My Blog List

Wednesday, March 28, 2012

COMBATMAN IN ACTION..NEW EPISODE

Assalamualaikum semua..

Berbekalkan kejayaan yang lepas, geng kami hari ani meneruskan jelajah pancing kami. Selepas Subuh, kami bertiga meneruskan misi untuk hari ani dengan harapan mendapat rezeki, atau sekurang-kurangnya "perlawanan" dari "musuh". Berbekalkan umpan udang hidup dan pumpun( lama sudah inda ku teliat makhluk ani..tq faizal sebab belurih urang mengambilkan pumpun), kami sampai dijeti jam 0630 pagi, dan kami terpaksa menunggu beberapa ketika untuk menanti boatman sampai. Dalam hati sudah terbayang tarikan ikan dan aksi hebat yang akan terjadi. 

SPOT PERTAMA
Seperti biasa, kalau sudah sampai di Pudak, inda sah kalau inda belabuh di "white tower" (pancang putih). Kali ani kami plan kan belabuh disana lama sedikit memandangkan boatman kami free pagi ani. Setelah hampir sejam menanti, kami berjaya mendaratkan spesis target, iaitu Languran, Ketambak dan tuka-tuka. Selepas atu kami pun berpindah ke spot yang baru (sangkar..banarnya lama pulang, ganya batah sudah inda di aga). Dalam perjalanan ke spot baru, aku cuba-cuba jua trolling dengan Rapala Flat Rap, tapi keputusannya "kumpau".

LAUK PAGI.
Sesampainya kami dispot ani, kami disambut oleh penjaga spot ani. Demi sampai saja, kami tarus memasang umpan dan melabuhkan didapan pagar sangkar, dan hasilnya...inda sampai sepuluh minit,  kantung ikan kami berisi sudah, seolah-olah ikan di sini ani setaun inda kana bagi makan. Ikan Ketambak berskala 300-500 mendominasi tangkapan selain seekor selungsung berskala 400 gram (tangkapan bonus, hehe).

SEPI, SUNYI, BANGAS!!
Selepas lebih kurang 2 jam, keadaan jadi semakin sunyi, getuan ikan ganya menyebabkan luncing kail kami bebunyi, tapi kebanyakannya lapas. Mungkin ikan-ikan damit punya keraja, sebab ada jua beberapa kali kami menaikkan garut-garut, tapi semuanya kami "released", sebab inda cukup sifat, hehe

AING LAJAK, UJAN LABAT DAN RIBUT.
Masuk saja tengahari, kondisi aing tarus berubah, dimana aing lajak pasang menyebabkan sungai beuras. Ditambah lagi dengan kedatangan angin kuat dan ujan labat, sedikit sebanyak menjejaskan hasil tangkapan. Tapi, apa jua daya kitani, kuasa Allah kan..mun sudah Allah kan membagi ujan cemana tah jua, ada tah hikmahnya tu. Akhirnya setelah bertahan lagi beberapa jam, kami pun bungkus, ialah, daripada kami "panggang-panggang" dengan joran yang inda beusik, baiktah kami balik.

UDANG HIDUP VS PUMPUN??
Seperti yang ku bagitau awal-awal tadi, trip kali ani kami akan membuat uji kaji terhadap umpan yang kami gunakan iaitu udang idup dan pumpun. ternyata disini bukanlah padang pancing terbaik untuk aplikasi "pumpun", sebab walaupun kana makan ulih ika, tapi kebanyakan tangkapan berskala "baby" dan kalau pun yang "remaja" hanyalah ikan "black hawk"..Jadinya udang idup anitah senjata paling ampuh untuk menawan ikan-ikan di perairan ani.

Secara keseluruhan, trip ari ani indalah sehebat trip yang lapas kalau kan dikira dari segi kuantiti ikan yang kami naikkan, tapi dari segi kualiti ikan yang kami dapat, ternyata hasil hari ani bulih dibanggakan. So, tunggu trip kami yang akan datang, manatau kali ani kami berhasil merombak kubu pertahanan "samseng" disini..enjoy gambar-gambar terbaru ani..Assalamualaikum..

Mr boatman..

Jeti tempat kai turun naik..

Member club..

Combatman crew

Sungguh menggoda aing ni..

Kompon inda tetinggal barang ni..

Disini lah tempat ku gugur hari atu..waspada lah!!

Pumpun..senjata lagenda!!

Sentiasa bersedia..


Bawah sangkar anitah banyak mendapat sambaran..

sibuk kawanku ani..

tangkapan favourite:)

Syukur..rezeki Allah..

Iatah jadinya kalau ikan inda frenzy..dimana-mana pun di try

Loteri..siakap lagi!!hehe..jangan mare kawan-kawan







Tuesday, March 27, 2012

SEMANGAT MESTI ADA..

Sambil-sambil minum radix dan meratah beberapa biji kurma lurih dimalam, aku buka channel astro 810. Masa ani ditayangkan ulangan axiata cup badminton yang dikhabarkan menawarkan hadiah sehingga $1 juta ringgit (us dollar).
Banyak pemain-pemain bertaraf dunia main seperti taufik hidayat, sony dwi koncoro, koo ken kiat dan ramai lagi. Inda kurang jua wajah-wajah baru yang bakal mewarnai persada badminton dunia sepertimana pemain-pemain muda Malaysia.
Dalam pada atu, aku tertarik dengan pasukan yang satu ani, iaitu FILIPINA..yes!!FILIPINA. Umum sudah tau bahawa badminton bukanlah sukan target bagi negara jiran yang satu ani, tapi apa yang membanggakan, durang berani tampil ikut pertandingan ani, semata-mata untuk memeriahkan pertandingan, dan sudah pasti untuk meningkatkan prestasi badminton durang.
Timbul persoalan diutakku..kenapa Brunei inda mengantar pasukan untuk tornomen ani ah?sedangkan kalau kan dibandingkan, Brunei lebih dulu advance dalam arena badminton berbanding Filipina, tapi inda pernah lagi pemain negara tampil untuk apa saja event samada serantau atau antarabangsa.
Mun cemani gayanya, jangan hairan kalau Filipina lebih angkat dipersada badminton berbanding kitani, dan jangan hairan kalau kitani belawan dengan durang kitani kana "sayur", sebab cara permainan durang ani mun ku liat sangat memberangsangkan, cuma kalah dari segi pengalaman saja berbanding negara lain.
Brunei sepatutnya mencontohi negara-negara lain dalam pembangunan sukan. Inda perlu untuk tarus jadi juara, tapi melalui pengalaman "gagal dan tewas" akan menjadikan kitani menjadi lebih kuat. Dan yang penting berani tampil.

"Buat-buat tak faham"

Dimalam aku ke airport mengambil bapa, babu, udada dan ami baru balik dari menunaikan umrah. Alhamdulillah, sampai jua hajat bisdurang kan ketanah suci,lebih-lebih lagi udada. Sanang hati meliat durang keluar dari ruang ketibaan dengan wajah ceria, ditambah lagi dengan cerita-cerita durang semasa disana, membutkan hati rasa bersemangat untuk  mengumpul duit untuk kesana jua.
Tekeduhung becakap pasal ruang ketibaan, alhamdulillah kerajaan sudah ada inisiatif untuk mengupgrade lapangan terbang Brunei. Masa ani tempat menunggu sudah kana pindah ketempat lain (yang pasti ianya hanya sementara), tempat parking pun kana pindah sepenuhnya dikawasan cargo,dan paling penting eksess untuk masuk ke airport pun sudah berubah. Mudahan saja kalau sudah siap projek ani nanti ianya akan menambahkan lagi keselesaan,bukan saja kepada pelancong, malahan kepada semua pengguna.
Tapi apa yang aku kesalkan, urang kitani seolah-olah inda mau paham keadaan airport yang beusai masa ani. Siapa yang ke airport masa ani memang tau, pihak airport ada menyediakan tempat atau ruang untuk menunggu dikawasan luar(jauh sedikit dari tempat keluar penumpang). Ani adalah supaya inda beasak dengan penumpang yang kan belayar, yang melalui jalan yang sama. Masalahnya ditempat atutah jua urang kitani beurung-urung menunggu sampai menjadikan laluan atu sempit dan padat. Ani menyebabkan "jammed" dikawasan berkenaan, dan sudah pasti mengganggu kelancaran proses keluar penumpang.
Sepatutnya kitani kerjasama lah..sudahtah airport sampit masa ani, ditambah lagi dengan fiil kitani yang "buat-buat inda faham"..abis lah..