My Blog List

Tuesday, June 14, 2011

PROJEK YANG BOLEH DIBANGGAKAN .



masa cuti hari jadi askar balum batah ani, aku dan "ex-combat man" ( bapa ) turun keperairan brunei, tapi bukan untuk mengawal perairan negara, tapi melunaskan hajat yang yang batah sudah inda kesampaian.

Seawal jam 6 pagi kami betulak dari rumah menuju kepengkalan tempat penurunan perahu. Tapi sebelum atu kami singgah dulu mengambil umpan di kampung tanah jambu.

Berbekalkan perahu 15 dan enjin mariner 15 hp, kami memulakan perjuangan meredah pagi yang nyaman.

LUBUK PERTAMA.

Destinasi pertama yang kami tuju ialah "takat madi". Cuaca pada pagi atu ok, tapi keadaan aing inda berapa rugged (arus laju ). Iatah menyebabkan tempat ani inda mendapat sebarang ragutan. "langgu" menunggu, kami pun pindah ke lubuk beampiran, akan tetapi masih jua mendapat keputusan sama.

BERKAT PERUNDINGAN.

melihat keadaan yang tenat ( lauk inda makan ), aku dan tekong pun berunding kan bepindah ke lubuk lain. Lubuk yang mula-mula yang kami tuju ialah "lubuk masjid pudak", sebab mengikut cerita urang, lubuk ani memang berpotensi. Setelah sampai disana, kami pun melabuh didapan jeti. Malangnya setengah jam menunggu, akhirnya mangsa yang dicari pun tiba. Setelah belawan, rupanya "black hawk a.k.a utik" yang makan umpan. Selepas menunggu nada lauk yang sudi makan, kami pun pindah kelubuk seterusnya. Lubuk ani aku yang membearing sendiri berdasarkan pengamatan aing dan kawasan.












Dilubuk ani kami inda menunggu lama, bilamana kailaku diranggut dengan kasar. Setelah bertarung, akhirnya salah seekor ikan sasaran dapat dijinakkan, iaitu umpak. Selain atu kami jua berjaya menaikkan beberapa ekor ketambak bersais 200-500 gram.

Lebih kurang setengah jam, keadaan pun kembali sunyi. lalu kami pun mengambil keputusan untuk berpindah kelubuk seterusnya. Dalam perjalanan kami melintasi sangkar ikan, dan pada masa atu kelurusan urang membari ikan makan, lalu aku pun mencadangkan bapa supaya belabuh didapan sangkar ani. Aing pada masa atu berada dalam keadaan terbaik (bergarak surut pelahan ).

Strategi kami akhirnya menjadi, bilamana disini ikan "cacah bangkit". macam-macam jenis ikan yanga kami dapati seperti kurau, sumbilang, barahan, ketambak yang rata-rata besaiz 600-1.3 kg. Setakat ani iatah lurih kami yang paling banyak semenjak mengail beperahu didalam.

Akhirnya selepas azan zuhur, kami pun naik semula kepengkalan.

KEPUASAN

setelah mengail hampir setengah hari, aku merasa puas sebab lubuk-lubuk yang kami serang ternyata berjaya mendapatkan hasil. Ternyata faktor cuaca dan air memainkan peranan lebih-lebih lagi ketika memancing dikawasan perairan sebelah dalam.

No comments: