My Blog List

Tuesday, March 27, 2012

SEMANGAT MESTI ADA..

Sambil-sambil minum radix dan meratah beberapa biji kurma lurih dimalam, aku buka channel astro 810. Masa ani ditayangkan ulangan axiata cup badminton yang dikhabarkan menawarkan hadiah sehingga $1 juta ringgit (us dollar).
Banyak pemain-pemain bertaraf dunia main seperti taufik hidayat, sony dwi koncoro, koo ken kiat dan ramai lagi. Inda kurang jua wajah-wajah baru yang bakal mewarnai persada badminton dunia sepertimana pemain-pemain muda Malaysia.
Dalam pada atu, aku tertarik dengan pasukan yang satu ani, iaitu FILIPINA..yes!!FILIPINA. Umum sudah tau bahawa badminton bukanlah sukan target bagi negara jiran yang satu ani, tapi apa yang membanggakan, durang berani tampil ikut pertandingan ani, semata-mata untuk memeriahkan pertandingan, dan sudah pasti untuk meningkatkan prestasi badminton durang.
Timbul persoalan diutakku..kenapa Brunei inda mengantar pasukan untuk tornomen ani ah?sedangkan kalau kan dibandingkan, Brunei lebih dulu advance dalam arena badminton berbanding Filipina, tapi inda pernah lagi pemain negara tampil untuk apa saja event samada serantau atau antarabangsa.
Mun cemani gayanya, jangan hairan kalau Filipina lebih angkat dipersada badminton berbanding kitani, dan jangan hairan kalau kitani belawan dengan durang kitani kana "sayur", sebab cara permainan durang ani mun ku liat sangat memberangsangkan, cuma kalah dari segi pengalaman saja berbanding negara lain.
Brunei sepatutnya mencontohi negara-negara lain dalam pembangunan sukan. Inda perlu untuk tarus jadi juara, tapi melalui pengalaman "gagal dan tewas" akan menjadikan kitani menjadi lebih kuat. Dan yang penting berani tampil.

No comments: