My Blog List

Wednesday, October 8, 2014

Nikmat yang berharga

Alhamdulillah..eiduladha masih berbaki satu hari. Hari ani 13 zulhijjah 1435, hari tasyrik yang terakhir. Sesiapa yang belum sampat berkorban, masih ada masa.

Cakap pasal korban, banyak definasinya. Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail adalah contoh pengorbanan terbaik. Namun dalam hidup hari ani, pengorbanan menuntut makna yang lebih luas. Pengorbanan ibubapa, guru, suami isteri, anak-anak dan bermacam-macam lagi.

Alhamdulillah, kemarin family HMSC berpeluang melaksanakan ibadah korban, mudahan rezeki sekeluarga bertambah berkah. Dan pagi ani, waktu ku menulis ani, aku dapat nikmat baru lagi. Lahirnya zuriat ku!!. Syukur pada Allah, nikmat ani sangat besar maknanya untuk aku dan isteri. Berkah kesabaran dan tidak pernah kenal erti putus asa, Allah kurniakan seorang puteri untuk kami.

Aku juga beruntung, sebab ada bersama biniku ketika ia sedang bertarung nyawa. Melihat sendiri seorang ibu meneran, kesakitan, demi kelangsungan hidup seorang manusia. Sungguh besar pengorbanan seorang ibu ketika melahirkan anaknya. Kini baru ku faham kenapa ibu lebih utama dihormati berbanding bapa.

Ya Allah! Syukur diatas nikmat ini.

No comments: