Assalamualaikum..
wah..lama jua sudah rasanya inda menulis dalam blog ani. Bukan apa, nada masa kan menulis. Kadang-kadang idea untuk menulis ada, tapi sebab masa kan menulis nada, selalunya idea yang bernas jadi ilang, hehe..
Tadi aku sahur. Mengambil kesempatan puasa sunat dalam bulan Syaaban, kebetulan jua hari ani hari Khamis. So, ertinya dapat 2 lah, hehe. Buat-buat makan, aku sama biniku beceritalah pasal apa-apa. Antara perbualan kami ialah pasal persediaan Ramadhan. Antara persiapan yang perlu disediakan yang kami bincangkan ialah menahan nafsu dan jiwa, khususnya dalam penyediaan makanan untuk berbuka puasa.
Kalau kitani liat pada hari-hari biasa, kitani makan tengahari atau malam hanya dengan "basic meal" iaitu nasi, sayur, lauk. Tapi yang menghairankan, masuk saja bulan puasa, setiap hari kitani memikirkan tentang juadah-juadah untuk berbuka puasa, dari jenis makanan asasi, pembuka mulut, penutup, termasuk jua minuman. Sehinggakan sebahagian manusia membelanjakan $10-20 sehari semata-mata untuk membeli juadah berbuka.
Cuba kita renung semula hikmat Allah mewajibkan kita berpuasa. Antaranya ialah supaya kita dapat merasai macamana rasanya apabila menjadi orang miskin, inda mampu untuk membeli makanan, supaya kita lebih mensyukuri nikmat rezeki yang Allah pinjamkan. Selain itu dalam hadith ada menyebutkan :"berpuasalah niscaya kamu akan sihat". Rata-rata urang berbelanja sebulan dalam bulan Ramadhan, khusus untuk makan sahaja 2 kali ganda lebih banyak daripada perbelanjaan di bulan-bulan biasa.
Persoalannya, adakah kita menghayati puasa dalam erti kata yang menyeluruh? Memang tidak dinafikan, masuk saja bulan puasa, liur memang macam-macam. Tapi sebenarnya, disinilah ujian berpuasa, bukan saja menahan diri dari makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa, tapi selain atu jua, menahan diri dari hawa nafsu, termasuk lah dalam menghadapi juadah berbuka. Kalau kitani bejalan ke bazar-bazar Ramadhan, berbagai-bagai jenis juadah yang dijual, dari makanan ringan, sederhana dan berat. Dari sudut penjual, anitah masa untuk peniaga sederhana untuk menjana pendapatan dengan menjual hidangan berbuka puasa.
Tapi sebagai pembeli, kitani ada pilihan, sama ada untuk membali atau inda. Kitani boleh mengamalkan falsfah yang nabi SAW ajarkan, iaitu konsep bersederhana dalam segala hal. Mungkin kitani boleh merancang pembelian juadah berbuka, misalnya sehari satu jenis juadah sahaja. Dengan cara ani, mungkin kita akan dapat menjimatkan perbelanjaan, dan yang lebih penting, mengelakkan pembaziran. Lagipun parut kitani ani, walaupun ia lapar, tapi once sedikit makanan masuk, kanyang tia. Dalam pada atu, kitani harus ingat, puasa atu sebenarnya menyebabkan kitani sihat. Iatah masanya parut kan berehat dari disumbat dengan macam-macam, setelah sebelas bulan yang lain kitani berayas. Tapi ada sesetengah orang makin ia puasa, makin bepenyakit tia pulang. Sebab apa tu nah? Sebab penghayatan puasa atu tiada. So beringatlah kitani, walaupun ESH kan keluar inda lagi batah, ngam tia lagi masa puasa keluarnya. Janganlah dihabiskan rezeki atu dengan memenuhi tuntutan hawa nafsu. Gunakanlah duit yang ada dengan sesuatu yang bermanfaat. Ialah, makan pun nyaman-nyaman, keluarnya sama jua... Akhirnya, selamat berpuasa kepada semua pembaca, mudahan puasa tahun ini lebih baik dari puasa sebelumnya.

No comments:
Post a Comment