PLANNING YANG SETERUSNYA
Pagi ani kami turun lagi mengail. ya!mengail!kelurusan geng pancing inda keraja, kami pun plan memancing di "green house"..jam 6.15 pagi kami sudah sampai dijeti Kampong Serdang menunggu boatman mengaga. Berbekalkan udang hidup $15, kami memulakan projek kedua dengan misi yang sama dengan yang lapas, iaitu memburu spesis pengganas di perairan Pudak!
MALANG TIDAK BERBAU!!
Sewaktu kan turun keperahu, entah dimana silapnya, aku telincir menggelungsur ditangga jeti yang licin. Sakitnya bukan main, sampai badanku, tanganku dan kakiku luka!!nasib baik inda beguring tarus di aing..tapi inda apa, sekurang-kurangnya aku memakai life jacket jua masa atu.
FIRST SPOT WAS AWESOME!!
Sewaktu kan menuju "Green House" kami merunding boatman untuk mencuba satu spot yang usulnya berpotensi. So untuk misi "recce" ani, faizal ditugaskan untuk melabuh umpan sebagai squad perisik, dan hasilnya...inda sampai 5 minit, rapalero chili rednya dilarikan sesuatu yang aku pasti ianya bukan keraja utik atau bedukang. Ternyata tepat bilamana languran berskala 400 gram tewas.
|
Spot pertama yang kami tuju..pancang putih!! |
Setelah atu, brader Saini dan faizal pun meneruskan misi menggempur kubu, manakala aku mencuba "casting" dengan menggunakan rapala flatrap, tetapi "kumpau". Melihat hasil casting inda memberangsangkan, aku meliat saja durang mengail, dan disini, kami berjaya menaikkan beberapa ekor ikan yang berskala boleh tahan seperti Sembilang dan Ketambak.
|
Disinilah languran dan ketambak bermaharajalela..
|
GREEN HOUSE
Selepas 15 minit dipancang putih, kami menuju ke tempat utama iaitu "green house". Memang banar apa yang buku tulis, faktor cuaca dan air awal pagi memberi kesan dalam hasil pancingan, dimana diawal pagi ani kail kami "cacah bangkit" melayan asakan ikan. Walaupun hanya bersaiz sekolah rendah, tapi kepuasan tetap dirasa, apa lagi kami hanya memancing menggunakan rod aksi ringan.
|
Rod tepaksa disadal dengan batu supaya inda tepelanting |
|
Dalam tayar pun jadi.. |
|
Inda payah umban jauh-jauh..sekalinya makan..peghhh!! |
|
Semua ruang dimanfaatkan dengan sebaiknya |
UMPAN HABIS DAN RIBUT!!
Jam 11.00 pagi sudah umpan kami kan habis, jadi kami terpaksa mencatu umpan yang ada dengan sebaiknya supaya kami dapat bertahan lama sedikit, tambahan lagi aing waktu atu mengalan dan diburukkan lagi dengan kedatangan ribut yang sedikit sebanyak menyukarkan untuk melabuh umpan..
YANG PENTING KEPUASAN.
Kira-kira jam 3.30 petang, umpan kami pun habis ( nasib jua aing masa atu masih lagi lajak surut bagas ribut), so, kami pun plan untuk "bungkus". Secara keseluruhan trip hari ani bulih dikatakan berjaya berbanding yang lapas, sebab hasil tangkapan hari ani lebih banyak berbanding yang lapas. Walaupun inda berjaya memjejaki spesis "mat rempit" ( selungsung dan ungah), tapi Syukur Alhamdulillah hasil yang kami dapat hari ani dapat jua pakai mengamahi belangga dan yang paling penting kepuasan!! Jumpa lagi di edisi jelajah pancing kami seterusnya..enjoy the gambar!!
|
Hero of the day..kegembiraan terpancar diwajahnya, hehe |
|
Syukur diatas rezeki yang Allah berikan |
|
aksi hebat.. |
|
sapa nak ngomen ni..?? |
|
kucupan juara bersama trofinya..fastest catch!! |
|
Jangan perkecilkan kudratnya.. |
|
kecil-kecil cili api.. |
|
Dibatu ani kami banyak menerima sambaran, tapi banyaknya tewas sebab selalau begisil dengan batu.. |
|
Jackpot kami hari ani, sembilang laki bini!! |
No comments:
Post a Comment