My Blog List

Wednesday, December 21, 2011

Disebalik tabir...

"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati". Ani sebahagian firman Allah dari dalam al-quran yang menyatakan yang setiap yang hidup pasti merasai satu detik iaitu kematian.

Kematian!!sesuatu yang paling ditakuti oleh manusia. Mati merupakan penyudah bagi kehidupan fana, dan mati jualah permulaan bagi perjalanan akhirat.

Dalam sebulan ani aku banyak berhadapan dengan berita kematian. Bermula daripada rakan setugas, sepupu, dan yang terbaru tragedi kemalangan diluar negeri yang meragut nyawa rakyat Brunei, satu fenomena yang jarang tejadi kepada rakyat Brunei, dan yang lebih mengharukan lagi, sepasang suami isteri yang menjadi mangsa adalah bapa dan ibu saudaraku!!

Dengan kecanggihan teknologi maklumat, berita ani cepat tesebar kenegara kitani, dan secara langsung kitani dapat membuat pengurusan dengan begitu baik sekali. Syukur kerana Kerajaan KDYMM begitu prihatin dengan membiayai semua kos perubatan, penghantaran balik semua jenazah, mangsa dan semua yang telibat. Tidak kurang juga ramai yang mendoakan mangsa, mengucapkan takziah dan macam-macam lagi sebagai tanda prihatin dan simpati, yang mana membuktikan bahawa rakyat Brunei amat pemedulian.

Dalam pada atu ada jua suara-suara yang mempersoalkan "siapa drivernya?". Mungkin ada yang berang, marah arah driver bas yang terbabas ani, dan tidak mustahil pemandu ani akan dicari oleh keluarga mangsa bagi menuntut penjelasan atau "membayar hutang". Kalau driver atu masih hidup pada masa ani, pasti ia akan ketakutan, memikirkan cemana kan menghadapi masyarakat dan sebagainya, dan mungkin jua ia akan beranggapan baik pulang ia jadi mangsa jua, supaya inda banyak kan dipikirkan.

Apa-apa pun, masyarakat jangalah menuding jari kepada pemandu bas atu sahaja, sebab dalam hatinya memang ia inda mau melanggarkan bas atu, tapi sudah kan asbab Ianya terjadi, jadi kitani hanya mampu berdoa semoga roh-roh mereka dirahmati Allah dan semoga peristiwa macam ani inda terjadi lagi. Janganlah disebabkan ani, kita takut kan naik bas, ikut rombongan lah, keluar negeri lah, sebab kalau kitani inda naik bas, inda ikut rombongan, inda keluar negeri, kalau sudah ajal, siapa dapat menyangkal. Cuma yang kitani perlukan ialah persediaan untuk menghadapi mati yang bila-bila masa saja boleh menjemput kitani.

Tuesday, December 20, 2011

Kaya susah..miskin pun susah

Akhir-akhir ani(actually batah sudah), urang sana sini becakap pasal "hamba Allah" yang rezekinya nomplok mengajut. Dimana-mana kitani bejalan,inda kira tempat keraja, urang kawin, tahlil antara tpoik yang menjadi perbualan ialah mengenai "hamba Allah" yang seurang ani.

Berkesempatan meraun rumahnya(kelurusan balik kampung), memang ku akui ia memang kaya. Kereta bejuntun, motosikal memenuhi ruang garaj rumahnya. Dan dari cerita yang kudangar( kebanyakan sumber-sumber cerita yang diragui), usinnya banyak, sampaikan nya durang, ia kan deposit duit dibank pun, bank inda mau menerima sebab telampau banyak.

Atu balum lagi masuk bisnesnya, sampai urang cerita kadai runcit pun besekuriti, gaji yang ditawarkan tinggi dan macam-macam lagi. Semua atu pun dari sumber cerita yang "syubhah".

Yang kesiannya kedia ani, menjadi bahan bualan urang ramai, biasalah ada yang puji, inda kurang jua ada yang keji, ada yang puja dan ada yang cerca. Mungkin sebab inda ramai urang melayu yang kaya macam kedia, dan inda ramai urang kaya yang pemurah macam kedia, masing-masing mempersoalkan darimana sumber rezekinya, sampaikan kudangar ada masjid yang inda mau menerima derma daripada kedia, astagfirullahalazim!!

Bagiku satu saja, rezeki masing-masing. Sekurang-kurangnya ia bulih menggurangkan kes pengangguran dibrunei dengan cara membagi urang keraja(keraja dengan titik peluh sendiri), siapalah kitani kan menentukan halal atau inda rezeki seseorang. Rasulullah SAW pun menyuruh kitani bekeraja dan mengelakkan meminta-minta.

Kalau sumber rezeki yang kitani persoalkan, bank pun banyak jua yang "curang". Dan yang paling penting lagi, kitani mempersoalkan rezeki urang, sedangkan kitani hari-hari mengumpat!!macamana tu?

MTQ KEBANGSAAN PERINGKAT ZON DAN DAERAH

Gambar para hakim dipertandingan musabaqah membaca Al-Quran kebangsaan peringkat zon dan daerah seluruh negara.
pengerusi..

didikasi amat diperlukan..

antara barisan jemaah hakim

venue yang lain..

hakim-hakim yang menghakimi pertandingan

macam juri pertandingan realiti tv jua usulnya

Rancanglah perjalanan.

Semalam aku dan rombongan menuju Temburong bagi menghakimi pertandingan Al-quran peringkat daerah Temburong. Jadi biasalah, namanya ketemburong, secara otomatik akan melalui daerah Limbang, Malaysia.

Kami betolak dari jame asr jam 6.45 pagi, dan singgah di masjid Limau Manis (untuk mengambil 4 orang lagi ahli). Kami sampai di Kuala Lurah kira-kira jam 7.15 pagi, dan aku terkejut sedikit bila melihat deretan kereta lebih kurang 1Km dari pos kawalan Kuala Lurah. Nasib baik kami pakai van kerajaan(kereta BG).

Setelah melimpadi pos kawalan, kami terus menuju Tedungan, satu-satunya jalan darat untuk memasuki Temburong, dan sekali lagi kami terkejut ba melihat deretan kereta berbaris menunggu feri( kalau inda salah hitunganku, lebih 1 km), dan nasib kami baik kami pakai kenderaan kerajaan yang membolehkan kami memotong Q.

Dan ketika kami melalui Tedungan sewaktu balik dari Temburong, kira-kira jam 12 lebih, aku secara peribadi terkejut lagi kerana deretan kereta lebih kurang 3 km dari tempat menunggu feri.

Mungkin ani saja alternatif kitani masa ani, mungkin kalau jambatan sudah siap kesesakan ani akan berkurangan. Cuma aku bayangkan, berbaloikah cuti kitani kalau kan mengharungi perjalanan yang sepatutnya 3 jam menjadi 5 jam?sedangkan kitani cuti kan menghilangkan stress, tapi menghadapi traffic jam ani bulih meningkatkan stress. Apa-apa pun perjalanan mesti dirancang dengan baik, bukan saja masa, bahkan destinasi pun mesti jua dirancang.

Sunday, December 18, 2011

Anger management course

Minggu lepas, aku telah menghadiri kursus yang bertajuk anger management yang bertempat d IPA. Ternyata fasilitatornya Wan jeffri dapat menerangkan tentang proses pengawalan stress dengan baik sekali.


Thursday, December 1, 2011

CERITAKU BERMULA LAGI..

fuuuhhh...!!!atu batah sudah inda beupdate blog ku ani. Last ku update masa 1st week ramadhan, ani sudah tahun baru. Lebih kurang 5 bulan aku hanya menjadi pemerhati di blog semdiri. Bukan apa, kadang-kadang time kan menulis, ada saja kesibukan, tapi bila kan menulis balik, idea nada...sampai update time ku dimesir pun balum ku tesimpan disini. Alum lagi masuk acara-acara waktu hari raya sama ibadah kurban. Nanti-nantitah menyusun gambarnya satu persatu,,hehe

ahh..bercerita tentang tahun baru, sampat lagi ni kalau ku ucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 1433" kepada seluruh umat Islam, terutama kepada keluarga, sahabat, kawan-kawan dan mereka yang mengikuti blogku ani. Mudah-mudahan Allah akan memberikan hidayah dan rahmatnya kepada kitani semua.

Bercerita tentang hijrah jua, tahun ani banyak aktiviti yang dibuat oleh pejabatku sempena tahun baru ani, yang mana melibatkan aku dan "teamku" secara langsung. Dengan walkathon( eh, salah, riadhah hijrah ), perkampungan kumpulan belia masjid sedikit sebanyak menggangu waktu cuti, tapi memadangkan ianya tugas, what to do kan??

Tahun ani aku diberi perhormatan untuk hosting riadhah hijrah dan perkampungan belia. So, sebagai tuan rumah macam-macam yang mesti disediakan. Tapi dalam pada atu, aku masih lagi kecewa dengan sikap segelintir dari manusia ani. Padahal tiap tahun jua sudah acara macam ani dibuat, tapi masih jua ada ketinggalan perkara-perkara penting seperti perlantikan jawatankuasa kerja. Sebabnya masih jua ku lihat ada yang saling menyalahkan antara satu dengan lain. Barangkali masing-masing kan mau tarang sendiri, tapi bila ada masalah, mulatah salahkan orang lain. Apa pun alasannya, pengurusan ani sebanarnya penting dalam apa jua urusan dan perancangan yang kita lakukan.

k lah, jumpa lagi nanti. Ani actually hanya starter sebagai untuk mengactivekan semula blog ani,hehe..





Saturday, August 13, 2011

corat-coret Ramadhan.

Alhamdulillah, ramadhan sudah memasuki fasa kedua, yang mana hari ani sudah memasuki hari ke 12. Sungguh inda terasa masa berlalu.Macam baru kemarin start puasa ani. Ani adalah sebahagian coretan yang dapat ku buat sepanjang 1/3 awal ramadhan..


antara yang hadir mendengar ceramah agama

di salah satu majlis khatam al-quran

Antara jemaah yang setia mengikuti ceramah agama

vip pun turut hadir mendengar ceramah

Ustaz haji suhaimi

Ustaz haji jamil

Imam madinah ketika muzakarah dengan PHEM

Masjid RPN lambak Kanan diwaktu malam

Cantik..

Majlis bertedarus al-quran..

Belia juga tidak ketinggalan menyemarakkan Ramadhan

Antara halaqah tedarrus..

Penglibatan yang penting..

























































Monday, August 1, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI.

Alhamdulillah, inda terasa masa berlalu, macam baru kemarin jua ramadhan taun lapas, tup-tup sembahyang terawih tia kitani lagi malam ani.Seperti biasa, apabila tibanya bulan puasa, masing-masing menzahirkan perasaan dengan berbagai cara, dan setentunya masing-masing berazam untuk menjadikan puasa ani sebagai motivasi untuk diri sendir, ada yang berazam untuk diet, beranti besigup, membayar sembahyang yang tinggal dan macam-macam lagi.

Bermula malam ani, akan berpusu-pusulah orang akan membanjiri masjid untuk beriktikaf dan solat terawih, termasuklah jua ramai jua orang akan mengaji al-quran, dan bermula esuk gerai-gerai ramadhan akan laris diserbu oleh orang-orang yang berpuasa.

Apa pun azam kitani, pastinya yang penting kitani mengharapkan puasa pada tahun ani akan menjadi puasa yang terbaik, berbanding puasa-puasa yang dulu.Dikesempatan ini aku dengan ikhlas mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak, mudahan ramadhan kali ani akan menjadikan kita insan yang lebih bertakwa dan beriman dan semoga amalan kita diterima Allah..

Tuesday, June 14, 2011

PROJEK YANG BOLEH DIBANGGAKAN .



masa cuti hari jadi askar balum batah ani, aku dan "ex-combat man" ( bapa ) turun keperairan brunei, tapi bukan untuk mengawal perairan negara, tapi melunaskan hajat yang yang batah sudah inda kesampaian.

Seawal jam 6 pagi kami betulak dari rumah menuju kepengkalan tempat penurunan perahu. Tapi sebelum atu kami singgah dulu mengambil umpan di kampung tanah jambu.

Berbekalkan perahu 15 dan enjin mariner 15 hp, kami memulakan perjuangan meredah pagi yang nyaman.

LUBUK PERTAMA.

Destinasi pertama yang kami tuju ialah "takat madi". Cuaca pada pagi atu ok, tapi keadaan aing inda berapa rugged (arus laju ). Iatah menyebabkan tempat ani inda mendapat sebarang ragutan. "langgu" menunggu, kami pun pindah ke lubuk beampiran, akan tetapi masih jua mendapat keputusan sama.

BERKAT PERUNDINGAN.

melihat keadaan yang tenat ( lauk inda makan ), aku dan tekong pun berunding kan bepindah ke lubuk lain. Lubuk yang mula-mula yang kami tuju ialah "lubuk masjid pudak", sebab mengikut cerita urang, lubuk ani memang berpotensi. Setelah sampai disana, kami pun melabuh didapan jeti. Malangnya setengah jam menunggu, akhirnya mangsa yang dicari pun tiba. Setelah belawan, rupanya "black hawk a.k.a utik" yang makan umpan. Selepas menunggu nada lauk yang sudi makan, kami pun pindah kelubuk seterusnya. Lubuk ani aku yang membearing sendiri berdasarkan pengamatan aing dan kawasan.












Dilubuk ani kami inda menunggu lama, bilamana kailaku diranggut dengan kasar. Setelah bertarung, akhirnya salah seekor ikan sasaran dapat dijinakkan, iaitu umpak. Selain atu kami jua berjaya menaikkan beberapa ekor ketambak bersais 200-500 gram.

Lebih kurang setengah jam, keadaan pun kembali sunyi. lalu kami pun mengambil keputusan untuk berpindah kelubuk seterusnya. Dalam perjalanan kami melintasi sangkar ikan, dan pada masa atu kelurusan urang membari ikan makan, lalu aku pun mencadangkan bapa supaya belabuh didapan sangkar ani. Aing pada masa atu berada dalam keadaan terbaik (bergarak surut pelahan ).

Strategi kami akhirnya menjadi, bilamana disini ikan "cacah bangkit". macam-macam jenis ikan yanga kami dapati seperti kurau, sumbilang, barahan, ketambak yang rata-rata besaiz 600-1.3 kg. Setakat ani iatah lurih kami yang paling banyak semenjak mengail beperahu didalam.

Akhirnya selepas azan zuhur, kami pun naik semula kepengkalan.

KEPUASAN

setelah mengail hampir setengah hari, aku merasa puas sebab lubuk-lubuk yang kami serang ternyata berjaya mendapatkan hasil. Ternyata faktor cuaca dan air memainkan peranan lebih-lebih lagi ketika memancing dikawasan perairan sebelah dalam.

Monday, June 13, 2011

lagi-lagi kesabaranku teruji..

urang selalu becakap,kalau allah sayangkan seseorang hamba,ia akan diuji. iatah kali yang ku alami masa ani.dugaan ani besambung-sambung,tapi dengan keimanan yang ada, aku wajib bersabar.

cerita bermula sewaktu aku mengganti bossku yang cuti diofisnya. pada satu hari (waktu hampir tengahari), macam biasa ofis kana lawat oleh staff2 yang kan mengantar surat dan lain2.

al-kisahnya,datanglah seorang hamba allah ani duduk2 diruang tamu ofis,aku pun menagur ia(sebab aku kenal jua urang ani).sambil2 mmbaca surat kabar, ia pn btanya arahku(yg kelurusan duduk disebalahnya).

"berapa urg sudah anak tuan?".aku pn menjawab "balum lagi tuan"..tiba-tiba dengan muka yang menyebalkan sambil berpaling(meliat muka kawan yang kelurusan duduk ampir kami jua) ia berkata...
"eh,mun aku malu ku tu eh inda beranak ah!!"
aku yang tantu2 tekajut dengan cakapnya atu tarus becakap dalam keadaan marah yang terkawal.."tuan,kalau dapat ku naik ke arash atu,ku tukar takdir ku ani, ganya semua atu urusan allah". lapas ku ckp catu barutah ia diam.

hairan ku manusia ani ah, kenapa kitani suka mencari dusa karing ani kan ah? sembahyang pun kitani hari2,tapi akhlak inda dijaga paidah jua. dosa dengan allah sanang diampunkan, tapi dosa dengan makhluk, sapa nak ngomen ni??

Thursday, May 26, 2011

KENAPA AKU SAJA??

Alhamdulillah, hari ani selasai sudah musabaqah menghafaz al-quran peringkat separuh akhir, dimana aku secara langsung terlibat menjadi hakim. Bangga jua meliat anak-anak yang mampu menghafal al-quran dengan baik.

Tapi bukan atu sebenarnya cerita yang kan ku tulis. Ceritanya bermula bilamana vip majlis tadi ( Dato aminuddin ehsan ) balik dari majlis tadi. Selapas saja durang vvip ani balik, aku pun ikut becerita-cerita dengan para ustaz-ustaz yang ada disana. Dalam siuk-siuk becerita tiba-tiba seorang ustaz yang perasan "basar" ani becakap dengan nada yang sungguh "menyentap hati mak nah"...."eh, ko ani besalam jua sudah tadi, ani behapa lagi ko alum balik ani?"....

Aku secara jujurnya terkajut sangat dengan cakapnya ani!!.Dengan rasa yang marah dan malu aku pun tarus meninggalkan tempat atu sambil becakap arahnya " ndapa ustaz, kita halau aku ah...ndapa!!".

Kalau kan ku ikutkan hatiku ani, mau saja ku tunggu ia tadi kan ku bagi ia "se das", tapi nasib jua ada ustaz menyabarkan...

Persoalan yang timbul dikepala hotakku ani...kenapa aku saja jadi sasaran urang basar2 ani kan?nda kan ia pun tergugat jua dengan aku?atau aku memang nda layak bergaul sama urang golongan atasan ani, atau........??

Monday, May 9, 2011

SEKALI SEKALA..

Macam-macam cara untuk menghilangkan stress, lebih-lebih lagi stress keraja. Antaranya dengan cara bersukan atau beriadah. Perkara anitah yang cuba kami (team bwf ) terapkan untuk menghilangkan stress. Selain dari bermain badminton secara rutin, kami telah mencuba satu aktiviti baru yang ternyata seronok...MEMANCING!!!

RANCANGAN AWAL .

Rancangan ani bermula minggu lapas bilamana aku, faizal, hj azrol, alus berbincang-bincang pasal mengail (ntah cana bulih timbul cerita mengail ani). Oleh kerana teruja, kami decide kan turun hari minggu lapas (kelurusan aku cuti dan kawan-kawan pun off duty), dan sasaran kami ialah "mangrove paradise".

KORUM INDA CUKUP..TAPI..

Sehari sebelum hari kami kan turun ke mangrove, hj azrol membagi tau yang ia nda dapat ikut sebab nini bininya (bininya punya nini) meninggal. Walaupun korum sudah kurang, tapi misi tetap kami teruskan. Dengan perancangan rapi telah disusun (siapa membali makanan, umpan, membawa kail), kami pun sampai didestinasi yang dirancang.

KUMPAU TAPI CHILL..

Kami start mengail dari jam 11.00 pagi sampai 5.00 petang .Dalam jangka masa yang agak lama, ditambah dengan cuaca panas dan lauk pun malu-malu kan makan, ternyata kami bertiga menjadi "bangas" dipondok ani. Walaubagaimanapun kami masih berjaya mendaratkan seekor selunsung( pakai kerikan lagi ganya tu, paidah saja joran banyak-banyak dibawa, hehe). Walaupun ganya seekor, tapi bagi permulaan, ianya sudah boleh dikira berjaya.

TRIP SUSULAN..

Berita bahawa kami telah menaikkan selungsung, berjaya menjadi racun kepada member yang seorang lagi (hj azrol). So, untuk memuaskan hati masing-masing, kami pun decide lagi untuk turun pada hari Isnin (hari ani), dan matlamat kami kali ani ialah "jeti 7 sungai bunga". Seperti biasa aku ditugaskan untuk menguruskan perihal umpan, manakala ahli yang lain membawa bekal.

AKSI BERMULA..

Seawal jam 6.30 pagi, aku sudah terpacak dikampung sungai bunga. Seperti biasa dipagi hari ani, penduduk kampung berpusu-pusu keluar untuk mencari rezeki dan belajar. Kira-kira sejam kemudian hj azrol dan faizal pun muncul. Setelah semua barang dipunggah, kami menuju kepenurunan perahu menuju kejeti 7.

Sesampainya kami disana, aing baru kan pasang, yang mana pada pandangan mata kasarku ada potensi untuk lauk makan,hehe. Tanpa melengahkan masa, semua ahli membaling senjata demi untuk meraih hasil dan rezeki. Balum lama kail belabuh, kail faizal menerima slaam dari penghuni sungai bunga, dan hasilnya seekor garut-garut terdampar dijeti. Nda lama selepas atu, hj azrol pun menerima sambaran, iaitu ketambak.

Berkat kesabaran, ahirnya aku pun menerima bahagianku, iaitu seekor umpak yang bersaiz sederhana. selepas atu kami masing-masing menjadi "bangas" (makan minum ganya sambung-sambung).

Kira-kira jam 11.00 kami pun pindah kelubuk lain setelah tiada lagi ikan yang sudi makan umpan yang dihidangkan, dan sasaran kami kali ani ialah jambatan queen. Sampai disana kami terus memasang umpan dan melontar ke setiap penjuru untuk menarik ikan disana, dan hasilnya hanya anak kerapu dan utik saja yang sudi memakan umpan kami (dan semuanya kami release).

KESIMPULAN

Walaupun inda belurih, tapi ternyata stress kami hilang dengan aktiviti ani, dan yang paling penting berjaya meningkatkan tahap kesabaran didalam diri masing-masing...Insya allah kami akan menyusun lagi trip-trip lain dimasa akan datang....

Saturday, April 23, 2011

KURSUS KHIDMAT NASIHAT KELUARGA











Isnin sampai Rabu yang lapas, aku bersama teman-teman phem yang lain telah menghadiri kursus khidmat nasihat keluarga. Kursus yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Latihan telah mendatangkan Ustazah Hjh Noor selaku fasilitator.


Kursus ani secara keseluruhannya menerangkan ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang penasihat keluarga seperti adil, jujur, telus, tulus disamping menerapkan etika kaunseling didalamnya. Diakhir sesi kursus ani jua diadakan praktikal study case untuk melihat sejauh mana kebolehan peserta selaku penasihat.over all kursus ani siuk jua lah..ganya yang membari watir kalau kana posting ke sana!!...macamana tu??






















Monday, March 14, 2011

GERAM...SABAR...

Post ani sepatutnya ku buat masa hari Sabtu lapas, tapi nada kesempatan sebab macam-macam hal, so hari ani barutah aku ada masa untuk meluahkan segalanya..

Hari sabtu lapas aku menghadiri muzakarah bersama rakan-rakan setugas bersama dengan Pegawai atasan kami( Atupun sebenarnya kami maklum pukul 11 pagi atu, sedangkan pegawai lain time hari Khamis sudah inform, mungkin kelambatan kan membagitau kali..).

Muzakarah yang dijadualkan jam 2 petang telah menjadi jam 2.40 petang (sebab pengerusi datang 2.40), dan acara pun dimulakan seperti biasa dengan surah Al-fatihah dan doa. lapas atu pengerusi pun memberi ucapan yang mengikut kiraanku 40 minit labih, yang mana kontennya balik-balik.(sedangkan agenda untuk petang atu banyak, dan langsung tidak ada perkataan "maaf kerana lambat"). Dalam masa ucapan beliau, beliau telah membacakan beberapa petikan titah KDYMM untuk peringatan semua. Tiba-tiba dalam titah atu ada menyentuh mengenai fungsi masjid sebagai pusat pra-nikah, tarus disabutnya "nah!napi, mendangar ko tu?". Aku yang pada masa atu mencatit apa yang dicakapkannya tekajut pasal namaku kana mention, dengan selamba menjawab " tapi nada dalam huraian tugas kami ustaz"(aku bercakap atu atas dasar memang tidak ada huraian tugas mengenai perkara atu). Mungkin merasakan aku menjawab beliau pun membalas dengan berkata "eh,jangan ko cakap cematu, ko pikir siapa menyain kan tu?"..aku pun menyahut "syariah ustaz". Mendengar cakap ku atu, ia pun macam kan meradang dengan berkata " baik ko tarik balik cakapmu atu"..( nasib baik ada pegawai yang memback-up aku dengan alasan mengapa inda semua pegawai involved kalau banar atu huraian tugas)..

Selepas atu mesyuarat(kononnya..kalau dapat dipanggil mesyuarat)berjalan seperti biasa. Tiba masa untuk memberi pendapat, (tiba-tiba pegawai ani bercakap sesuatu yang bagiku mungkin inda dapat ku terima).."bah, siapa-siapa ada kan diutarakan..bah, napi, ko "pintar" ah, cakap tah"( walaupun ia kan beibun atau apa, tapi aku anggap sebagai satu penghinaan, tapi aku sabar saja). Aku pun menyahut "dulukan tah ketua dulu ustaz"( dan memang aku mau mendulukan boss-boss yang ada, aku pebaiktah ahir-ahir). Dan jawapan yang kuterima lapas atu memang memeritkan jiwa...

"eh!saya menyuruh kamu kamu pulang mengarahkan saya bebalik, jangan anggap kamu biasa dengan saya kamu kan cemani.."(lebih kurang semani bunyinya, walaupun panjang lagi..). Aku pun menjawab dengan lembut "bukan cematu ustaz, baiktah boss-boss dulu kali...ani macam pelawan tia ku usulnya ni.."Selepas atu muzakarah pun berlangsung seperti biasa dalam keadaan aku terbiar dalam keadaan malu..

Apa yang ku musykil, kenapa aku yang terang-terang indakan melawan ani jadi mangsa? kenapa urang lain membuat benda yang sama atau mungkin lebih teruk inda apa?(sebab ada yang time pegawai ani membawa becakap seorang pegawai lain, pegawai ani menjawab sambil "membaca surat khabar"!!surat khabar!!). Kenapa urang lain mempersendakan kedia ia buat inda tau saja, sedangkan aku yang terang-terang inda ada niat kan melawan ani jadi mangsa?

Adakah aku inda layak untuk bercakap dengan kedia?atau aku inda layak untuk memberi pendapat?atau mungkin adakah urang tergugat dengan kehadiranku?siapalah aku untuk urang merasa tergugat, sebab bagiku untuk menjadi satu pasukan yang kuat, kitani perlu sentiasa bertanya dan memberi/menerima pendapat...entahlah...SABAR SAJA WALAUPUN GERAM!!

Monday, March 7, 2011

SABAR SEPARUH DARIPADA IMAN

assalamualaikum...
time ku menulis blog ani, aku baru stable dari mental problem(bukan gila..nauzubillah), ada2 saja perkara yang membangkitkan kemarahan.

Yang paling teruk apa yang terjadi kemarin sampai aku inda sadar aku telah menjatuhkan maruah sendiri angkara seorang perempuan yang ku rasa inda ada perasaan. Ceritanya bermula apabila aku kan mengaga jemputan arah kazen yang mandi belawat diKampong Katok.

Tym melalui highway kan ke Kiulap ( kebetulan masa atu aku lalu sebalah kanan dan dihadapanku ada sebuah kerita..jarak kerita kami ganya anggaran sebuah kerita). Tiba-tiba ada sebuah kerita Vios membiris masuk antara kerita kami tanpa membagi salam( signal).

Dalam keadaan tekajut aku pun memotong kerita atu( tarus masuk lane kiri sambil menghon kerita atu). Driver dan semua penumpangnya ialah PEREMPUAN DAN KANAK2). Tiba-tiba kerita atu memotong aku dari lane yg paling kiri dan membawa aku memacut. Tebakar rasa hatiku!!

Aku yang dalam keadaan "mental" terus mengikuti kerita atu dengan harapan dapat kugimbari kan meliat sapa urangnya..time ku menggimbari atu sampatku kuarkan kayu yang ku taruh dibawah seat ku( pasalanya mentalku meliat mua durang yang senyum2 dalam kerita atu seolah2 nada papa happen)..

Rupanya kerita ani menuju kerumah yang sama kan ku aga..pucuk dicita ulam mendatang!!once ku paking kerita tarus ku aga keritanya( sampai aku lupa yang aku ani dijemputan urang, dan urang ramai pada masa atu memerhatikan aku) dan ku tanya kedia apa masalahnya, dan ia dengan muka yang "sickening" mengatakan "nada papa wang". Kutanya lagi "kenapa kita biris2 keritaku?" ia pun menjawab "nada papa"..

Ketika atu jua ramai urang betanya2 apa yang terjadi, dan yang paling ku nda tahan ia membagitau saudaranya " ni urang ani metal ah"..aku pun kana bawa menyiring oleh kazen yang kebetulan cuba settle downkan aku..Lapas atu aku menjadi tumpuan urang ramai selain daripada urang yang mandi belawat ( rasaku lah ), memikirkan perkara buruk yang mungkin akan terjadi, aku terpaksa balik awal meninggalkan majlis atu dalam keadaan moral yang teramat down...

Dari cerita yang ku dangar dari family yang duduk sekem dengan durang, ia becakap " inda kan ia nda sajuk hatinya meliat bini2 dalam kerita ani?"...kan ketawa ku mendangar, pasalnya kalau meliat muanya atu, jangankan sajuk ati, kan meliat pun aku nda mau(sori, bukan ku kan menghina sesama makhluk, tapi mukanya adalah kategori muka yang tidak meyenangkan hati)

Untuk family, aku minta maaf, bukanlah aku kan merusakkan majlis urang ataupun membuat kecoh, ganya aku inda dapat mengawal perasaan time atu..to, my family yang punya majlis, "maaf kan aku". Andangnya kali, time tani berusaha untuk membaiki diri, ada saja ujian dan cubaan. Aku akan sentiasa membawa kata2 azimat ani : SABAR ADALAH SEPARUH DARIPADA IMAN.

Saturday, March 5, 2011

KURSUS I.A


Hari Isnin yang baru ani 28/2/2011 sampai Khamsi 3/3/2011, aku bersama pegawai-pegawai yang terpilih yang lain telah mengikuti kursus I.A a.k.a Internal Aunditing ( dalam bahasa melayunya Audit Dalaman ), kursus yang inda berapa kugemari sebenarnya, sebab biasalah jadi auditor ani andang kana banci:). Kursus ani berlangsung di seameo voctech.

Kursus yang dianjurkan oleh BSM KHEU telah mendatangkan fasilitator dari Sarawak, Malaysia Dr Joseph (usul mukanya macam cina, tapi usulnya berbangsa Iban).

Kursus yang mana bahasa pengantarnya bahasa Inggeris ani pada awalnya memang boring, tapi sudah makin ujung makin siuk. Banyak jua manfaat yang ku dapat daripada kursus ani, antaranya dapat belajar how to handle penyata kira-kira, mengelakkan penyelewengan dan sebagainya .

Apa-apa pun mudahan saja aku inda kana pilih jadi juru audit, bukannya apa...NGALIH:)

Friday, March 4, 2011

Belia kita, masa depan kita

Assalamualaikum semua..


Sudah lama jua aku nda menulis dalam blog ani, maklum saja, banyak komitmen lain memerlukan perhatian lebih. Masjid, pejabat dan off course rumah tangga perlu didahulukan, jadi ani baru ada kesempatan,lagipun aku ada cerita panas yang kan ku kongsikan, sepanas hatiku yang marah.


Cerita ani baru saja terjadi sejam yang lalu, on the way balik dari main badminton di pengakap. Waktu aku kan ke kereta (aku paking dapan guardian),aku melintasi tamwil bibd, aku terserempak dengan 3 orang belia, 2 bini-bini sorang laki-laki.waktu ku melintasi durang lepak ani, yang laki-laki tadi sedang memeluk bini-bini yang sorang ani dari belakang (aku rasa gilfrennya kali, senyum-senyum lagi bini-bini atu kana pigang-pigang atu..baju bini-bini atu lagi menjolok mata..), manakala yang sorang lagi ilek saja disebalahnya.


So aku pun menanya "bahapa kamu?", yang silaki-laki ani dengan selamba menjawab "nada papa" sambil tangannya masih memigang gilprennya tadi. Aku pun memperkenalkan diriku sebagai pegawai ugama. Lapasku mengenalkan diri, barutah ia melapaskan tangannya. Aku pun "membasuh" durang ani dengan sebasuh-basuhnya( temasuktah kawan-kawanya yang besubahat ani). Merah jua mata bini-bini atu lah kan menangis (bukan pulang ku bangga bulih membuat urang menangis )


Lapas kutanya-tanya, rupanya bini-bini ani membagitau indungnya ia bejalan dengan kawannya bini-bini lain,tapi bejanji jumpa boiprennya ditempat atu.


Aku sebenarnya marah campur sedih, sebab belia kitani inda lagi ada sifat malu (walaupun bukan semua). Cemanatah urang bukan Islam kan mau masuk Islam, kalau urang Islam sendiri "buduh". Sedangkan "kuyuk" kan mengawan lagi tapuk-tapuk, jelama pulang kan tarang-tarang buat maksiat.


Kepada indung yang ada anak yang baru kan "basar", awasi tia berabis. Biar tani strik didunia ani, asalkan anak inda jadi mangsa nafsu yang bergelora. Bukan saja indung, abang kah,kaka, petuan, liati tia anak-anak & adi kitani. Jangan sampai sudah parut buncit, barutah kan dikawinkan. Jangan pecaya trik bisdurang konon kan bejalan dengan kawan yang baik ulahnya, rupanya dengan boipren/gelpren..


Mungkin jua perkara ani dapat dijadikan isi khutbah jumaat, lagipun sultan pun ada "mention" jua supaya peranan belia mesti ditingkatkan. Jagalah akhlak anak-anak tani, sebab durang anitah masa depan kitani.

Wednesday, January 5, 2011

TAHUN BARU, UJIAN, SEMANGAT DAN PERJUANGAN.

Alhamdulillah, inda terasa rupanya masuk sudah taun baru 2011. rasa macam baru jua minggu lapas menyambut 2010, tau-tau masuk sudah 2011.

Kalau ku ingat taun lapas, iatah antara taun yang paling banyak dugaan dan ujian, bukan saja untuk aku tapi untuk family jua. kalau liat dari sudut lain, memang taun lapas atu taun yang inda siuk, tapi bila liat dari satu sudut lagi, rupanya atu salah satu rahmat tuhan, sekurang-kurangnya dengan ujian atu dapat menyatukan sebuah keluarga, menguatkan lagi semangat dalam menruskan perjuangan.

Aku hanya berdoa, semoga tahun 2011 ani aku akan masih mampu berdiri untuk mengharungi apa saja ujian, cubaa, dugaan atau apa saja rintangan yang datang dengan fikiran yang waras dan pertimbangan yang bersandarkan keimanan. Maklum saja kitani sebagai manusia ani, walaupun mengaku pintar, namun ada kalanya tersasar dari pertimbangan yang sepatutnya.

Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusanku, bukan saja untuk taun ani, bahkan untuk taun-taun yang mendatang..