
14. Dua orang Pemeriksa Kira-kira.
Antara syarat pemilihan ialah Jawatan Pengerusi dan Bendahari adalah terdiri dari pegawai-pegawai masjid yang bertugas dimasjid kampong tersebut kerana jawatan. Keahlian yang lain adalah dilantik dari kalangan orang yang berpengalaman dan mahir dalam selok belok penduduk kampong seperti ketua kampong dan dari kalangan orang-orang yang berpendidikan seperti guru-guru besar dan berpendidikan ugama seperti guru-guru ugama, seterusnya lantikan adalah dari jemaah-jemaah masjid yang difikirkan berkelayakan dan bersesuaian.

Dengan adanya penglibatan dari penduduk mukim atau kampong dalam membantu pegawai-pegawai masjid menjalankan takmir masjid, memudahkan lagi penduduk kampong berinteraksi atau bekomunikasi bersama pegawai-pegawai masjid keperluan-keperluan yang diperlukan oleh penduduk sekitar. Dari sinilah pegawai-pegawai masjid berperanan selain menjaga pentadbiran masjid malah sentiasa bermesyuarat bersama Jawatan Kuasa Takmir Masjid membuat perancangan aktiviti takmir masjid.

6- AKTIVITI YANG YANG MENDAPAT SAMBUTAN DARI MASYARAKAT .
6.1 AKTIVITI MINGGUAN
KULIAH MAGHRIB & SUBUH
Aktiviti mingguan yang semakin mendapat sambutan dari kalangan Jemaah. Dengan pengisian kuliah mengenai hal ehwal semasa (hukum-hukum asas ibadat), akidah dan akhlak, yang mana ianya disampaikan oleh penyampai-penyampai yang berkebolehan (termasuklah juga penglibatan Pegawai-pegawai Hal Ehwal Masjid, yang mana ini adalah antara tugas-tugas utama mereka, iaitu menyampaikan kuliah dimasjid-masjid)
6.2 AKTIVITI BERKALA
PERKAMPUNGAN BELIA MASJID
Aktiviti sempena cuti sekolah menggabungkan belia-belia Masjid. Dalam aktiviti ini, selalunya belia-belia akan diberikan program-program yang bersesuaian bagi mengisi aktiviti-aktiviti mereka sepanjang mengikuti program seumpamanya, seperti mengadakan lawatan-lawatan ketempat-tempat yang menarik, lawatan ke Kampong-kampong, membuat kerja-kerja amal, ceramah motivasi dan sebagainya. Biasanya program seumpama ini dapat menarik penglibatan belia-belia, dan purata kehadiran belia bagi tiap-tiap program yang dijalankan ialah 30-50 orang .
6.3 AKTIVITI BERMUSIM
AKTIVITI RIADAH SEMPENA AWAL TAHUN HIJRAH
Aktiviti ini adalah aktiviti tahunan yang diungkayahkan bersama antara Jabatan Hal Ehwal Masjid dan agensi-agensi lain. Acara ini merupakan acara sampingan sempena menyambut Awal Tahun Hijrah. Sebagai contoh acara walkaton yang bermula dari Masjid Omar Ali Saifuddien menuju ke Jame Asr Hassanal Bolkiah yang pernah diadakan pada tahun 2009 iaitu sempena menyambut awal tahun hijrah 1431, telah berjaya menarik minat masyarakat, dimana lebih 1000 orang menyertai acara pada hari tersebut. Acara ini bukan hanya setakat walkaton sahaja, ianya juga diselitkan dengan kuliah subuh .

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BELIA
Majlis seperti ini juga pada akhir-akhir ini sering melibatkan penyertaan para belia dimana sambutan yang diberikan amat menggalakkan, akan tetapi pegawai-pegawai masjid terpaksa memilih belia-belia yang boleh membaca al-Quran dengan baik, demi untuk memastikan objektif majlis ini berjalan dengan lancar, yang mana antara objektifnya ialah :
Sebagai memyemarakkan bulan ramadhan,
Mengeratkan hubungan tali silaturrahim sesama peserta
Mencari keberkatan bulan ramadhan
Membiasakan belia membaca al-quran
7- FAKTOR KEJAYAAN DAN KEGAGALAN PEGAWAI MASJID DALAM MENJAYAKAN SATU-SATU AKTIVITI
7.1:MUZAKARAH DIANTARA PEGAWAI MASJID BERSAMA AHLI JAWATANKUASA TAKMIR.
Mengikut pengalaman masjid-masjid di Negara Brunei Darussalam dalam menjalankan dan menjayakan sesuatu aktiviti takmir masjid adalah dimulai dengan majlis permuzakarahan/mesyuarat di antara Pegawai Hal Ehwal Masjid, Imam-imam, Bilal-bilal dan Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid. Dengan bermesyuarat/bermuzakarah, suatu aktiviti yang dirancang pasti akan terlaksana dengan jayanya jika dibandingkan dengan aktiviti yang dirancang tetapi tidak bermesyuarat/berunding.
7.2: PERANCANGAN YANG RAPI
Selain dari muzakarah/mesyuarat diantara pegawai-pegawai bersama Ahli Jawatankuasa Takmir masjid, pegawai-pegawai masjid juga perlu mempunyai perancangan yang rapi dalam menyusun atau merancang satu-satu aktiviti atau kegiatan dimasjid-masjid, iaitu dengn adanya RANCANGAN AKTIVITI TAKMIR TAHUNAN. Selain ianya merupakan satu perkara yang mesti dilakukan oleh mana-mana pegawai masjid ( pada kebiasaan, pegawai-pegawai masjid di mestikan untuk menghantar rancangan aktivti takmir tahunan ke Bahagian Imarah Jabatan Hal Ehwal Masjid ), ianya juga penting bagi memudahkan pegawai-pegawai masjid dalam menyusun aktivti yang akan berlangsung, dan yang paling penting untuk dijadikan agenda dalam muzakarah bersama Ahli Jawatankuasa Takmir masjid .

7.3:PENYEDIAAN KERTAS KERJA
Selain dari dua perkara diatas, penyediaan kertas juga antara factor yang menyumbang kepada kejayaan satu-satu aktiviti yang diadakan. Tanpa penyediaan kertas kerja, satu-satu aktiviti takmir masjid pasti tidak akan dapat berjalan lancar dan jayanya. Dari kertas kerja inilah pegawai-pegawai masjid akan dapat mengenal pasti perkara-perkara yang mesti diambil perhatian seperti perbelanjaan majlis termasuk jamuan, hadiah (jika yang dianjurkan itu berupa pertandingan), surat jemputan, dan yang paling penting untuk mendapat kebenaran dari pihak Jabatan Hal Ehwal Masjid. Pada kebiasaannya kertas kerja ini akan dibincangkan dalam mesyuarat masjid ( diantara pegawai2 masjid dan ahli jawatankuasa takmir), maka dengan pandangan2 dan maklum balas dari semua Ahli Jawatankuasa Takmir, Insya Allah akan menjadikan acara/aktiviti yang akan dilaksanakan tidak mempunyai kekurangan dan kecacatannya.
7.4:SUMBER KEWANGAN
Disamping perkara-perkara yang dijelaskan sebelum ini, sumber kewangan yang mencukupi juga memainkan peranan yang besar dalam menjayakan aktiviti-aktiviti masjid. Berdasarkan kepada pengalaman dalam menjayakan satu-satu aktiviti seperti kursus fardhu kifayah( pengurusan jenazah ), sumber kewangan amat diperlukan bagi bagi keperluan penyediaan kertas kerja ( kertas, pen, fail ), membeli barang-barang kelengkapan jenazah sebagai alat bantu mengajar, seperti : kain putih,gunting, kapur berus, minyak wangi, sabun, selipar, teko, pengurik gigi, kapas, benang dll, membeli patung samada berukuran lelaki dewasa atau kanak-kanak, membeli papan untuk sesi praktikal membuat keranda, bayaran kepada pengkursus (jika menggunakan khidmat pengkursus luar) dan penyediaan jamuan bagi acara penutup kursus tersebut. Tanpa kewangan yang mencukupi sudah pasti sedikit sebanyak membantutkan rancangan yang telah disusun. Kerana itulah ada sebilangan kecil masjid-masjid tidak mampu Mengungkayahkan aktivti-aktiviti yang boleh menarik lebih ramai Jemaah, lebih-lebih lagi bagi masjid-masjid yang mempunyai sumber kewangan yang terlalu sedikit ( seperti masjid-masjid kampong pedalaman dan sebagainya ), dan ini ditambah lagi dengan ketiadaan pihak yang mahu menyumbang atau menaja satu-satu aktiviti .

7.5:KOMITMEN DARI AHLI JAWATANKUASA TAKMIR MASJID.
Untuk mepastikan kejayaan sesuatu, sudah pasti kita tidak mampu untuk bergerak secara bersendirian. Begitulah juga halnya dalam menjayakan satu-satu aktiviti khususnya yang dianjurkan oleh masjid, komitmen dari ahli2 jawatankuasa takmir amat mustahak kerana mereka inilah jentera penggerak dan tunjang kejayaan aktiviti-aktiviti masjid, kerana itu pegawai-pegawai masjid mestilah mempunyai hubungan yang akrab dengan masyarakat, khususnya Ahli Jawatankuasa Takmir . Ini secara tidak langsung menjadi factor kejayaan satu-satu majlis/aktiviti yang dianjurkan.
7.6 : PUBLISITI .
Ini juga sebenarnya membantu dalam mencapai kejayaan bagi apa saja aktiviti yang dianjurkan. Dengan adanya makluman, iklan, pengumunan, samada dimasjid (biasanya dilakukan pada hari jumaat) atau melalui media masa ( surat khabar, radio atau televisyen ), dan ditambah lagi dengan teknologi baru seperti Blog, FACEBOOK dan sebagainya, setiap aktiviti yang akan dianjurkan pasti akan dapat menarik minat masyarakat untuk mengahadirinya, malahan tidak mustahil juga ada dermawan yang bermurah hati menaja atau menyumbang sesuatu bagi menjayakan aktivit-aktiviti itu. Kegagalan pegawai masjid (terutama kerangnya sambutan orang ramai) antaranya ialah berpunca dari kurangnya publisiti untuk masyarakat, ini jelas boleh menjarakkan masyarakat dengan masjid dan secara tidak langsung akan menyebabkan kredibiliti pegawai masjid itu sendiri akan terjejas .
8 – CADANGAN .
Untuk mempastikan kepimpinan pegawai-pegawai masjid (termasuk Pegawai Hal Ehwal Masjid, Imam, Bilal dan Merbut ) terserlah khususnya dalam pentakmiran masjid, maka beberapa cadangan perlulah diambil perhatian :
1- Pemantauan Akidah: Pegawai masjid perlulah lebih kerap memasukkan tentang kefahaman akidah didalam aktiviti masjid, samada melalui forum, kursus-kursus singkat, ceramah-ceramah atau kuliah-kuliah, supaya masyarakat lebih mendalami dan memahami tentang akidah dan menjauhkan diri dari ajaran-ajaran yang bertentangan dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah .
2- Penggunaan Teknologi Maklumat ( IT ) : Walaupun berada dalam suasana masjid, tidak bermakna pegawai-pegawai masjid itu terkebelakang dari segi penguasaan bahan-bahan IT. Pegawai-pegawai masjid hari ini mestilah mempersiapkan diri dengan kemahiran IT seperti pengunaan e-mail, blog, Facebook, termasuklah juga dengan pengunaan ohp projector dan microsoft Power Point ( untuk kuliah maghrib dan sebagainya ), kerana bahan-bahan ini adalah juga antara daya penarik yang dapat diguna pakai dimasjid .
3- Membanyakkan Program bagi Kumpulan Belia Masjid (KBM): Belia hari ini merupakan bakal pemimpin dimasa akan datang, kerana itu kita mestilah mempersiapkan mereka dengan bekalan yang boleh meraka bawa pada masa akan datang. Kerana itu, masjid juga berperanan dalam memberi in-put kepada golongan belia supaya mereka dapat memanfaatkan usia muda mereka dengan baik dan dapat mendampingkan diri dengan masjid.Pegawai masjid hendaklah menyusun semula system organisasi KBM dimasjid-masjid. Selain itu pegawai-pegawai juga mestilah bijak menyusun aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan kehendak belia yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
4- Kefahaman fardu ain/kifayah :Selain dari kehafaman akidah, kefahaman hukum-hukum Islam (fardu ain/kifayah) juga perlu diambil perhatian. Pegawai-pegawai juga mestilah bijak mengisi program-program akitviti masjid dengan perkara yang berkaitan dengan hukum-hakam dengan membuat berbagai strategi seperti kursus-kursus yang dibahagikan kepada beberapa modul dan sebagainya.
5- Muslimah : Selain dari Jemaah lelaki dan belia, muslimah juga tidak ketinggalan dalam memberi sumbangan kepada syiar Islam, malahan kehadiran mereka dalam sembahyang fardu dimasjid-masjid pun semakin hari semakin bertambah. Oleh itu program khusus untuk muslimah masjid juga mesti difikirkan oleh pegawai-pegawai supaya kehadiran mereka dimasjid itu tidak hanya tertumpu untuk sembahyang semata-mata, akan tetapi sekurang-kurangnya mereka memperolehi ilmu yang boleh mereka praktikkan seperti mengadakan kelas dewasa muslimah dimasjid-masjid, yang mana didalamnya boleh diselitkan mata pelajaran seperti kelas Al-Quran, Fiqh, Ahwal Syakhsiah dan sebagainya.
9 - KESIMPULAN
Dengan adanya tiga sumber penting iaitu sumber tenaga manusia yang terdiri dari pegawai2 masjid beserta ahli2 jawatankuasa takmir masjid, sumber kewangan yang mencukupi serta sambutan dari masyarakat, sudah cukup untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dirancang.. Oleh itu, jika salah satu diantara tiga perkara ini TIADA, sudah pasti pegawai-pegawai masjid itu tidak akan mampu untuk mengimarahkan masjid. Dalam usaha memaksimumkan peranan masjid, maka tenaga manusia yang memegang amanah utama dalam meng‘imârahkan masjid yang terdiri daripada imam, khatib, bilal dan jawatankuasa ta‘mîr masjid mestilah mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam pentadbiran dan pengurusan masjid. Dalam perkara ini, institusi pengajian tinggi haruslah menyediakan kursus-kursus pentadbiran dan pengurusan masjid yang khusus direka untuk diberikan kepada pihak-pihak yang berkenaan, khasnya imam, khatib dan bilal.

Tuesday, November 16, 2010

My 3rd year anniversary..


Alhamdulillah..syukur kepada Allah SWT kerana memanjangkan usia perkahwinan ku..nda terasa hari ani 3 tahun yang lapas, aku telah selamat diijab kabulkan bersama isteri kesayanganku..Mrs napi.

Mudah-mudahan allah akan terus melimpahkan rahmat, berkat, taufik dan hidayahnya kepada aku dan isteriku, dan mudahan allah meluaskan rezekiku dan isteriku...amin

Saturday, November 13, 2010

Me&my Badminton activity

Nuzli&i during a friendly match

owner of "son goten" badminton club


kemenagan di centre point



menunggu giliran

in action

aksi sebelum bertarung

carlton..tinggal kenangan


archblade..senjata harapan


pelaburan yang tidak sia-sia

yonex..olwez be my favourite

FIKRAH PAGI..

pagi-pagi ani sambil-sambil minum alicafe aku mengadap komputer. Mulanya kan memikirkan apa kan ditaip lagi untuk kertas kerja yang datelinenya sudah hampir.Tapi idea kearah atu jammed ketika ani, so daripada nada kan dibuat baiktah ku buka blog ani...

Kemarin behari( dua hari lapas ), heboh cerita pasal ada rampasan terbesar penjualan tembakau di Kampong Junjungan, sehari selepas diumumkan kenaikan harga rokok( sigup ).Dalam rampasan atu ada bekutak-kutak jenis sigup dan hanya 2 tin bir ( barangkali untuknya dalam perjalanan kali ).

purata kenaikan harga sigup masa ani ialah lebih 50% dari harga biasa. Kalau harga biasa sebelum ani $3.20, karang ani jadi antara $6-7.20.Atu baru beberapa jenis yang baru kana publish.

Memang negara kitani sudah membuat peningkatan terhadap bahaya sigup ani, bermula dari pengharaman merokok itempat-tempat awam, restoran-restoran, kini harga pun telah dinaikkan.Kalau meliat dari senario hari ani..apa akan terjadi kepada perokok-perokok dinegara ani?kalau ikut dari segi teori, mahal macamana pun urang akan bali, persoalannya, macamana durang kan bali?adakah dengan kenaikan harga sigup ani akan bertambah kes mencuri dibrunei?atau akan berleluasanya kes ugut?kes kantau usin dijalan-jalan?atau kes merompak kadai?

Benda ani inda mustahil terjadi, lebih-lebih lagi kalau orang sudah terdesak, sebab sigup ani bagi sesetengah urang adalah ibarat makan nasi. Aku inda mau cakap dari segi hukum dan kesihatan, pasal kalau kan kira kesihatan, gula pun boleh membawa mudarat kalau lebih guna..tapi, aku memikirkan bermaruah kah inda perokok di Brunei selepas kenaikan ani?akan adakah urang yang akan sanggup memutik puntung sigup dijalan ( macam dalam tv ) ..atau orang akan beralih kepada sisha?atau kirai yang lebih murah?atau sigup paip?atau orang akan berbalik kepada dadah?syabu?ganja?...sama-sama kitani renungkan!!

Thursday, November 11, 2010

CATATAN SI PERANTAU .

Ani adalah catatanku sepanjang mengikuti BBM 2010 .

4/10/2010.HARI PERTAMA .

1000 :Rombongan deligasi Brunei berlepas dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, dengan diiringi dengan laungan azan. Perjalanan ke Daerah Belait turut disertai oleh Ym Pengiran Haji Anuar PSI Haji Ismail, Pengerusi BBM 2010 dengan diiringi oleh YM Ustaz Haji Kahar Bin Haji Hussin, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid dengan diiringi oleh Pasukan Polis Diraja Brunei .
1140 :Rombongan memasuki Plaza tol Rasau .
1155: Sampai di Pos Imegresen Sungai Tujuh, disertai dengan ucapan perpisahan oleh KPU Daerah Belait. Disini rombongan juga sempat bergambar ramai dengan warga KHEU daerah Belait sebelum berlepas meninggalkan Brunei Darussalam.
1215: Bertolak meninggalkan Brunei melalui pos kawalan Sungai Tujuh, Daerah Belait setelah urusan imigresen selesai .
1305 : Sampai dibandar Miri ,rombongan singgah direstoran Sajian Warisan, Miri bagi Makan Tengahari.
1408 : Singgah dimasjid besar miri bagi solat zuhur dan jama’ asar .
1520 : Bergerak munuju Sibu, Sarawak .
1800 : Memasuki Bandar Bintulu, terus menuju Sibu, sebelum itu singgah dilapangan terbang Bintulu bagi peserta-peserta melepaskan hajat .
2225 : Selamat sampai dibandar sibu, sebelum check-in dihotel pengginapan, rombongan telah singgah di salah sebuah restoran yang telah dipilih oleh urusetia Mabims Malaysia bagiacara makan malam.
2315 : Sampai di Paramount Hotel, Sibu, rombongan check-in dan berehat .

5/10/10.( HARI KEDUA )*waktu yang dicatat menggunakan waktu Brunei .
0740 : Bertolak kebandar Serian untuk mengambil deligasi-deligasi dari Malaysia dan Singapura, sebelum itu rombongan sempat bersarapan pagi di Paramount Hotel .Sebelum bergerak doa dibacakan oleh Haji Abdul Aziz, deligasi BBM.
1020 : berhenti rehat dipersinggahan Betong .
1040 : Bergerak ke Serian melalui Sri Aman .
1330 : Sampai di Serian (Ibu Pejabat Hikmat cawangan Serian), disambut oleh Ajk Jakim,Hikmah dan penduduk kampong, diselajurkan dengan majlis penyerahan deligasi-deligasi dari Malaysia dan singapura kepada ketua urusetia Brunei, dan diselajurkan dengan makan tengahari yang disediakan oleh ajk Serian .
1430 : Selesai makan, memasukkan barang-barang deligasi Malaysia dan singapura kedalam bas, rombongan bergerak menuju tebedu, Sarawak untuk bergerak menuju Pontianak.
1600 : Sampai di pos kawalan Tebedu, Sarawak bagi urusan imigresen.
*1610 : memasuki pos kawalan Entikong, Kalimantan barat.
1910 : bergerak menuju Pontianak .*rombongan BBM terpaksa menunggu selama tiga jam kerana terpaksa menunggu polis yang akan mengiringi rombongan menuju Bandar Pontianak.
0110 : Rombongan BBM telah selamat sampai diHotel Grand Mahkota, Pontianak.
0200: selepas proses menurunkan barang-barang,rombongan dihidangkan dengan makan.
0300 : check-in dan berehat dibilik masing-masing .

06/10/10 ( HARI KETIGA ) *waktu yang dicatat ialah menggunakan waktu Brunei.
*0600 : Sarapan pagi dan rehat .
0900 : Muzakarah bersama deligasi-deligasi MABIMS .
1000 : rehat minum
1030 : Pembentangan Kertas kerja mengenai bangsa melayu nusantara oleh dua orang pembentang dari Indonesia. Dalam sesi pembentangan ini diterangkan mengenai sejarah bangsa melayu dan hubung kaitnya sejarah melayu dinegara-negara nusantara .
1255 : Sesi pembentangan kertas kerja selesai .
1300 : Rehat.
1400 : Rombongan bergerak melawat muzium Pontianak. Disini rombongan berkesempatan meninjau pameran-pameran tentang kebudayaan masyarakat Pontianak.
1515 : bergerak Menuju tugu Khatulistiwa.
1558 : Sampai diTugu Khatulistiwa, diberikan taklimat mengenai Khatulistiwa dan meninjau sekitar tugu dan rombongan juga berpeluang membeli cenderahati .
1635 : Beredar ke hotel penginapan.(acara bebas, ronda-ronda sekitar Bandar Pontianak secara berasingan )
2100 : Acara ice-breaking di conference room Hotel Grand Mahkota, yang mana acara ini dipengerusikan oleh salah seorang motivator dari Indonesia .
2300 : Acara selesai dan berehat .

07/10/10. (HARI KEEMPAT )*waktu yang dicatat ialah menggunakan waktu Brunei .
*0900 : Bergerak Dari hotel penginapan menuju Madrasah al-Ihsan untuk projek amal Deligasi-deligasi MABIMS .
0920 : Sampai dimadrasah, rombongan disambut oleh semua warga madrasah, kemudian diselajurkan dengan sesi taklimat mengenai madrasah, ucapan wakil deligasi-deliagasi, peyerahan sumbangan kepada madrasah .selepas itu rombongan dibawa untuk menikmati jamuan.( hidangan jagung rebus, jagung bakar dan minuman aloe vera ). selesai makan rombongan dibahagi dua kumpulan , satu kumpulan ditugaskan mengecat dinding madrasah, manakala satu kumpulan lagi membuat ice-breaking&motivasi kepada pelajar-pelajar perempuan madrasah .
1320 : Bertolak dari Madrasah al-ihsan menuju balik kehotel penginapan.oleh kerana acara seterusnya berlangsung sebelah malam, maka disebelah petang acara bebas. Peluang ini diambil oleh kebanyakkan deligasi untuk berjalan-jalan melihat sekitar Bandar Pontianak .
2100 : disebelah malam, diadakan Majlis perpisahan untuk deligasi-deligasi MABIMS 2010 yang dianjurkan oleh Kementerian Ugama Indonesia di ruang legar Hotel Grand Mahkota. Pada malam tersebut juga rombongan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan daripada kumpulan kebudayaan Pontianak disamping persembahan dari deligasi-deligasi MABIMS .Diakhir majlis ini juga diadakan acara penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada tetamu kehormat oleh wakil deligasi-deligasi MABIMS .


08/10/10 ( HARI KELIMA )
0715 : Rombongan bergerak dari Garand Mahkota Hotel, Pontianak menuju Kuching Sarawak.Keadaan cuaca pada pagi itu hujan sedikit.turut hadir mengucapkan selamat berlepas ialah wakil walikota Pontianak.
1215 : Rombongan berehat dan makan tengahari disalah sebuah restoran di Begadang Dua, salah sebuah perkampungan yang ada di Kalimantan Barat .
1330 : Bergerak menuju pos kawalan Entikong .
1415 : Rombongan terpaksa berhenti ditengah-tengah jalan kerana Kenderaan mengalami masalah dimana tayar belakang bas(disebelah kiri) pecah kedua – duanya. Oleh kerana tempat untuk membaiki tayar itu jauh dari tempat bas berhenti, maka kenderaan pengiring terpaksa digunakan untuk membeli tayar.
1620 : Selesai proses menukar tayar dan terus bergerak menuju Entikong.(rombongan terpaksa sampai sebelum jam 1700 kerana pos kawalan Entikong akan tutup jam 1700.)
1730 : Selamat sampai melimpasi pos kawalan Tebedu,Sarawak, dan seterusnya singgah disurau “darus sa’adah” untuk solat.Akan tetapi perjalanan sekali lagi tertangguh bilamana sekali lagi tayar kenderaan rombongan pecah ( ditempat yang sama dengan yang pertama) .
2030 : Selesai proses menukar tayar ( setelah tertunda lebih 3 jam ), rombongan terus bergerak menuju Kuching.
2230 : Rombongan selamat sampai ke IIC (Islamic Information Centre ) bagi majlis sambutan ramah mesra hari raya yang mana turut dihadiri oleh YB Pehin sri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak , yang mana pada malam itu deligasi MABIMS sempat memberikan cenderahati kepada YB Ketua Menteri Sarawak . Dalam majlis ini juga rombongan sempat beramah mesra dengan penduduk setempat .
2335 : Bergerak menuju tempat penginapan (Pusat Latihan Sarawak,Jakim)
0015 : Selamat sampai ketempat penginapan deligasi diSarawak,check- in dan seterusnya berehat .

09/10/10 ( HARI KEENAM )
0700 : Sarapan pagi didewan makan PLS.
0810 : rombongan bergerak menuju Kampung Budaya, Sarawak, sebuah muzium yang menempatkan replica-replika rumah-rumah tradisi etnik yang ada di Sarawak.
0908 : Sampai diperkarangan Kampung Budaya, seterusnya diberikan taklimat oleh pegawai KB, dan seterusnya melawat dan menyaksikan pameran kaum dan etnik yang ada dinegeri Sarawak .
1000 : rombongan dibawa menyaksikan persembahan kebudayaan dari masyarakat Sarawak , antaranya masyarakat Iban, Bidayuh, Melanau, Urang ulu, Melayu .
1110 : Bertolak dari KB menuju Makam Sultan Tengah, yang mana mengikut sejarah seorang raja Brunei, disana kami sempat bertahlil dan doa khusus untuk almarhum Sultan Tengah .Setelah itu rombongan bergerak menuju ibu pejabat JAKIM untuk makan tengahari .
1240 : Sampai di ibu pejabat JAKIM disambut oleh Pengarah JAKIM tuan Haji Nawi, diselajurkan dengan makan tengahari, Kemudian rombongan mendengar taklimat mengenai fungsi JAKIM yang disampaikan oleh Pengarah JAKIM dan rombongan dihidangkan denga tayangan video mengenai JAKIM .
1419 : Rombongan bertolak ke IIC (Islamic Information Centre ).
1430 : samapai di IIC, disambut oleh pegawai kanan IIC.Rombongan seterusnya bersembahyang disurau IIC. Setelah itu rombongan diberikan taklimat mengenai fungsi IIC,akan tetapi sebelumnya rombongan dibawa melawat bilik pameran yang meletakkan koleksi Al-quran dan transkrip lama .Setelah itu rombongan disajikan dengan hidangan minum petang didewan IIC .
1615 :bertolak dari IIC menuju Water front bagi acara bebas .
1830 : bergerak menuju masjid besar Kuching untuk Solat Maghrib.Selepas itu rombongan menuju Restoran Grand Malay, salah sebuah restoran melayu yang terbaik diKuching .
1930: Sampai di Grang Malay Restaurant dan menikmati jamuan .
2110 : Balik ketempat penginapan .
2245 : rombongan deligasi mengadakan mesyuarat untuk persembahan penutup diSarawak .

10/10/10 ( HARI KETUJUH )
0700 : Sarapan pagi di dewan PLS .
0800 : rombongan bertolak menuju ibu pejabat HIKMAH, sebuah organisasi NGO yang terlibat secara langsung dalam penyebaran dakwah Islam di Sarawak .
0845 : rombongan sampai di ibu pejabat HIKMAH, setelah itu mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Dakwak HIKMAH , Baharuddin Mansur .Majlis juga diselajurkan dengan sesi soal jawab, penyerahan cenderahati daripada deligasi kepada HIKMAH .
1105 : bertolak dari HIKMAH menuju Pekan Satok bagi acara bebas .
1340 : Bertolak dari Pekan Satok menuju Masjid untuk solat Zuhur dan Asar .
1430 : Rombongan singgah dikawasan tempat menjual kek lapis Sarawak, dan setelah itu acara santai di Water Front .
1640 : Pulang ke pejabat JAKIM untuk rehat, wash-up dan latihan untuk persembahan dari deligasi BBM 2010 .
2100 : Rombongan bertolak ke hotel Margeita, Sarawak bagi acara perpisahan untuk deligasi BBM 2010 .rombongan BBM 2010 membuat persembahan (nasyid-Doa Rabitah), dan berkesempatan bergambar ramai dengan tetamu kehormat .
2205 : Balik ketempat penginapan, dan rombongan berkemas untuk pulang keesokan hari .

11/10/10 (HARI KELAPAN )
0700 : Sarapan Pagi bersama Pengarah JAKIM di dewan PLS, selepas itu rombongan bergambar kenagan dihadapan bangunan PLS.
0810 : Rombongan bergerak meninggalkan PLS menuju Sibu Sarawak .
1541 : Rombongan selamat memasuki plaza tol Sibu, kemudian singgah dibandar sibu untuk makan dan solat dimasjid utama Bandar Sibu .Setelah itu rombongan bergerak menuju Bintulu .
2200 : Rombongan BBM selamat sampai dihadapan Hotel Regency Bintulu, Sarawak, selepas selesai check-in semua deligasi berehat .

12/10/10 ( HARI KESEMBILAN )
0730 : Sarapan pagi dilobby Hotel Regency.
0835 : rombongan bertolak menuju Miri .
1141 : Sampai dibandar Miri, singgah direstoran Sajian Warisan untuk makan tengahari dan solat Zuhur, selepas itu rombongan sempat dibawa singgah di Imperial shopping mall.
1350 : Bertolak Ke Daerah Belait .
1500 : Rombongan selamat sampai memasuki pos kawalan Sungai Tujoh, akan tetapi disini rombongan menghadapin sedikit masalah paspot deligasi Indonesia .
1600 : Selamat sampai di Sutera Biru Plaza disambut oleh Pg Hj Anuar PSI Hj Ismail dan Pegawai-pegawai kanan KHEU, selepas itu acara menyambut ketibaan deligasi pun diadakan .Selepas itu rombongan bergerak menuju tempat penginapan diDaerah Belait iaitu Swiss Hotel.
1900 : Rombongan samapai diMasjid Muhammad Jamalul Alam bagi sesi tazkirah yang mana tazkirah disampaikan oleh wakil deligasi dari Brunei. Selepas itu diadakan satu ceramah motivasi oleh ym Cikgu ali Yusri.Setelah selesai menjamu selera rombongan dibawa meninjau sekitar pekan Kuala Belait sebelum menuju tempat Penginapan .

13/10/10 ( HARI KESEPULUH )
0445: Rombongan bergerak menuju Masjid Kampung Pandan.Selepas sembahyang subuh diadakan bacaan Ratib Al-Attas Yang dipinmpin oleh PHEM Masjid kampong Pandan.Setelah itu rombongan sempat membuat acara senaman pagi sebelum acara menanam bunga kenang-kenagan diperkarangan Masjid .Setelah itu rombongan balik ketempat penginapan untuk Check-out .
0845 : Bertolak ke OGDC, pusat pameran penemuan minyak dan gas. Rombongan disambut oleh pengurus OGDC dan mendengar taklimat sebelum berpeluang melawat sekitar OGDC .
1110 : Bergerak menuju BSRC untuk majlis makan tengahari.
1233 : Selesai makan tengahari, rombongan bergerak menuju Masjid Pekan Seria untuk Solat .
1320 : Rombongan BBM bergerak menuju destinasi seterusnya, Maahad Islam Brunei .
1412 : Sampai di Maahad Islam Brunei disambut oleh Pengarah Perundangan Syarie, dengan diiringi pukulan hadrah,sejurus sampai rombongan sempat bergambar ramai bersama ajk.selepas itu rombongan dibawa kebilik persidangan untuk sesi taklimat daripada maahad Islam Brunei dan Majlis Belia Daera Tutong .Selepas itu rombongan menikmati jamuan petang.
1630 : rombongan bergerak menuju seameo voctech gadong bagi majlis meraikan deligasi BBM 2010.
1715 : Tiba diperkarangan seameo voctech disambut oleh SUT KHEU dan pegawai2 kanan kheu .Selepas bergambar ramai rombongan menuju dewan persidangan untuk majlis meraikan deligasi BBM.Selepas itu rombongan check-in di bilik masing-masing.
1900 : majlis makan malam di season restaurant gadong.Pada majlis ini deligasi BBM 2010 telah membuat persembahan 3 buah lagu.
2130 : bergerak dari season hotel.Rombongan sempat dibawa jalan-jalan disekitar gadong.
2200 : Balik ke seameo voctech dan berehat .

14/10/2010 ( HARI KESEBELAS )

0420 : Rombongan bergerak ke jame asr Hassanal Bolkiah bagi menunaikan solat subuh seterusnya diadakan tazkirah yang disampaikan oleh deligasi dari Indonesia dan Malaysia.Selepas itu rombongan berkesempatan beramah mesra bersama Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid dalam sesi sarapan pagi didewan serbaguna Jame Asr.Selepas itu rombongan sempat bergambar ramai bersama Pemangku Pengarah sebelum beredar balik ke tempat penginapan.
0810 : rombongan dibawa melawat ITQSHHB . sampai di ITQSHHB disambut oleh ajk BBM 2010, dan terus dibawa kedewan utama ITQ untuk mendengar taklimat mengenai struktur ITQ oleh salah seorang pegawai ITQ. Disini juga rombongan menerima cenderahati kenang-kenangan yang diberikan oleh ITQ.
0950 : Rombongan bergerak menuju Jabatan Mufti Kerajaan (JMK). Setibanya diJMK rombongan dibawa kegaleri pameran SHHB dan diberikan sedikit taklimat sebelum rombongan dibawa melawat sekitar galeri .diakhir lawatan rombongan dijamu dengan jamuan makan dan cenderahati .Selepas itu rombongan terus bergerak menuju Pusat Dakwah Islamiah (PDI).
1150 : Rombongan tiba di PDI, rombongan dibawa melawat kedewan pameran PDI sebelum majlis makan tengahari bersama Timbalan Menteri HEU. Selepas makan tengahari, rombongan berkesempatan bergambar ramai bersama Timb Menteri .selepas itu rombongan bergerak kesurau PDI untuk solat zuhur dan sesi tazkirah yang disampaikan oleh wakil deligasi singapura.
1430 : rombongan menghadiri sesi dialog bersama Majlis Belia Brunei (MBB).Selepas sesi soal jawab rombongan berkesempatan minum petang bersama perwakilan dari MBB.
1615 : Rombongan bertolak dari PDI menuju pusat membeli belah Serusop.
1800 : Rombongan balik ke seameo voctech dan bersiap untuk acara disebelah malam .
1920 : rombongan bertolak menuju KUPUSB untuk majlis tilawah al-quran kanak-kanak MABIMS.
2240 : Rombongan balik dari KUPUSB. Setelah itu rombongan sempat dibawa ronda-ronda pasar malam gadong.

15/10/2010 (HARI KEDUA BELAS )
0645 : Rombongan bergerak menuju taman peranginan tasik Lama,BSB untuk acara trekking,sampai ditasek lama acara didahulukan dengan senaman pemanas badan.setelah itu rombongan dibawa memasuki salah sebuah hutan untuk acara trekking.setelah itu rombongan juga berkesempatan untuk meninjau sekitar taman peranginan dan bergambar ramai .
0830 : rombongan balik ke tempat penginapan .
1000 : rombongan bertolak ke Kompleks Yayasan SHHB, Bandar Seri Begawan.Rombongan mula-mula dibawa kepejabat Yayasan untuk mendengar taklimat dan fungsi yayasan.Setelah menikmati jamuan rombongan berkesempatan bergambar ramai bersama pengurus yayasan.setelah itu rombongan berkesempatan berjalan-jalan dikompleks membeli belah yayasan.
1215 : rombongan bergerak dari yayasan menuju masjid pengkalan batu bagi menunaikan solat fardu jumaat .
1330 : setelah selesai solat, rombongan meneruskan program dengan mengunjungi rumah kegiatan agama kampong bebuloh.setibanya disitu,rombongan dialu-alukan dengan pukulan hadrah,dan setelah itu rombongan berkesempatan bergambar ramai sebelum menikmati makan tengahari.selepas itu rombongan dibawa melihat persembahan kebudayaan dari masyarakat bisaya .Selepas solat asar, rombongan telah melakukan kerja-kerja amal dimana rombongan dibahagikan kepada dua kumpulan,satu kumpulan menyimen kawasan rumah kegiatan agama dan satu kumpulan lagi menanam padi .selepas solat isya’ rombongan dialu-alukan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh PDI.selepas makan malam rombongan berkesempatan beramah mesra dengan penduduk disekitar kampong bebuloh.
2130 : rombongan balik ketempat kediaman .
2230 :sampai di seameo voctech, rombongan terus membuat muzakarahuntuk majlis penutup dan resolusi BBM 2010 .

16/10/2010 (HARI KETIGA BELAS )
0440 : rombongan bergerak menuju Majid Omar Ali Saifuddien untuk solat subuh dan seterusnya tazkirah dari keempat-empat wakil deligasi BBM 2010 .disini rombongan juga menerima cenderahati dari Masjid OAS. Setelah itu rombongan berkesempatan menikmati sarapan pagi dan membuat penggambaran lagu “doa rabitah” diperkerangan masjid .
0710 : Rombongan dibawa ronda-ronda disekitar kampong air termasuklah “jong batu”,perumahan bolkiah, dan rombongan berkesempatan juga singgah disalah sebuah rmah dikampung air untuk menikmati hidangan pagi .
0905 :rombongan menuju Pusat Pembangunan Belia (PPB ),disana rombongan berkesempatan mendengarkan taklimat mengenai fungsi PPB dan berpeluang melawat disekitar kompleks PPB .
1110 : Rombongan menuju Empire Hotel untuk majlis makan tengahari bersama pemimpin-pemimpin MABIMS .majlis dihadiri oleh menteri-menteri ugama MABIMS, Pegawai-pegawai kanan dan AJK.dimajlis ini juga rombongan berkesempatan beramah mesra dengan Deligasi-deligasi SOM MABIMS .
1335 : rombongan bergerak menuju Rizqun Hotel untuk sesi raptai persembahan .selepas itu rombongan dibawa kepusat membeli belah Mall untuk acara bebas, dan sebahagian deligasi mengadakan perlawanan futsal persahabatan di padang Maktab DUli Gadong .
1930 : Rombongan bergerak menuju Rizqun Hotel Gadong untuk majlis penutup Mabims 2010.pada malam itu rombongan BBM telah membuat persembahan 3 buah lagu, dan pada malam itu juga rombongan telah menerima sijil penyertaan BBM 2010.
2200 : bergerak menuju seameo voctech .

17/10/2010 ( HARI TERAKHIR )
• Pada hari ini deligasi-deliagasi luar Negara meninggalkan Brunei Darussalam .

APA YANG DIPEROLEHI SEPANJANG MENGIKUTI BAS BELIA MABIMS 2010 .
• Sepanjang program ini berlangsung, para peserta dapat bertukar-tukar maklumat mengenai Negara masing-masing, terutamanya dalam usaha menggerak dan membangunkan belia.Apa yang menarik hampir semua Negara deligasi mempunyai pegawai belia ( yang masih belia ) yang diberi mandat untuk merancang program-program yang bersesuaian dengan keadaan semasa,yang mana perkara ini patut kita contohi .
• Para peserta juga dapat mempelajari budaya Negara-negara deligasi termasuklah cara bertutur dan sebagainya .
• Dari segi pergerakan dakwah, terutamanya Malaysia, dimana mereka mempunyai system yang tersusun,contohnya mereka mempunyai target berapa ramaikah non-muslim yang akan dijadikan muslim.
• Fasiliti untuk kursus yang berunsurkan islamik seperti Pusat Latihan Sarawak, dimana pusat ini bukan saja berperanan untuk memberikan kursus kepada warga kementerian ugama, tetapi sesiapa sahaja,selain itu juga fasiliti ini dapat digunakan untuk program-program seperti BBM dan sebagainya .
PERKARA YANG PERLU DIPERHATIKAN.
Secara keseluruhan pengendalian BBM 2010 sangat baik dan memuaskan. Namun ada beberapa perkara mungkin perlu untuk diambil perhatian untuk masa hadapan . Antaranya :
• Perlunnya ada sesi muzakarah sesama ahli deligasi, dengan memfokuskan satu-satu perkara untuk dibincangkan bersama(atau paling kurang mengenai tema BBM) seperti pembentangan kertas kerja, dan disanalah peranan fasilitator dapat diguna pakai, dan ini secara tidak langsung lebih menjadikan program BBM ini satu program yang bermanfaat.
• Tambah acara sukan, seperti perlawanan futsal persahabatan atau sebagainya yang mana acara ini dimasukkan didalam jadual supaya para deligasi dapat bersenam, selain dapat mengeratkan silaturrahim dan juga bagi mengelakkan berat badan yang naik akibat terlalu banyak makan .
Secara keseluruhan tahniah diucapkan kepada penganjur, khususnya para urusetia yang bertungkus lumus memastikan kebajikan para deligasi dijaga dengan sebaiknya .

Wednesday, November 10, 2010

Hari-hari yang sibuk

assalamualaikum semua...

Berkesempatan untuk menulis lagi malam ani. sebenarnya waktu ani aku sedang sibuk memikir apa yang ku buat untuk assignmentku yang datelinenya tinggal 3-4 hari saja lagi( untuk keraja yang kana suruh buat ).buntu ku banarnya, tapi apa bulih buat, kan reject nda dapat .

minggu ani banyak meeting yang tepaksa di attend. Dari hal jabatan, masjid, personal(anniversaryku nda lagi batah, jemputan haji sana-sini) memerlukan perhatian, sampai aku bepikir, yang mana lebih dulu patut ku utamakan?..tapi, berbekalkan perancangan yang rapi, semangat untuk menimba pengalaman baru, aku inda jadi kan mengeluh, walaupun pada dasarnya "dapat" sudah ku mengeluh.

Pengalaman!!yes..ani yang ku mau sebenarnya. Pengalaman yang berharga terutamanya dalam menjadikan diriku seorang yang lebih baik dari sebelumnya, sebab aku pecaya nda semua orang merasai apa yang ku rasa masa ani ( kesibukan yang pelbagai ).Lagi pun pengalaman nda bejual dikadai, payah kan didapat (nda kira samada pemngalaman manis atau pahit).Ani baru untuk taun ani. Untuk taun dapan?nda pasti samada tekabir atau nda...hhhmmmm..sedangkan masa ani saja, hari-hari ku padat dengan kerja yang "round robin" (tepaksa kesana kemari), macamana tah gayanya taun dapan ni.

Tahun dapan?2011?nah!tinggal sebulan labih saja lagi. Nda terasa masa cepat berjalan, macam baru saja menyambut 2010, tau-tau ani kan masuk tia 2011.Ertinya umur pun semakin bertambah.Umur?boh!taun dapat 31 tah umur ku ni..masih lagi ada impian yang belum terlaksana.Mudahan taun dapan ani akan mejanjikan sesuatu untukku.

Nda kira lah, taun ani kah, taun dapan kah..untuk menjadi orang yang berguna, nda payah menunggu taun dapan .Apa yang mesti ku ingat dalam diri ialah perancangan mesti rapi, tanpa ada perancangan yang rapi, handal macamana pun seseorang atu, ia nda kan dapat mencapai kejayaan, dan kalau pun ia berjaya, mungkin atas usaha dan kerja orang lain.

Sunday, November 7, 2010

tasnim

CORAT CORET BAS BELIA MABIMS 2010 EPISODE 1

Ani adalah coretanku sewaktu mengikuti PROJEK BAS BELIA MABIMS pada 4-10-2010 yang lalu...inda banyak gambar yang dapat ku capture sebab ada time cameraku abis bateri..actually gambar-gambar ani random saja, inda ikut urutan..






SULTAN TENGAH..SULTAN KERAJAAN BRUNEI


KETIKA AKU DIHADAPAN KAMPONG BUDAYA

DIKEDIAMAN DI SARAWAK..PLS

BERSAMA CIGU MUS, DELIGASI BRUNEI


BERSAMA ANAK-ANAK INDONESIA

ANTARA KERAJA YANG KAMI BUAT..MENCAT


MADRASAH AL-IHSAN..MENINGGALKAN KESAN DALAM DIRIKU


BERSAMA DELIGASI BRUNEI, FAIRUZ


SESI LATIHAN MALAM



DIHADAPAN TUGU KHATUL ISTIWA..



ME&THE GANG..



UNIK..JARANG ADA..


SEWAKTU MENGHADIRI PEMBENTANGAN KERTAS KERJA


BERSAMA TEMAN DELIGASI LUAR NEGARA


THE BUZKERS...


ALI&DAVID'S SON..


SEWAKTU STRANDED 3 JAM DI ENTIKONG


TUGU ENTIKONG..LAMBANG KEBANGAAN..


POS KAWALAN TEBEDU..TIME ANI AKU KANA MARAH SEBAB MENGGAMBAR


BETONG..1ST PIT STOP OF THE DAY


WAITING FOR CHECK-IN


INSIDE THE ROOM


PARAMOUNT HOTEL SIBU..BOLEH TAHAN


MAKAN MALAM DI SIBU..LALAH+LAPAR


SAJIAN WARISAN MIRI

ROMBONGAN CIK KIAH
BERGAMBAR RAMAI


































Saturday, August 7, 2010

doa bagi yang tiada..

kemarin dirumah mengadakan majlis tahlil khusus bagi ahli keluarga yang sudah tiada..mudahan mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..amin!!


























Thursday, August 5, 2010

majlis tahlil dan doa arwah sekampung










majlis tahlil dan doa arwah sekampung tadi telah berlangsung dimasjid lambak berakas. majlis bermula selepas solat maghrib berjemaah .lebih kurang 150 orang jemaah yang hadir.Mudahan doa kita semua diangkat oleh Allah subhanahu wataala..amin