Dimalam aku ke airport mengambil bapa, babu, udada dan ami baru balik dari menunaikan umrah. Alhamdulillah, sampai jua hajat bisdurang kan ketanah suci,lebih-lebih lagi udada. Sanang hati meliat durang keluar dari ruang ketibaan dengan wajah ceria, ditambah lagi dengan cerita-cerita durang semasa disana, membutkan hati rasa bersemangat untuk mengumpul duit untuk kesana jua.
Tekeduhung becakap pasal ruang ketibaan, alhamdulillah kerajaan sudah ada inisiatif untuk mengupgrade lapangan terbang Brunei. Masa ani tempat menunggu sudah kana pindah ketempat lain (yang pasti ianya hanya sementara), tempat parking pun kana pindah sepenuhnya dikawasan cargo,dan paling penting eksess untuk masuk ke airport pun sudah berubah. Mudahan saja kalau sudah siap projek ani nanti ianya akan menambahkan lagi keselesaan,bukan saja kepada pelancong, malahan kepada semua pengguna.Tapi apa yang aku kesalkan, urang kitani seolah-olah inda mau paham keadaan airport yang beusai masa ani. Siapa yang ke airport masa ani memang tau, pihak airport ada menyediakan tempat atau ruang untuk menunggu dikawasan luar(jauh sedikit dari tempat keluar penumpang). Ani adalah supaya inda beasak dengan penumpang yang kan belayar, yang melalui jalan yang sama. Masalahnya ditempat atutah jua urang kitani beurung-urung menunggu sampai menjadikan laluan atu sempit dan padat. Ani menyebabkan "jammed" dikawasan berkenaan, dan sudah pasti mengganggu kelancaran proses keluar penumpang.
Sepatutnya kitani kerjasama lah..sudahtah airport sampit masa ani, ditambah lagi dengan fiil kitani yang "buat-buat inda faham"..abis lah..
No comments:
Post a Comment