My Blog List

Friday, June 11, 2010

LE TOUR DE JERUDONG!!

tekong bersama kerapu yang diperolehinya..

meredah dinihari mencari rezeki..


semangat mau tau..



kelurusan cuti keraja kali ani aku dan "le buoy team"(nama yang ku pilih sendiri,hehe) telah merancang satu trip untuk meduga perairan jerudong dengan beberapa misi utama iaitu pertama merasai turun subuh dan yang kedua mencuba ketahanan diri(ani khas untuk aku sorang)..


berbekalkan perancangan yang rapi aku,bapa,bang man&ni wahid turun meredah dinihari seawal jam 4 pagi menuju penurunan pantai jerudong dengan harapan dapat menaikkan ikan-ikan rugged..



dalam trip ani jua aku membuat eksperimen untuk diriku (mencuba petua-petua menahan mabuk laut,hehe)


AMBIL BERKAT DAHULU


kami sampai dispot yang pertama kira-kira jam 5 pagi,keadaan aing pada masa atu baru garak pasang(just nice).sebelum kami melabuh umpan kami sembahyang subuh dulu(mengail-mengail jua,sembahyang jangan lupa)..selepas sembahyang dan berdoa memohon berkat kami memulakan aksi dispot yang pertama.ikan-ikan yang dinaikkan dispot ani inda seperti yang diharapkan(pisang-pisang saja).kami masih bertahan dispot ani sampai matahari naik(kira-kira 6 lalu),sesudah meliat ulih inda memberangsangkan kami memutuska berpindah ke spot yang kedua yang jaraknya hanya lebih kurang 15 minit .


MASIH JUA LAUK YANG SAMA


dispot yang kedua ani ,kami nda buang masa taruh melabuh umpan .yang siuknya kail sentiasa kana tarik,tapi yang nda bestnya,lauk yang sama(pisang-pisang campur kerisi-kerisi)ganya yang sudi makan umpan kami.Walaupun ada beberapa ekor kerappu yang dinaikkan dispot ani,tapi kami masih jua nda puas hatti sebab lauk target kami balum memunculkan diri.setelah hampir sejam kami disini,kami sepakat berpindah kelubuk seterusnya..


AING INDA MENGANA KALI?


Time kami sampai dispot yang ketiga ani,keadaan angin sedikit kuat menyebabkan keadaan aing sedikit beralun.dispot ani kami berjaya menaikkan kerisi-kerisi dan beberapa ekong kerapu.kami pun mengandaikan mungkin sebab semalam bagas ujan labat menyebabkan aing inda berapa ngam..memandangkan hasil masih jua labih kurang sama,kami memutuskan untuk balik(kelurusan tengah hari jua sudah,takut ketuhuran).


PENUTUP



Secara keseluruhan,trip ani alum lagi berjaya sebab kami inda dapat menaikkan lauk target kami(iatah namanya mengail tu,bergantung kepada rezeki yang allah bagi).Apa yang penting bagiku secara peribadi,trip ani merupakan trip pembakar semangat untukku sebab pertama kali aku inda mabuk disepanjang tour,hehe...tunggu trip kami siri yang kedua tidak lama lagi..