My Blog List

Monday, September 30, 2013

JATUH CINTA

Bismillah..title ani mungkin membari watir usulnya..hehe..tapi sebenarnya gimik saja..jatuh cinta yang dihalalkan oleh Islam..hehe
 
ceritanya bermula malam minggu baru ani, ketika menghadiri majlis makan malam bagi meraikan persatuan IPS(ikatan penulis Sabah), yang diberikan oleh YB mantan menteri hal ehwal Ugama. aku sebenarnya hadir sebagai pembaca doa saja.
 
macam biasa, lapas doa, ada makan-makan dan cerita-cerita. lapas makan, tetamu dihidangkan dengan persembahan sastera; puisi, sajak, pantun, gurindam..aku sebenarnya minat puisi ani, ganya dalam bentuk lagu. kalau dalam bentuk deklimasi puisi, kurang ku minat.
 
tapi dalam majlis ani, mereka menyampaikan puisi, sajak dan lain-lain dengan khusyuk, menyebabkan aku yang mendangar ani pun ikut khusyuk menghayati bait-bait puisi yang disampaikan.
 
sehingga akhirnya aku berkata, AKU SUDAH JATUH CINTA PADA PUISI!!..

Monday, August 19, 2013

Keep on doa

Bismillah..
Dalam seminggu ani kebanyakkan umat Islam sibuk memperkatakan trntang konflik di Mesir. Masing- masing rasa inda puas hati sebab jeneral sisi sudah banyak membunuh rakyat Mesir yang pro kepada presiden Morsi, presiden yang digulingkan.

Dalam memperkatakan isu Mesir ani, ada jua pihak yang seolah-olah menudi g jari kepada kerajaan sebab inda mengutuk serangan jeneral Sisi, sampai ada yang becakap seolah-olah kitani inda peka tentang maslahat kaum muslimin, sampaikan khutbah jumaat yang baru ani pun kana kritik, sebab inda menyentuh tentang Mesir.

Mungkin pndangan rakyat dan kerajaan berbeza dalam melihat isu perbalahan perang saudara di Mesir masa ani. Kitani melihat dari sudut orang awam yang ditindas(parti ikhwanul muslimin), sedang pihak kerajaan terpaksa menggunakan kekerasan untuk mematahkan bantahan pihak awam. Dan mungkin sahaja kerajaan melihat ani ada maslahat diplomatik kedua-dua negara. Kalau negara ikut campur, boleh saja mendatangkan kerugian untuk negara dimasa akan datang, contohnya, kitani bulih saja kana sekat untuk belajar disana yang mana ia pasti merugikan sebab universiti al-Azhar antara universiti Islam yang popular dan masyhur.

Apa pun tanggapan kitani tentang pergolakan di Mesir, doakan saja supaya kemelut begara atu segera berakhir. Walautah kitani inda hebohkan ke dunia yang kitani prihatin, tapi doa kitani lah yang menentukan samada kitani prihatin atau inda. Keep on berdoa, Allah pasti kabulkan!!

Tuesday, August 13, 2013

Post moterm Ramadhan






Bismillah..
Lama sudah i da menulis dalam blog sendiri. Seakan-akan lupa sebenarnya yang aku ada blog tempat "curhat". Bukan apa, dalam suasana lebaran ani mana kan tejangkau laptop atau tab, sibuk beraya..beraya? Pecaya atau nda, sudah masuk 5 hari eid, aku baru beraya 2 rumah, inda temasuk rumah bapaku..2 buah saja?!! Awu..2 buah!!entah, kenapa kah nada liur ku kan beraya taun ani, walau pada hakikatnya aku pun gembira macam urang lain jua menyambut syawal..sehinggakan aku inda menyediakan baju baru untukku dan anakku..haha..cukuplah sekadar baju lama yang masih bagus..

Tapi aku bukan kan ceta sal raya..ialah, namanya jua baru 2 rumah di aga..mana ada kan diceritakan. Aku kan cerita pasal Ramadhan yang baru lapas. Alhamdulillah, tuhan masih memberi ruang untuk ku menyambut Ramadhan taun ani "full" sebulan..dapatlah menambah amalan yang kan dibawa hari "esuk".

Seperti biasa macam tahun-tahun dulu, masa puasa aku inda banyak memikirkan juadah untuk berbuka, sebabnya menu utama ku selain kurma ganya jenis-jenis kebab, roti john dan yang sewaktu dengannya. Bukan apa, kebetulan tahun ani aku menjadi imam terawih dimasjid, so, parut mesti steady, kalau nda, pancit cia..inda kan imam pulang 8 rakaat kan?haha..

Cerita pasal baca Al-Quran, sedikit sedih lah..kenapa tia aku makin malas..kalau dulu mampu baca sampai 5-6 juz sehari, sampai pernah satu ketika aku belurih khatam 3-4 kali dalam bulan Ramadhan. Tapi taun ani, terasa macam payah kan habiskan 30 juz..sampai akhirnya aku khatam jumaat terakhir bulan Ramadhan, seminggu sebelum eid..atu batah!!

Cuma yang siuknya qiamullail..alhamdulillah taun ani seperti taun-taun dulu aku diberi mandat menjadi imam untuk jemaah yang kan membuat qiamullail 10 malam terakhir, cuma tahun ani aku buat dimasjid lain. Alhamdulillah, sambutan dari jemaah menggalakkan, walaupun inda sampai 70 orang jemaah, tapi semangat jua melihat urang datang. Sanggup bangun pukul 2 pagi semata-mata kan mencari "lailatul qadr". Insya Allah kejumpahan tah tu, mun sudah malam-malam buat..insya Allah dapat.

Cakap pasal bangun awal ani ah, iatah namanya rahmat ni..kalau bulan Ramadhan otomatik mata atu bangun jam 2 pagi, walau tah tidur 3 jam saja. Berbeza dengan bulan lain, payah-payah kan bangun..iatah kali rahsia "nawaitu" atu ah..kalau nada niat, memang payah!!

Apa lagi ah...ahh!!pasal zakat fitrah. Tahun ani belurih ku 30 buku..ialah..nama jua masjid basar, penduduk kampung ramai..memang tah banyak buku yang bepakai. Cuma apa yang menarik utakku untuk bepikir pasal zakat ani ialah pasal masa membayar. Masih jua ramai urang membayar last-last minit atu bah. Padahal kana bulihkan jua membayar awal-awal. Bukan apa, 2 hari sebelum eid, dari lapas zuhur sampai kan maghrib kami nada bepindah dari tempat duduk, sebab yang bepitrah atu ramai "hantap".

Lain lagi kisahnya indung kana suruh ulih anaknya minta bayarkan. Kalau anak bujang inda hal lah, ani yang sampai tanggungan 4-5 pun masih bewakil arah indung, teluan jua urusan dunia ani kan dibanar-banari sampai barang penting pun urang buatkan. Nasib jua solat ani inda dapat bewakil, mun inda, abis eh..lain lagi halnya yang masuk kemasjid pakai seluar "buntak". Tanyanya lagi aku"inda papa kah ni?" Kataku aku ok pulang, tapi inda tau yang punya "rumah"( masjid), panas kalintelinganya aku cakap catu atu..tapi come on lah..kalau pun arah lain tani inda respect, tapi dimasjid dapat kali eh, even orang kristian kalau masuk gereja, bisai pakaian bisia bah..jangantah lagi kitani kan..

Ala kulli hal, puasa ku tahun ani bulih ku katakan baik, cuma aku masih rasa ada kekurangan..mudahan Allah bagi umur yang panjang untuk menyampati Ramadhan akan datang..Amin..

So, lapas ani pengembaraan akan diteruskan untuk melihat alam maya. Mana yang dapat ditagur, kita akan tagur..mana yang inda dapat..lihat saja..😊

Monday, April 29, 2013

ADAT OH ADAT!!

Bismillah..mungkin title ani agak ganjil bunyinya,tapi atutah hakikatnya. Masyarakat kitani kebanyakan(inda semua)mengganagap adat resam sesuatu majlis atu adalah satu kemestian, dan akan menjadi perbincangan kalau sekiranya inda dibuat.

Contohnya dalam majlis persandingan. Biasanya menapakkan pengantin ani yang setau ku sunnat semasa majlis akad nikah, bukan semasa majlis bersanding. Dan apabila dalam majlis bersanding inda dibuat acara menapak pengantin ani, mulalah jadi perbualan masyarakat, kenapa inda ditapaki dan macam2 lagi persoalan yang hampir sama ditimbulkan. Persoalannya, adakah ia menjadimsatu kesalahan dari segi kesahihan perkahwinan kalau acara menapaki pengantin inda dibuat, sedang Islam menghukumkan sunnat sahaja dalam acara akad nikah, bukan dimajlis persandingan.

Kadang-kadang adat kitani simple saja, tapi ekstrimis adat ani yang melampau!!ialah, kalau tinggal sedikit dari adat ani seolah-olah jadi dusa untuk yang inda membuat. Walhal ianya harus saja, malahan ia bulih jatuh kehukum yang lebih barat lagi kalau disalah guna.

Kadang-kadang diri pulang serba salah, ialah adat bukannya ada rukun dan syarat, macam hukum fiqh. Kalau inda dibuat ia jatuh kepada haram, batal dan sebagainya. Ani adat!!harus saja hukumnya, ditinggalkan inda papa, dibuat pun inda jua maslah..entah lah..susah mau cakap..

Aku bukannya anti adat melayu, aku bangga jadi orang melayu, tapi kadang-kadang kitani yang menjadikan sesuatu yang simple jadi susah..Wallahu a'lam.

Monday, February 11, 2013

Laman sosial yang so sial!!

Laman sosial pada hari ini memang dijadikan sebagai antara alat perhubungan, kerana selain ianya mudah untuk diekses, ianya mudah untuk digunakan. Jadi tidak hairan jika laman sosial pada hari ini digunakan untuk, bisnes, pelajaran termasuklah juga dakwah.

Dalam pada mereka yang berdakwah melalui laman sosial ini, memang tidak dapat dinafikan akan terdapat percanggahan pendapat, khusus bagi masalah tertentu. Dan sudah pasti tidak kurang juga pengkritik-pengkritik atau pembidas akan membidas dengan hujah masing-masing. Semua ini adalah salah satu warna dalam percambahan ilmu, asal saja ianya sihat dan meghormati pendapat orang lain.

Alkisahnya baru-baru ani, cerita laman sosial jua ni..biasalah, kalau ada percanggahan pendapat. Jadi adalah jua hamba Allah ani mempost statusnya menyindir yang membidas tadi ani(actually inda jua luan membidas lah bagiku). Jadi banyaklah komen-komen yang berasap jua yang mengisi komen statusnya, yang rata-rata menyentuh hal peribadi pembidas tadi, seperti fizikal dll.

Sepatutnya kitabmesti paham etika laman sosial. Aku inda lah paham banar, tapi ianya sama seperti public speaking, semua orang berhak bercakap atau bersuara apa saja yang terlintas dibenaknya..jadi sebagai user, respect is the right word untuk kita.

Sunday, January 13, 2013

Ihya maulidir rasul

Bismillah..wassolatu wassalamu 'ala rasulillah.

Alhamdulillah, hari ani masuk hari kedua rabiul awal. Bulan memperingati kelahiran rasul sallallahu alaihi wassallam, nabi akhir zaman, nabi pembawa rahmat.

Sama macam tahun-tahun yang dulu, bila masuk bulan maulidir rasul ani, perkarayang sinonim ialah dikir, marhaban, ceramah. Sama ada dimasjid atau ditempat persendirian.

Apa yang pasti kebanyakan yang hadir ialah golongan tua dan kanak-kanak. Kesemua mereka ini datang kemasjid secara sukarela. Dimana yang muda?yang selalu berceloteh dilaman sosial tentang fadilat masjid?tentang fadilat membesarkan maulidir rasul dengan marhaban?..

Sebenarnya dikir atau syair bukan lah pengukur kita taat kepada nabi, yang penting mengikut sunnah. Syair atau dikir ani( yang kebanyakan urang bawa), lebih kepada membuat suara jadi sarut...

Biar akal menilainya

Thursday, January 10, 2013

Kembali hanya semalam..

Bismillah..
Semalam aku datang ke itqshhb, dijemput untuk menyampaikan ceramah dan perkongsian tentang cabaran penghafal al-quran. Alhamdulillah masuk saja surau dapat ku liat adik-adik yang baru dan lama sedang sibuk membaca Al-quran. Suasana macamani sebernya sangat ku rindui.

Alhamdulillah perkongsian yang singkat semalam mengenai cabaran yang bakal dihadapi oleh penghafal Al-Quran, serta persiapan dan persediaan menghadapi cabaran itu. Mudahan bermanfaat untuk semua.

Mudahan dimasa akan datang bertemu lagi..sesungguhnya hati ini masih ditempat itu.













Wednesday, January 2, 2013

Re union

Sempena 20 tahun bersahabatan, kami intake 93, telah mengadakan makan malam tidak formal di sameer restaurant sungai akar. Walaupun acara ani last minute, tapi kemeriahan dapat dirasa. Ani baru 15 urang, mun semua turun...hmmm..kompom riuh.













Family day

Alhamdulillah, walaupun cuti kali ani aku inda bepeluang membawa family ku belayar macam tahun lalu, tapi dengan trend masa ani bercuti dinegara sendiri, aku bawa family ku check in di centre point gadong. Mulanya booking menghadapi masalah kerana fully booked, tapi nasib baik ada agoda.com.

Ala kulli hal, bercuti dimana-mana sebenarnya sama. Yang penting kualiti time bersama keluarga tercapai











Tuesday, January 1, 2013

2013..new era

Alhamdulillah, subuh ditahun baru masihi!!syukur kepada Allah. Bgun pagi tarus ku on hp yang betutup semalaman. Sudah atu, meliat wassap ada perkhabaran gembira. Bini haji azrol selamat melahirkan seorang putera. Adatah dangan anakku main badminton ni..haha.

Hari ani, 20 tahun yang lalu aku bersama 39 pelajar lain, memulakan pengajian di itqshhb, sebuah pusat pengajian yang berteraskan al-quran pertama di Brunei. Inda terasa sudah 20 tahun sebenarnya aku berkecimpung dalam dunia al-quran. Cuma masih banyak yang perlu ku pelajari dan dalami serta mahiri.

Memgimbas sejarah sewaktu pembukaan itqshhb dulu, aku ganya kenal seorang saja, iaitu syeikh abdul rahman, kawan ku masa sekulah dulu, yang sama-sama ku bawa masuk itq. Yang lain urang baru kecuali ada 2-3 urang kenalan masa temuduga.

Masa perasmian setiap kami kana bagi Al-quran 4 naskah seorang (tapi sayang, al-quran atu nada dalam simpananku lagi, abis betukar-tukar sama kawan. Masa atu ramai urang basar-basar datang meliat perasmian atu. Mungkin urang sama macam aku jua, meletakkan harapan yang tinggi, agar lepasan itqshhb menjadi orang-orang yang berpaksikan al-quran.

Kini, setelah 20 tahun, masih ada yang perlu ku kejar. Usia inda bejanji, umur makin suntuk. Insya allah, tahun ani ada projek besar-besaran untuk diriku demi untuk membayar "hutang" lama. Mudahan Allah memperkenankan hajat ani...amin.

Selamat maju jaya ITQSHHB..dan yang penting jua, selamat bersahabat kepada intake ku yang ke 20 tahun. Luv u all.