Alhamdulillah, subuh ditahun baru masihi!!syukur kepada Allah. Bgun pagi tarus ku on hp yang betutup semalaman. Sudah atu, meliat wassap ada perkhabaran gembira. Bini haji azrol selamat melahirkan seorang putera. Adatah dangan anakku main badminton ni..haha.
Hari ani, 20 tahun yang lalu aku bersama 39 pelajar lain, memulakan pengajian di itqshhb, sebuah pusat pengajian yang berteraskan al-quran pertama di Brunei. Inda terasa sudah 20 tahun sebenarnya aku berkecimpung dalam dunia al-quran. Cuma masih banyak yang perlu ku pelajari dan dalami serta mahiri.
Memgimbas sejarah sewaktu pembukaan itqshhb dulu, aku ganya kenal seorang saja, iaitu syeikh abdul rahman, kawan ku masa sekulah dulu, yang sama-sama ku bawa masuk itq. Yang lain urang baru kecuali ada 2-3 urang kenalan masa temuduga.
Masa perasmian setiap kami kana bagi Al-quran 4 naskah seorang (tapi sayang, al-quran atu nada dalam simpananku lagi, abis betukar-tukar sama kawan. Masa atu ramai urang basar-basar datang meliat perasmian atu. Mungkin urang sama macam aku jua, meletakkan harapan yang tinggi, agar lepasan itqshhb menjadi orang-orang yang berpaksikan al-quran.
Kini, setelah 20 tahun, masih ada yang perlu ku kejar. Usia inda bejanji, umur makin suntuk. Insya allah, tahun ani ada projek besar-besaran untuk diriku demi untuk membayar "hutang" lama. Mudahan Allah memperkenankan hajat ani...amin.
Selamat maju jaya ITQSHHB..dan yang penting jua, selamat bersahabat kepada intake ku yang ke 20 tahun. Luv u all.
No comments:
Post a Comment