Semalam aku dan rombongan menuju Temburong bagi menghakimi pertandingan Al-quran peringkat daerah Temburong. Jadi biasalah, namanya ketemburong, secara otomatik akan melalui daerah Limbang, Malaysia.
Kami betolak dari jame asr jam 6.45 pagi, dan singgah di masjid Limau Manis (untuk mengambil 4 orang lagi ahli). Kami sampai di Kuala Lurah kira-kira jam 7.15 pagi, dan aku terkejut sedikit bila melihat deretan kereta lebih kurang 1Km dari pos kawalan Kuala Lurah. Nasib baik kami pakai van kerajaan(kereta BG).
Setelah melimpadi pos kawalan, kami terus menuju Tedungan, satu-satunya jalan darat untuk memasuki Temburong, dan sekali lagi kami terkejut ba melihat deretan kereta berbaris menunggu feri( kalau inda salah hitunganku, lebih 1 km), dan nasib kami baik kami pakai kenderaan kerajaan yang membolehkan kami memotong Q.
Dan ketika kami melalui Tedungan sewaktu balik dari Temburong, kira-kira jam 12 lebih, aku secara peribadi terkejut lagi kerana deretan kereta lebih kurang 3 km dari tempat menunggu feri.
Mungkin ani saja alternatif kitani masa ani, mungkin kalau jambatan sudah siap kesesakan ani akan berkurangan. Cuma aku bayangkan, berbaloikah cuti kitani kalau kan mengharungi perjalanan yang sepatutnya 3 jam menjadi 5 jam?sedangkan kitani cuti kan menghilangkan stress, tapi menghadapi traffic jam ani bulih meningkatkan stress. Apa-apa pun perjalanan mesti dirancang dengan baik, bukan saja masa, bahkan destinasi pun mesti jua dirancang.
No comments:
Post a Comment