Bismillah..hari ani sudah 18 hari dalam bulan februari. Ertinya sudah separuh hari dalam bulan Februari sudah berlalu. Tinggal berapa hari saja lagi kan masuk bulan Mac, dan tinggal berapa hari saja lagi Brunei kan meraikan Hari Kebangsaan yang ke 30. Tema tahun ani "Generasi Berwawasan" memang bertepatan sebab negara masa ani semakin rancak mengorak langkah untuk maju, so memang memerlukan generasi yang ada perancangan untuk membantu negara.
Sama jua dengan dipejabat masa ani. Apabila sudah dipejabat ani, mind set mesti ubah, hadaf memang dipusatkan untuk membantu merangka projek dan hala tuju jabatan sesuai dengan misi dan visinya. Tapi dalam kita baru belajar cemana kan menjadi pemimpin yang baik, yang tidak tersasar dari landasan, ada jua suara dan wajah-wajah yang seolah-olah tidak senang dengan kehadiran kita. Mungkin saja ada jua individu-individu yang cuba menjatuhkan kita dari awal ani, supaya kita tidak dapat menapak lebih jauh lagi.
Mungkin bagi kita perkara biasa, bilamana ada suara pembangkang didalam setiap mesyuarat. Pembangkang yang membina yang mahu melihat pembaikan dalam organisasinya. Tapi perkara anitah yang tidak disenangi oleh sebahagian kecil orang-orang lama. Bagi mereka perubahan ini adalah satu dosa, sebab menukar kebiasaan yang sudah dilakukan sebelum ini.
Mungkin jua aku mesti belajar menjadi orang yang tidak terlalu egresif? tapi, terus terang, aku inda dapat jadi orang lain. Memang kalau ada yang inda kena dimata ku akan ku suarakan, walaupun siapa saja yang ku hadapi ketika atu.
Atau aku mesti belajar bertenang!! bertenang dalam mengawal situasi dan emosi diri.
Dan mungkin akau mesti belajar untuk menjadikan orang-orang yang benci itu menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk terus maju.."MY HATERS ARE MY MOTIVATORS"
No comments:
Post a Comment