My Blog List

Monday, April 16, 2012

BUKAN MUDAH MENJADI PENDAKWAH..

Cerita ani panas lagi, baru tadi patang. Seorang rakanku yang merupakan salah seorang penceramah yang giat aktif berceramah. Ada urang yang mengomplen arah peradiannya, yang becakap "kenapa kedia saja beceramah?sudah abis kah penceramah di Brunei ani?"
Aku memang tarang-tarang tekajut dengan luahannya atu inda dapat cakap apa-apa, hanya membiarkan kedia meluahkan rasanya atu.

Aku pun atas dasar simpati seorang rakan menasihatkan kedia supaya sabar, sebab iatah yang kana katakan cubaan dan dugaan dalam berdakwah.

Aku hairan dengan sebilangan masyarakat ani, urang yang aktif berdakwah pun kan di dangkikan. Kalau banar urang-urang yang aktif ani saja yang balik-balik mukanya di tv, dan suaranya saja yang tedangar di radio, carikan tah pendakwah baru yang sanggup berdakwah atau beceramah. Berapa banyak lulusan luar negeri dalam bidang agama yang mahu jadi penyampai atau pengajar kepada masyarakat? masing-masing kan menganyangkan parut sendiri. Dapat gaji saja yang durang harapkan, sedangkan durang tau, bahawa tanggungjawab dakwah ani adalah keraja durang yang memegang kulusan agama..

Diharaplah dimasa akan datang, masyarakat lebih faham dan peka tentang hakikat ani, kalau nada pendakwah yang sanggup ani, siapa tah lagi kan berdakwah?????

COMBATMAN NEW SEASON

Combatman beraksi lagi!!kali ani kami mengenal pasti spot baru yang kami panggil "takat zakaria"( sangkar miliknya), spot yang dijumpai oleh ahli kami iaitu g-az. Kali ani kami turun belima (macam hang tuah 5 bersaudara), iaitu aku, captain, saini, alus dan g-az.

Berbekalkan udang $15, kami menuju ke destinasi setelah selasai solat Jumaat. Ketibaan kami di spot berkenaan disambut oleh "penunggu" spot berkenaan iaitu rohman, seorang warga Indonesia. 1st impression meliat tempat ani menjanjikan sesuatu sebab behampiran dengan kayu-kayu matui yang menyacah ke tanah (kalau liat arah majalah, katanya berpotensi). Lagipun tempat ani agak selesa jua sebab ada jamban, ada ruang untuk solat dan yang penting ada lampung!! (dapat tah mengauil malam disini)

Memandangkan cuaca pada masa atu masih lagi "berangat" (maklumlah, pukul 3 patang)..kami mengambil keputusan untuk mengail dibawah rumah saja, so apa lagi, masing-masing lah mencari spot yang sesuai. Dalam pada atu ada jua kami cuba-cuba mengail diluar, tapi kehangatan cuaca atu inda dapat ditahan. Masa ani ikan inda berapa makan, mungkin saja faktor air yang macam aing gelagah kabut, walaupun arus begarak pelahan. Menjelang Magrib barutah ada hasil yang dicari-cari. Rata-rata tangkapan hanyalah ikan Ketambak bersaiz sederhana, kecuali seekong yang agak basar..kira-kira setangah kilo (aku yang dapat, hehe).

Masuk saja Maghrib suasana sepi seketika. Ada jua kalanya joran kana paksa bekeraja. Bila sudah naik, rupanya bedukang saiz basar (walaupun bukan ikan target, ianya tetap ikan kan!!), dalam trip ani kami berjaya mengesan spot bedukan saiz basar dimana 2 daripada tangkapan adalah berskala 1-2 kilo..

Memandangkan hasil tangkapan balum memberangsangkan, aku berpindah kebahagian hadapan rumah, dimana terletaknya sangkar-sangkar ikan. Dalam cuaca yang agak gelap, aku memberanikan diri menyusupkan dicelah-celah sangkar..dan hasilnya??Se ikong lagi ketambak saiz sederhana basar (anggaran 1 kilo lebih sedikit..dapat sudah dipanggil berahan ni) dapat ku jinakkan. Akhirnya formula pancingan dikawasan ani terbongkar, sebab spot  tangkapanku beberapa hari yang lalu hampir sama dengan spot yang ani dan membuahkan hasil yang hampir-hampir sebaya. Mungkin percubaan nanti aku akan fokuskan dispot ani saja.

Akhirnya lebih kurang jam 8 malam kami pun bepanyap, memandangkan umpan pun sudah habis. Lagipun pada masa ani, aku menerima satu panggilan kecemasan. Jadi, alang-alang bungkus, semua tah balik..btw, terima kasih untuk sani, sebab sekali lagi menjadi boatman kami.

HALAQAH ILMU

Hari ani halaqah ilmu fiqh diteruskan lagi. Kali ani diadakan di masjid Mohammad Bolkiah, Serusop. Dalam halaqah tadi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan solat. Banyak jua persoalan-persoalan yang dikemukakan sebagai langkah unntuk memahamkan masyarakat tentang kesempurnaan solat. Halaqah tadi dipengerusikan oleh Haji Jamil.