My Blog List

Monday, April 29, 2013

ADAT OH ADAT!!

Bismillah..mungkin title ani agak ganjil bunyinya,tapi atutah hakikatnya. Masyarakat kitani kebanyakan(inda semua)mengganagap adat resam sesuatu majlis atu adalah satu kemestian, dan akan menjadi perbincangan kalau sekiranya inda dibuat.

Contohnya dalam majlis persandingan. Biasanya menapakkan pengantin ani yang setau ku sunnat semasa majlis akad nikah, bukan semasa majlis bersanding. Dan apabila dalam majlis bersanding inda dibuat acara menapak pengantin ani, mulalah jadi perbualan masyarakat, kenapa inda ditapaki dan macam2 lagi persoalan yang hampir sama ditimbulkan. Persoalannya, adakah ia menjadimsatu kesalahan dari segi kesahihan perkahwinan kalau acara menapaki pengantin inda dibuat, sedang Islam menghukumkan sunnat sahaja dalam acara akad nikah, bukan dimajlis persandingan.

Kadang-kadang adat kitani simple saja, tapi ekstrimis adat ani yang melampau!!ialah, kalau tinggal sedikit dari adat ani seolah-olah jadi dusa untuk yang inda membuat. Walhal ianya harus saja, malahan ia bulih jatuh kehukum yang lebih barat lagi kalau disalah guna.

Kadang-kadang diri pulang serba salah, ialah adat bukannya ada rukun dan syarat, macam hukum fiqh. Kalau inda dibuat ia jatuh kepada haram, batal dan sebagainya. Ani adat!!harus saja hukumnya, ditinggalkan inda papa, dibuat pun inda jua maslah..entah lah..susah mau cakap..

Aku bukannya anti adat melayu, aku bangga jadi orang melayu, tapi kadang-kadang kitani yang menjadikan sesuatu yang simple jadi susah..Wallahu a'lam.