kemarin "team le buoy " turun memancing untuk menduga tarikan ikan-ikan yang memberangsangkan .seperti biasa tekong(bapa) bersama aku dan front man(bang man) serta ditambah dua orang pemancing jemputan nuzli dan nijam bergerak seawal jam 6.30 pagi menyusuri penurunan pengkalan sibabau menuju takat-takat yang biasa dikunjungi oleh "team le buoy" .pada trip kali ani kami menaget ikan-ikan rugged seperti langguran,tawih,ketambak dan kerapu .
MASALAH UMPAN .
pada trip kali ani kami mengalami masalah awal dimana umpan udang hidup tidak kami perolehi kerana stok dari pembekal tidak ada,kami terpaksa menggunakan plan b(memakai umpan sotong dan tamban mati) untuk trip kali ani.tetapi front man(bang man) telah berjaya mengontek membernya untuk supply udang hidup,tetapi kami terpaksa menunggu sejam dipulau pelumpong sebab durang turun akhir,so,dengan masa yang ada kami cuba-cuba dulu takat-takat biasa berumpankan sotong dan tamban mati .
LUBUK PERTAMA NADA HARAPAN .
lubuk pertama kami ialah lubuk madi dibelakang pulau.setelah melocatekedudukannya ,kami pun memulakan sesi memancing.setelah hampir setengah jam menunggu nada getuan dari penghuni dasar,kami pun memutuskan untuk bergerak kelubuk yang kami galar "lubuk langguran" .
MISI BERJAYA WALAUPUN..
dilubuk kedua ani pada awalnya hanya pisang-pisang yang sudi menjamah umpan,maklum umpan mati .tidak lama kemudian pembekal udang pun datang untuk menghantar udang hidup untuk kami walaupun inda banyak .tanpa membuang masa kami pun melabuhkan umpan .ternyata udang hidup adalah makanan utama ikan-ikan disini ,dimana ikan yang kami target(langguran dan tawih )berjaya kami naikkan walaupun saiznya cuma saiz budak sekolah pra(damit..).ani membuktikan tempat ani ialah sarang bagi dua spesis ikan yang kami cari-cari .
setelah hampir sejam melabuh umpan dan getuan ikan semakin kurang kami pun bergerak menuju lubuk seterusnya .
LOKASI SALAH?
lubuk ketiga ani ialah takat kapal pacah.masalah yang kami hadapi ialah kami inda tejumpa petanda arh lubuk ani(walaupun dalam gps ngam sudah,tapi nada bulak serumbung kapal),jadi kami memutuskan untuk belabuh saja cuba-cuba nasib.lebih kurang setengah jam nada belurih,kami pun berpindah kelubuk seterusnya iaitu "muara putus".
BERPESTA KURAPU PRA..
dilubuk muara putus ani kami belabuh ngam-ngam diatas batu.jadi bila saja umpan dilabuhkan tarus besambut oleh penghuni yang tinggal ditakat batu iaitu kurapu.walaupun saiznya masih lagi belum akil baligh,tetapi ia sudah cukup untuk menghibur hati dikala panas matahari menyinar.Lebih kurang sejam memancing disini kami memutuskan berpindah kelokasi terakhir iaitu bawah simen .
dibawah simen ani kami menghabiskan sisa-sisa umpan yang ada dan hanya berjaya menaikkan seekor kurapu dan ketambak(lauk target)
KESIMPULAN TRIP .
secara keseluruhan,trip kali ani bulih lah dikatakan berjaya(70%) sebab ikan-ikan yang ditarget semua dapat dinaikkan , cuma masalah umpan kami yang inda banyak menyebabkan kami nda dapat bertahan lebih lama. insya allah dilain waktu tempat ani akan dikunjungi lagi demi untuk sesi membalas dendam...
No comments:
Post a Comment