Masuk hari ani sudah 8 hari aku cuti, ertinya cutiku yang 23 hari masih lagi berbaki banyak. Sepatutnya dalam masa 8 hari ani aku sudah melakukan bermacam-macam aktiviti yang ku suka, tapi.... Aku mula cuti Hari Jumaat lapas, tapi esuknya aku kana telipun oleh ppq Mabims supaya aku menghadiri mesyuarat lujnah skim soalan Nuzul Al-Quran. Mula-mula indalah terasa, sebab ku pikir sehari saja meeting ani, tapi bila pengerusi memberi jadual mesyuarat(hari-hari kecuali ahad dan jumaat), membuatkan aku berfikir, adakah salah timing ku cuti ani, sedangkan orang lain apabila cuti, inda dapat dikacau. Aku ada menyuarakan bolehkah aku inda hadir mesuarat ani, dan jawapannya tetap saja "tidak boleh". Tadi lepas Maghrib pun kana sms jua supaya hadir lagi bagi lujnah esuk, so ertinya aku mesti set minda dan jiwaku untuk esuk bahawa aku bukan bercuti. Jangan saja ada urang yang inda hadir esuk, sebab sekolah sudah mula cuti kan..kalau ada yang inds hadir esuk, ertinya untuk meting seterusnya aku pasti akan mengikuti jejak langkah durang.
No comments:
Post a Comment