"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati". Ani sebahagian firman Allah dari dalam al-quran yang menyatakan yang setiap yang hidup pasti merasai satu detik iaitu kematian.
Kematian!!sesuatu yang paling ditakuti oleh manusia. Mati merupakan penyudah bagi kehidupan fana, dan mati jualah permulaan bagi perjalanan akhirat.
Dalam sebulan ani aku banyak berhadapan dengan berita kematian. Bermula daripada rakan setugas, sepupu, dan yang terbaru tragedi kemalangan diluar negeri yang meragut nyawa rakyat Brunei, satu fenomena yang jarang tejadi kepada rakyat Brunei, dan yang lebih mengharukan lagi, sepasang suami isteri yang menjadi mangsa adalah bapa dan ibu saudaraku!!
Dengan kecanggihan teknologi maklumat, berita ani cepat tesebar kenegara kitani, dan secara langsung kitani dapat membuat pengurusan dengan begitu baik sekali. Syukur kerana Kerajaan KDYMM begitu prihatin dengan membiayai semua kos perubatan, penghantaran balik semua jenazah, mangsa dan semua yang telibat. Tidak kurang juga ramai yang mendoakan mangsa, mengucapkan takziah dan macam-macam lagi sebagai tanda prihatin dan simpati, yang mana membuktikan bahawa rakyat Brunei amat pemedulian.
Dalam pada atu ada jua suara-suara yang mempersoalkan "siapa drivernya?". Mungkin ada yang berang, marah arah driver bas yang terbabas ani, dan tidak mustahil pemandu ani akan dicari oleh keluarga mangsa bagi menuntut penjelasan atau "membayar hutang". Kalau driver atu masih hidup pada masa ani, pasti ia akan ketakutan, memikirkan cemana kan menghadapi masyarakat dan sebagainya, dan mungkin jua ia akan beranggapan baik pulang ia jadi mangsa jua, supaya inda banyak kan dipikirkan.
Apa-apa pun, masyarakat jangalah menuding jari kepada pemandu bas atu sahaja, sebab dalam hatinya memang ia inda mau melanggarkan bas atu, tapi sudah kan asbab Ianya terjadi, jadi kitani hanya mampu berdoa semoga roh-roh mereka dirahmati Allah dan semoga peristiwa macam ani inda terjadi lagi. Janganlah disebabkan ani, kita takut kan naik bas, ikut rombongan lah, keluar negeri lah, sebab kalau kitani inda naik bas, inda ikut rombongan, inda keluar negeri, kalau sudah ajal, siapa dapat menyangkal. Cuma yang kitani perlukan ialah persediaan untuk menghadapi mati yang bila-bila masa saja boleh menjemput kitani.
No comments:
Post a Comment