My Blog List

Thursday, June 17, 2010

LE TOUR DE PELUMPONG..


kemarin "team le buoy " turun memancing untuk menduga tarikan ikan-ikan yang memberangsangkan .seperti biasa tekong(bapa) bersama aku dan front man(bang man) serta ditambah dua orang pemancing jemputan nuzli dan nijam bergerak seawal jam 6.30 pagi menyusuri penurunan pengkalan sibabau menuju takat-takat yang biasa dikunjungi oleh "team le buoy" .pada trip kali ani kami menaget ikan-ikan rugged seperti langguran,tawih,ketambak dan kerapu .


MASALAH UMPAN .

pada trip kali ani kami mengalami masalah awal dimana umpan udang hidup tidak kami perolehi kerana stok dari pembekal tidak ada,kami terpaksa menggunakan plan b(memakai umpan sotong dan tamban mati) untuk trip kali ani.tetapi front man(bang man) telah berjaya mengontek membernya untuk supply udang hidup,tetapi kami terpaksa menunggu sejam dipulau pelumpong sebab durang turun akhir,so,dengan masa yang ada kami cuba-cuba dulu takat-takat biasa berumpankan sotong dan tamban mati .
LUBUK PERTAMA NADA HARAPAN .
lubuk pertama kami ialah lubuk madi dibelakang pulau.setelah melocatekedudukannya ,kami pun memulakan sesi memancing.setelah hampir setengah jam menunggu nada getuan dari penghuni dasar,kami pun memutuskan untuk bergerak kelubuk yang kami galar "lubuk langguran" .
MISI BERJAYA WALAUPUN..
dilubuk kedua ani pada awalnya hanya pisang-pisang yang sudi menjamah umpan,maklum umpan mati .tidak lama kemudian pembekal udang pun datang untuk menghantar udang hidup untuk kami walaupun inda banyak .tanpa membuang masa kami pun melabuhkan umpan .ternyata udang hidup adalah makanan utama ikan-ikan disini ,dimana ikan yang kami target(langguran dan tawih )berjaya kami naikkan walaupun saiznya cuma saiz budak sekolah pra(damit..).ani membuktikan tempat ani ialah sarang bagi dua spesis ikan yang kami cari-cari .
setelah hampir sejam melabuh umpan dan getuan ikan semakin kurang kami pun bergerak menuju lubuk seterusnya .
LOKASI SALAH?
lubuk ketiga ani ialah takat kapal pacah.masalah yang kami hadapi ialah kami inda tejumpa petanda arh lubuk ani(walaupun dalam gps ngam sudah,tapi nada bulak serumbung kapal),jadi kami memutuskan untuk belabuh saja cuba-cuba nasib.lebih kurang setengah jam nada belurih,kami pun berpindah kelubuk seterusnya iaitu "muara putus".

BERPESTA KURAPU PRA..
dilubuk muara putus ani kami belabuh ngam-ngam diatas batu.jadi bila saja umpan dilabuhkan tarus besambut oleh penghuni yang tinggal ditakat batu iaitu kurapu.walaupun saiznya masih lagi belum akil baligh,tetapi ia sudah cukup untuk menghibur hati dikala panas matahari menyinar.Lebih kurang sejam memancing disini kami memutuskan berpindah kelokasi terakhir iaitu bawah simen .
dibawah simen ani kami menghabiskan sisa-sisa umpan yang ada dan hanya berjaya menaikkan seekor kurapu dan ketambak(lauk target)
KESIMPULAN TRIP .
secara keseluruhan,trip kali ani bulih lah dikatakan berjaya(70%) sebab ikan-ikan yang ditarget semua dapat dinaikkan , cuma masalah umpan kami yang inda banyak menyebabkan kami nda dapat bertahan lebih lama. insya allah dilain waktu tempat ani akan dikunjungi lagi demi untuk sesi membalas dendam...








Tuesday, June 15, 2010

TRIP TO BINTULU

parking kereta hotel...selamat
Hari sabtu lapas 12/6/10 aku n family untuk pertama kalinya merantau ke bintulu(banarnya mengaga urang kawin,tarus jalan-jalan).kami betulak dari rumah pukul 9 pagi(kalau kan kirakan lambat pulang ni,tapi sebab kan konvoi dengan urang kira ok lah).


SARAPAN DULU.


destinasi pertama kami ialah di kk koya dikampong telisai .kami sampai disini jam 10 pagi .kami terpaksa mengisi parut dulu sebab kami belum lagi sarapan,lagipun ikut cerita urang perjalanan kebintulu nada tempat transit,so daripada belapar dalam kereta baik jua makan dulu .

makan dulu..karang lapar..

HALANGAN AWAL

datang d e-mart..shopping..

selepas makan kami terus menuju destinasi .mengikut perancangan,kami pit-stop di e-mart miri untuk menunggu team lagi satu yang dijangka sampai jam 12.30 tengah hari.halangan awal bermula bilamana kami kan sampai di sungai tujoh(4km lagi kan sampai),kereta sudah berbaris kan menchop passport.setelah menunggu lebih kurang 45 minit kami pun lapas dari sempadan dan terus menuju e-mart .singgah di e-mart kami manfaatkan dengan sebaiknya.sampat jua kan kesiring(toilet) dan sebagainya .

team lagi satu yang dijadualkan sampai jam 12.30 ternyata tersasar .setelah membuat rundingan kami memutuskan untuk bergerak kebintulu mengikut rombongan lain(saudara jua lah).

PIKIR TAU...

kami mengikuti kereta honda crv dari belakang dari memasuki miri sampailah kesimpang menuju bintulu .dengan keadaan jalan raya yang kurang stabil(lupak-lupak,lambung-lambung,liuk-liuk)ditambah lagi dengan hujan yang lebat(2 kali kami kejumpahan hujan),kami terpaksa mengambil masa 3 jam lebih untuk sampai kebandar bintulu.Apa yang mendukacitakan,rupanya tour guide kami ani lalu jalan lama,sebab ia nda tau jalan baru yang lebih ampir(hehe..pikir tau durang ani..apa-apa pun tq sudi konvoi dengan kami)


BANDAR BINTULU BISAI..

background parkcity mall..


Kami sampai diBintulu kira-kira 5 petang. sesampainya kami dibintulu kami terus check-in di"New World Suite",hotel yang bertaraf 3-4 bintang ani menjadi kebanggaan bintulu untuk menyambut tetamunya .melihat keadaan hotelnya yang mewah ani membuatkan kengalihan 3 jam drive hilang(hotelnya lawa..),ditambah lagi dengan kedudukan bintulu ani mengadap laut,membuatkan hati tenang sikit(pasal aku suka mengail kali,hehe)

new world suite..sempoi


hotel tempat kami tinggal ani sebenarnya sebumbung dengan pusat membeli belah(alah,macam mall dengan rizqun,ganya saiznya damit sikit berbanding dengan mall),so,memandangkan acara kami bermula esuk pagi(malam ani acara bebas),kami pun memanfaatkan masa yang ada dengan ronda-ronda bandar bintulu.

marrybrown..belasah saja


keadaan bandar bintulu sangat unik,dimana jalan rayanya diubah suai (semua satu hala..jalannya lagi empat lane tu)ani menyebabkan kesesakan lalulintas dapat diatasi.aku seperti biasa mencari kedai pancing yang ada dibintulu ,tapi apakan daya ,address yang ada tidak dapat membantu aku mencari lokasi kadai kail yang ku inginkan(sabar saja)


JEMPUTAN KAWIN

jemputan yang datang

esuk paginya kami meneruskan acara kami yang sebenarnya iaitu mengaga jemputan kawin.sebelum kerumah pengantin kami minum dulu direstoran melayu yang ada disebelah hotel kami.roti kosong campur kopi o amat berbaloi untuk pagi ani.setelah kenyang kami pun menuju kerumah pengantin(sebelum atu mengaga team yang satu lagi dihotel sebalah,sebab durang tau jalan).apa yang uniknya majlis kahwin dibintulu dibandingkan dengan kitani diBrunei , durang ganya memakai 2 kem basar(satu untuk jemputan lelaki,satu untuk jemputan perempuan).mana-mana jemputan yang datang terus makan dan ziarah tuan rumah ,lapas atu bulih balik.

mengenai adat bersanding pun unik jua.pengantin lelaki akan bergerak bersama rombongannya menuju kerumah perempuan untuk menjemput pengantin perempuan kerumah lelaki .setelah sampai durang akan disandingkan dulu dan selepas atu durang akan bergerak kerumah penganti perempuan sekali lagi untuk bersamding disana .


PERJALANAN BALIK .

akhirnya kejumpahan jua..



setelah selesai acara kahwin ,kami pun balik kehotel untuk check-out(sebelum atu kami sampat ziarah rumah saudara yang ada dibintulu).sebelum balik aku sampat dibawa kekedai pancing oleh saudara yang kelurusan kaki pancing jua,aku pun merayas gewang-gewang yang nada bejual dibrunei untuk dibawa balik(tq abg jaya,hehe)

berbekalkan tunjuk jalan daripada saudara yang ada disini,kami menuju miri menggunakan jalan baru.(actually nda jua baru banar,ganya labih ampir berbanding dengan jalan lama,walaupun jalnnya lambung-lambung).


ETRA TIME

kami sampai dimiri kira-kira 4.30 petang setelah mengambil masa hampir 2 jam dari bintulu(maybe bulih awal lagi,tapi sebab hujan yang telampau labat,perjalanan terpaksa dislowkan sikit) .Masa yang ada kami manfaatkan untuk makan,shopping dan pit-stop(venue biasa imperial ,sebab kadai makannya bisai,parkson dan bintang plaza).seperti jua time bertolak kemarin,kami sekali lagi singgah die-mart untuk menghabiskan RM yang tinggal.nasib baik q inda berapa panjang di sg tujoh.kami sampai dirumah kira-kira 9 malam(campu singgah makan dibrunei lagi).

BAGUS UNTUK TRIP SANTAI .

secara keseluruhan bintulu bulih menjadi destinasi rehat yang siuk,asalkan trip yang dirancang bukan trip yang gagas .berdasarkan daripada keselamatan hotel terjamin,bolehlah pakai kereta 4wd asalkan sanggup menanggung risiko...