My Blog List

Wednesday, October 8, 2014

Nikmat yang berharga

Alhamdulillah..eiduladha masih berbaki satu hari. Hari ani 13 zulhijjah 1435, hari tasyrik yang terakhir. Sesiapa yang belum sampat berkorban, masih ada masa.

Cakap pasal korban, banyak definasinya. Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail adalah contoh pengorbanan terbaik. Namun dalam hidup hari ani, pengorbanan menuntut makna yang lebih luas. Pengorbanan ibubapa, guru, suami isteri, anak-anak dan bermacam-macam lagi.

Alhamdulillah, kemarin family HMSC berpeluang melaksanakan ibadah korban, mudahan rezeki sekeluarga bertambah berkah. Dan pagi ani, waktu ku menulis ani, aku dapat nikmat baru lagi. Lahirnya zuriat ku!!. Syukur pada Allah, nikmat ani sangat besar maknanya untuk aku dan isteri. Berkah kesabaran dan tidak pernah kenal erti putus asa, Allah kurniakan seorang puteri untuk kami.

Aku juga beruntung, sebab ada bersama biniku ketika ia sedang bertarung nyawa. Melihat sendiri seorang ibu meneran, kesakitan, demi kelangsungan hidup seorang manusia. Sungguh besar pengorbanan seorang ibu ketika melahirkan anaknya. Kini baru ku faham kenapa ibu lebih utama dihormati berbanding bapa.

Ya Allah! Syukur diatas nikmat ini.

Wednesday, June 18, 2014

POLOTIK..OH POLITIK

Bismillah..mungkin tajuknya ganjil bunyinya. ialah, mana mungkin negara ani ada politik macam negara-negara lain. Tapi ramai urang inda sadar, dalam kementerian, jabatan atau pejabat, memang ada permainan politik. Siapa pandai kempenkan dirinya akan dapat tempat dihati ketua, siapa yang kuat melawan(macam parti pembangkang), paham-paham saja, pasti banyak kekurangan dan terasa seperti inda kana peduli.

Akhir-akhir ani macam-macam benda yang inda betul sering berlaku disepan mata. Belum habis tempoh kursus sudah ada tempat yang menanti, kenapa?hanya kerana pandai berpolitik. Buat proposal siit-sikit atau lebih kurang, dapat jawatan bagus!tapi inda kisah lah, rezeki masing-masing.

Masuk hari ani tinggal 9-10 hari saja lagi memasuki Ramadhan. Mudahan ramadhan tahun ani lebih baik dari ramadhan ku ditahun lalu. ini Azam!!!

so seperti biasa, menjelang Ramadhan, tauliah amil akan dibagi khusus kepada amil-amil dimasjid. Kalau tahun-tahun sudah namaku memang tersenarai, sebab aku imam. Tapi tahun ani nama sudah kana keluarkan sebab aku inda lagi bertugas dimasjid macam dulu. Inda kisah lah..yang penting ada amil dimasjid.

Tapi apa yang mendukacitakan, urang yang mengganti tempat ku ialah urang yang lebih kurang kerajanya dengan ku (opis hours jua)!!jadinya, atas alasan apa aku kana keluarkan?kerana aku bekerja dipejabat sudah?macam mana dengan yang sorang ani?ia dimana bekeraja?pejabat jua...

Macamana boleh jadi cani?sebab faktor "dangsanak boss"?sebab "peradian"?...

Aku memang inda suka melawan, dan kalau bulih inda mau melawan. Tapi aku inda pandai menahan diri kalau ada kemungkaran atau benda inda lurus belaku dapan mata!!

Anitah penyakit yang membunuh secara senyap ni. Membunuh karier, potensi,  karya dan macam-macam-macam lagi. Banar nya Nabi, kalau sesuatu pekerjaan dibagi kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran....

Apa pun tak boleh!!!!!

Thursday, March 20, 2014

LEGASI DROP-OFF

Bismillah...
Sebagai pengail yang sudah berkecimpung dalam arena mengail ani sejak 1997 lagi, aku selalu memasang angan-angan untuk memperbaiki rekod tangkapan dan juga teknik tangkapan, termasuk jua padang pancing. Dari bottom ke casting, dari tambing sampai membali perahu, terasa masih balum ada kepuasan dalam diri sebagai peminat pancing. Iatah kuasa pancing ni!menjadikan aku lebih dahagakan kepuasan demi satu rekod yang bulih dibanggakan.

OFFER YANG INDA DAPAT DITOLAK.
bila becakap pasal pancingan laut, abis jauh tah ku aga pilong rock!!. Atu pun sudah terasa hebat..hehe..Tapi bila urang becerita pasal champion, magpie, drop-off..memang tebayang sudah betapa hebatnya nama atu sesuai dengan gred ikannya. Memang tempat ani antara tempat yang kan aga, tapi inda tau bilakah kan sampai..

Tapi rejiki atu nda kemana. Pelawaan dari seorang rakan yang kan membawa ke drop-off pakai Apollo, memang sukar ku tolak walaupun harganya sedikit kancang, lebih-lebih lagi ketika bulan tua..hehe. Tapi kepuasan bukan dapat diukur dengan duit! yang penting pengalaman dapat!.

Dengan kata-kata racun, aku mula mengoffer best buddy ku pjal untuk jadi partnerku ke drop-off. Memang sudah kalau antu kail atu tatap jua antu, pelawaanku memang payah kan di rijiknya..haha. jadinya kami bedua akan menjadi antara 10 peserta yang akan pigi pada 17/3/14, trip pertama selepas angin monsoon.

PERSEDIAAN BIAR GEMPAK.

Untuk memastikan trip ani tip-top, kami bedua sampat ke Labuan untuk membali barang kail disana. Macam-macam kami bali, dari rod, spool, tali, jig, sendakau semua kami sapu demi untuk satu matlamat...drop-off!!

Shoppinhg di Labuan memang inda kerasahan walaupun aku bebelanja labih RM500. Pasal duit cerita kemudian. Yang penting bali dulu..hehe.

THE ACTUAL DAY.
Hari yang dijanjikan, aku sekerita sama pjal menuju tempat kapal menunggu iaitu di Peraian Serasa. Dari jauh sudah kelihatan Apollo menunggu kami. setelah packing barang dalam perahu transit, kami menuju Apollo, dimana team lain sudah ready, yang rata-ratanya adalah otai(temasuk tua hj tasim..haha).

Jam 8 pagi kami pun mula begarak menuju destinasi. Sebelum belayar doa pun di baca supaya perjalanan ani selamat. Aku duduk dicaruk kapal bila kapal mula keluar dari Muara putus. Dari jauh ku liat laut pacah-pacah (menunjukkan cuaca alum taduh). Buktinya, baru sikit kami keluar, kami sudah disapa oleh alun. Dalam hatiku bepikir jua, ani baru dalam, apa lagi diluar nanti. Tapi kerisauan atu ku simpan saja.

8 JAM YANG MEMBOSANKAN.
difahamkan perjalanan ke drop-off ahi memakan masa 8 jam. Ertinya kami akan sampai ke destinasi lebih kurang jam 5 Patang. sepanjang sejam pertama perjalanan, kami banyak menghabiskan masa dengan bual-bual kososng. Tapi masuk jam kedua, bilamana umbak mulai menguasai permainan, aku lebih tertarik untuk masuk cabin, sebab ada katil untuk berehat. Lagipun perjalanan masih panjang, jadi ada baiknya kumpul tenaga dulu untuk aksi hebat nanti..kononnya lah!!

AKSI SEBENAR!!
Sepanjang perjalanan aku habiskan dengan tidur. Aku tebangun bilamana bot sudah beranti. Tapi satu perkara yang menakutkan terjadi..Mauk!!yes!!mauk!!. Ubat yang ku talan inda mendatangkan hasil. Akhirnya perkara yang aku takuti terjadi jua. Aku keluar kabin untuk melihat padang pancing untuk pertama kali. Subhanallah!!dengan angin dan kucah yang belum pulih, ditambah dengan arus yang daras, aku inda nampak pancingan ani akan seronok. Buktinya baru 15 minit ku mengail, sudah berapa kali aku ambur-ambur. Mula-mula rasa malu jua, sebab inda tahan. Tapi bila ku lihat banyak jua yang tewas, ertinya bukan tah aku yang harus dipersalahkan. Persoalan baru mun cul lagi!! cana ku kan menghadapi baki 24 jam!!??

TIDUR ADALAH UBAT YANG PALING BAIK
akhirnya aku membuat keputusan yang drastik, iaitu beparam dalam kabin sampai aku rasa selesa. Anitah kerugian yang basar kali, bayar beratus ringgit tapi tidur! mungkin nampak bodoh, tapi aku lagi inda sedia memikirkan kemungkinan yang lebih buruk kalau ku taruskan jua mengail. Mungkin saja aku bulih gugur ke laut sebab kan bediri pun nda belen rasanya.

TUKAR PLAN
Rasanya malam atu ialah malam yang aku tidur paling panjang sepanjang hidupku. Hampir 10 jam ku tidur demi mengelak mauk. Bila sudah pagi, rakan memutuskan untuk menamatkan sesi pancing ani setangah hari lebih awal, memandangkan cuaca masih lagi alum pulih, dan disebabkan banyak yang tewas, maka balaik adalah keputusan yang paling bijak.

MORAL OF THE STORY.
Walaupun aku gagal belurih walau seikong pun, tapi disebalik atu, tersemat satu pengalaman berharga. Aku sudah sampai kedrop-off!! Tempat yang banyak lagi pemancing belum sampai!!. Mungkin cuaca atu belum memihak arah kami. Mungkin suatu masa nanti, akau akan datang lagi. Datang untuk membalas dendam atas kerugian yang lalu. Atau mungkin saja Allah tidak izin, sebab tinggal solat..Allah..malunya, kan minta rezki, tapi yang wajib inda tebuat..mudahan akan datang cuaca bisai, supaya dapat solat dan dapat pancing!!hehe..wajib buat, harus dapat..jumpa lagi!!

Tuesday, February 18, 2014

Semakin ramai yang tak suka kita

Bismillah..hari ani sudah 18 hari dalam bulan februari. Ertinya sudah separuh hari dalam bulan Februari sudah berlalu. Tinggal berapa hari saja lagi kan masuk bulan Mac, dan tinggal berapa hari saja lagi Brunei kan meraikan Hari Kebangsaan yang ke 30. Tema tahun ani "Generasi Berwawasan" memang bertepatan sebab negara masa ani semakin rancak mengorak langkah untuk maju, so memang memerlukan generasi yang ada perancangan untuk membantu negara.

Sama jua dengan dipejabat masa ani. Apabila sudah dipejabat ani, mind set mesti ubah, hadaf memang dipusatkan untuk membantu merangka projek dan hala tuju jabatan sesuai dengan misi dan visinya. Tapi dalam kita baru belajar cemana kan menjadi pemimpin yang baik, yang tidak tersasar dari landasan, ada jua suara dan wajah-wajah yang seolah-olah tidak senang dengan kehadiran kita. Mungkin saja ada jua individu-individu yang cuba menjatuhkan kita dari awal ani, supaya kita tidak dapat menapak lebih jauh lagi.

Mungkin bagi kita perkara biasa, bilamana ada suara pembangkang didalam setiap mesyuarat. Pembangkang yang membina yang mahu melihat pembaikan dalam organisasinya. Tapi perkara anitah yang tidak disenangi oleh sebahagian kecil orang-orang lama. Bagi mereka perubahan ini adalah satu dosa, sebab menukar kebiasaan yang sudah dilakukan sebelum ini.

Mungkin jua aku mesti belajar menjadi orang yang tidak terlalu egresif? tapi, terus terang, aku inda dapat jadi orang lain. Memang kalau ada yang inda kena dimata ku akan ku suarakan, walaupun siapa saja yang ku hadapi ketika atu.

Atau aku mesti belajar bertenang!! bertenang dalam mengawal situasi dan emosi diri.

Dan mungkin akau mesti belajar untuk menjadikan orang-orang yang benci itu menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk terus maju.."MY HATERS ARE MY MOTIVATORS"


Wednesday, January 15, 2014

NAPI: The new era of me

Bismillah, alhamdulillah..tahun 2014 sudah memasuki minggu kedua, dan kemarin baru saja seluruh negara menyambut maulidir Rasul. Mudahan saja aku dapat muhasabah diri menjadi yang lebih baik dari yang lalu khusunya dari sudut ibadah. jauh disudut hati masih mengakui kelemahan diri khusus dalam menjalankan sunnah baginda yang mulia.

karier tahun ani pun alhamdulillah semakin membaik. Hari ani hari pertama aku bertugas di pejabat sebagai ketua zon. sememangnya cabaran besar akan menanti jawatan yang dipigang masa ani. Mudahan aku inda tekeluar dari "trek". Mudahan jua segala keputusan yang ku buat berlandaskan iman. Sokongan dari kawan, pegawai dan keluarga memang diharapkan.

Tahun ani usulnya banyak keraja yang sudah dan akan dilumpuk. Yang utama masa ani, mesti belajar mengurus masa dengan baik. Moto tahun ani "kerjaya diutamakan".