trip ani adalah trip susulan kami pada beberapa minggu yang lapas. Setelah kejayaan kami menaikkan berahan sama languran pada trip yang lalu, hari ani kami meneruskan misi menjejak penghuni "pudak". Target kami kali ani ialah untuk menyerang spesis berahan, kerapu dan languran. Setelah seharian mencari ( dalam keadaan cuaca sekajap panas, hujan labat, panas balik, mendung. Ditambah lagi dengan aing inda betantu, sekarang arus pelahan, inda batah lajak tia..walaupun dalam buku bagitau lain..iatah namanya kuasa Allah ni), hasilnya kami gagal untuk menjerat ikan target utama kami( berahan dan languran), tapi kami berjaya menawan ikan "bonus" iaitu ikan selungsung, disamping beberapa ekor ikan ketambak dan kerapu..Semua hasil ani kami daratkan menggunakan kaedah bottom fishing.( ada jua aku cuba casting dan popping, tapi kumpau tahap gaban).
Secara keseluruhan trip ani bulihlah dikatakan berjaya. Dan yang paling penting, kami sudah merancang untuk misi seterusnya...kita tungguuuuu...
|
Sangkar yang sudah lama terbiar.. |
|
Diluar sangkar merupakan spot yang berpotensi |
|
Tangkapan terpantas..inda sampai 2 minit selepas kami sampai |
|
Tangkapan kedua sejurus selepas tangkapan pertama |
|
sekurangnya aku dapat trofi dan lesen..selungsung, tq brader saini sebab mendangani menyiut lauk ani, hehe |
|
"senjata" yang digunakan..ternyata pelaburan yang berbaloi |
|
Nelayan lain juga masing-masing sibuk mencari rezeki.. |
|
Memukat..kalau kena masanya..boleh jadi kaya!! |
|
Mungkin satu masa lubuk ani mesti dicuba..tempting!! |
|
Peserta yang menjayakan siri jelajah pancing kali ani..syabas!! |
|
Alhamdulillah..kebanyakan tangkapan merupakan target utama trip ani |
No comments:
Post a Comment